Showing posts with label cerita cinta. Show all posts
Showing posts with label cerita cinta. Show all posts

Himpunan Cerita Cinta Sepasang Kekasih

on Sunday, 30 March 2014

Himpunan Cerita Cinta Sepasang Kekasih

Himpunan Cerita Cinta Sepasang Kekasih |Admin nak kongsi beberapa Cerita cinta sedih dan romantik yang boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran buat mereka yang sedang bercinta tu...  

Nur : Mie.. Kenape Mie tak penah ajak sy tengk wayang
atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Mie : Saje..

Nur : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Mie : Mana ada.

Nur : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Mie : Sebab sy nak jimat kredit..

Nur : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil
kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Mie : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

Nur tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 Mie ( kekasihnya ).. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..

Mie : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb
nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan
sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy..
Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk..
Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan..
Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi
suami isteri..

Nur : Sambil menangis :'(  terharu berkata " terima kasih
bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu"

Mie : Sama - sama

Sepasang kekasih sedang berjalan di taman bunga .

Nur :awak, kita duduk dulu dekat bangku tuh boleh?
Mie : boleh sj sayang
Nur : awak, saya ada something nk kasi tahu awak ni
Mie : apa dia sayang?
Nur : tahu? semalam EX saya datang jumpa saya, dia ajak berbincang, dia cakap, dia nak saya semula, hmm, pendapat awak?
Mie : hmm, kalau awak nak kembali dekat dia , saya tak halang .
Nur : awak tak marah?

Mie : sayang, awak orang pertama yg buat saya kenal apa itu cinta, buat saya faham mcmna rasa dikasihi, dan bg saya tahu macam mna rasa merindu dan dirindui. Erm, marah? tak pernah skali pon terlintas di fikiran nk marahkan awak, sayang, kebahagiaan awak, keutamaan saya, saya sayang awak, kalau awak rasa, dgn kembali kpd EX awak, awak akan bahagia, awk boleh pergi

*Mie menutup muka dan Nur ternampak air mata Mie mengalir di pipi

Nur : awak, mana mungkin saya kembali kpd EX saya, dia tinggalkan saya dlu tanpa sebab, dan kembali dgn beribu alasan, saya tak akan kembali kpd dia dan tinggalkan awak, smasa sya sedih dtinggalkannya dlu, awak la yang melukis kegembiraan kpd saya, memadam segala kisah buruk saya, takkan saya tinggalkan awak dan pergi kepada dia semula?

Mie : saya cuma nakkan yang terbaik buat awak bidadari ku sayang.... thanks sebab sudi bersama saya....

Nur : Hihi! sama sama awak

wahhh so sweeeeeeeet!

Azmie : awakk ? dah dapat topup dah ?
Fika : [ tak reply text ]
Azmie : awak??? busy ke ? kenapa tak reply?
Fika : [ sedang leka SMS dgn org lain ]
Azmie : kata lepas dapat topup nak SMS bie??
Azmie : reply lah cepat ..nak tahu dapat topup ke tak...
Fika : ye,da dapat da....org sibuk ni....nanti text k.
Azmie : awk buat apa? kata nak text td?
Fika : [ tak reply ]
Azmie : jawablahh !
Fika : awak ni kenapa ? ! saya dah ckap sibuk kan ! setakat topup rm5 tu ,org lain pun boleh bagi lah !
Azmie : *tak reply text*
Fika : apahal diam ? ! tadi nak sangat text !
Fika : kecoh sangat lah awk ni !
Azmie : saya tak nak cakap ape2 ....sy nak tahu awk dapat ke tak topup yg sy masukkan .
Fika : setakat topup rm5 tu nak text sya brkali2 ?
Fika : org lain pun ada makwe ,tp bukanya mcm kau lah !
Azmie : baiklah ,tu cuma rm5 je kan.sy nak balik rumah.sori mengangu awk.
Fika : elok lah,harap kau mati kat tengah jalan sbb nyawa kau pun tak lebih dari rm5.sebab ko tak berduit.
Azmie :(hanya mendiamkan diri) [ 3 hari kemudian ]
Fika : syg,topupkan baby bleh tak
Azmie tak reply ]
Fika : syg,bleh tak? nak call bie lah.rindu . .
Fika : bie,,,kenapa off fon?
Fika hantar text dekat kwn c Azmie nya]
Fika :wehh ,mana balak aku?surh dy topupkn aku.
kwn c Azmie : dtg hosptl amik topup kaw.
Fika : apasal lak ? ?
Kwn c Azmie : datang sebelum terlambat .
Fika tanpa fikir panjang,trus pergi hosptal ]
Fika : [ terus berjmpa kwn c azmie di luar wad no .5 ]
kwn c Azmie : berikn kotak yg mempunyai 500 keping topup rm5*
kwn c Azmie : ni tok stok kaw SMS lelaki lain selama membe aku koma....harap2 cukup ....!!!! yg ni pulak topup2 yg dia dah bg kat kaw .
Fika : apa kaw ckap ni ?!sape dalam wad ni??
Fika :Dengan cemas dan trburu2 membuka pntu wad
Fika : terpaku tgk Azmi trkujur tnpa pergerakan
kwn c Azmie : bahu patah,abdomen dalaman hancur,kaki patah tebu. . .nyawa dia memang tak lebih dari rm5 . .
Fika : bieee. .bgun biee. . kita msg biee . .bgunlah . .
kwn c Azmie : kaw angap nyawa dia bole beli dengan rm5 je kan.. knp kaw nak menangs sebab rm5 je..!!!!

p/s : Hargailah.... orang yang menyintaimu ..... kerna suatu hari nanti ada akan menyesal apabila kehingannya...

Hana : awak .. saya nak cincin hubungan kita
Azmi : untuk ape ? malas la ..awak ..
petang ni kita jumpa tempat biasa ok ..
Hana : hurm .. yelah..
Azmi : awak .. cuba tutup mata awak ..
saya nak bagi hadiah ..
Hana : hadiah? .. ok ..
Azmi : ok .. cuba tengok ni ..saya
belikan patung beruang untuk awak ..
Hana : awak ! saya tak nak patung
beruang .. saya nak cincin hubungan kita !

( sambil membaling patung beruang itu dijalan raya ) Azmi pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah Azmi dan badannya di gilis sehingga c Azmi tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu Hana pun menjerit ..

Dalam keadaan yang bergegas .. Hana
mengambil patung di tangan Azmi tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata ..

' you .. see in my pocket.. '

dan Hana terlihat satu cincin yang sangat cantik .. dan di patung itu terdapat sekeping kad yg tertulis ...

will you marry me Hana??

di saat itu .. mengalirnya air mata Hana rersebut ..tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana Azmi sudah pun pergi untuk selama - lamanya ..... Sejak hari tu hana tidak
lagi segembira dulu... n asyik menyendiri..

Note : bagi sesiap yang mempunyai citer cinta yang sedih n romentik bolehlah berkongi dengan admi dan para Pembaca di ruang komen. .

Sumber 

Koleksi Info Gempak Cinta 2013

on Sunday, 24 February 2013


Koleksi Info Gempak Cinta 2013

Koleksi Info Gempak Cinta 2013 | Info Terbaik tentang cinta ini admin buat megikut tajuk berserta  linknya sekali untuk memudahkan para hadirin mencari artikel kegemaran anda. Senang sahaja cuma klik sahaja tajuk yang anda ingin baca. Selamat menbaca!!!

Tips Cinta
  1. Rambut Adalah Mahkota Wanita
  2. 5 Ciri-cari Tarikan Sebenar Wanita Menurut Islam
  3. Beza Antara Suka Dan Cinta
  4. Terjatuh hati kepada lelaki pemalu
  5. BerCinta Itu Susah Kah Atau Senang
  6. 5 Wanita Suka Tapi Lelaki Benci
  7. Mengapa Lelaki Pergi Setelah Anda Meluah Perasaan
  8. Jatuh Cinta Dengan Teman Baik
  9. Apa Yang Wanita Ingin Lelaki Tahu
  10. Sebab-sebab Cinta Anda Hambar Dan Cara Mengatasinya
  11. Perkataan TAPI Menyebabkan Banyak Ramai Orang Membujang
  12. Panduan Untuk Mencari Jodoh
  13. Bicara Tentang Isteri, Wanita, Perempuan
  14. Salahkah Kami Bercinta Semasa Remaja
  15. Tips Mengambil Hati Pasangan Hidup
  16. Ketika Cinta Mula Di Kecewakan
  17. Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam
  18. Hukum Bersanding Dalam Islam
  19. Batas Pergaulan Antara Sepupu Lelaki Dan Perempuan
  20. Bagaimana Cara Menyembuhkan Hati Yang Hiba
  21. Selamat Pagi Sayang
  22. Berdosakah Bercinta
  23. Rahsia Wanita Melalui Bulan Kelahiran
  24. Cinta Melalui Renungan Mata Wanita
  25. Cinta Hanya kau dan aku
  26. Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka
  27. Kenapa Wanita Suka Marah-Marah
  28. Mengapa Wanita Kuat Cemburu
  29. Mengapa Lelaki Mendiamkan Diri Bila Hadapi Masalah
  30. Tanda Perasaan Wanita Terhadap Lelaki
  31. Jangan Terlalu Cinta
  32. 5 Alasan Wanita Menolak Lelaki
  33. 8 Pertanda Si Dia Adalah Jodoh Anda
  34. Sikap yang harus dihindari dalam membina Hubungan
  35. Uniknya Wanita Buat Lelaki
  36. Rahsia Mata Wanita
  37. Tanda-Tanda Wanita Tergoda Sama Jejaka
  38. Maksud Rahsia Disebalik Bilangan Bunga Ros 
  39. Rahsia Di sebalik Warna Bunga Ros
  40. Khas Buat Wanita....21 Pedoman Untuk Wanita
  41. Mencari Cinta Sejati
  42. Perkara Yang Perlu Kita Buat Apabila Kita Kecewa
  43. Seseorang Yang Benar2 Mencintai Kita
  44. Seandainya kau tahu Erti Percintaan
  45. Wanita Lebih Bijak Sembunyi Kecurangan Berbanding Lelaki
  46. Wanita Cantik atau Tak. Yang mana Jadi Pilihan
  47. Jangan Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki
  48. Betulkah Couples Mesti Cantik Dan Hensem 
  49. 9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend 
  50. Teknik Bertengkar secara positif Dengan Pasangan / isteri
  51. Makna Hadiah Dalam Percintaan
  52. Bicara Tentang Cinta
  53. 10 Cara Bila Bergaduh
  54. Benarkah Bernikah Awal Jalan Terbaik ?
  55. Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki
  56. Resiko Bercinta Sebelum Kahwin
  57. Berkasih Atau Bersahabat. yang mna pilihan terbaik
  58. 27 Cara Lelaki Hendak Memulakan Zina erhadap Seorang Wanita
  59. Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat
  60. Koleksi Ayat Maut Seorang Lelaki
  61. 30 Perkara Perempuan Tak Sempat Cakap Pada Lelaki
  62. 6 Ciri Perempuan Playgirl
  63. 38 Kemuliaan Wanita Di Mata Islam
  64. 9 Tips Kenali Lelaki Masih Teruna
  65. Wanita Sering Menolak Cinta Lelaki? Sebabnya!
  66. Tanda Anda Dipergunakan Wanita
  67. 12 Jenis Perempuan Single
  68. Perkara Yang Perlu Tahu Tentang Perempuan
  69. Tips Keluar Dating Bersama Pasangan
  70. Tips Menolak Cinta Sahabat Kita
  71. 11 Tips Dalam Percintaan
  72. 9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki
  73. 10 Tips Memelihara Cinta Sejati
  74. Tanda Anda Terlalu Lama Single
  75. Alasan Wanita Enggan Menutup Aurat
  76. Antara Cinta Dan Persahabatan? Pilihan Anda
  77. Luahan Hati Seorang Lelaki
  78. Cara Wanita Kenali Ciri Lelaki
  79. Cinta Yang Tiada Untuk Yang Kedua Kalinya
  80. Sungguh Indah Percintaan Selepas Kahwin
  81. Wanita Suka Di Peluk Dan Lelaki Tidak Suka Dipeluk
  82. Aspek Perbezaan Perempuan Dan Tak Cantik
  83. 10 Cara Romantik Mohon Maaf Sama Dia
  84. Cinta, Kasih, Sayang Dan Hati
  85. Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman
  86. Cinta Lelaki Pelik Tetapi Unik
  87. Cemburu Tanda Sayang Tapi Jangan Berlebihan
  88. Sabar Menerima Hakikat Perpisahan Dalam Percintaan
  89. Tanda Cinta Kita SemakinTerhakis
  90. 7 Sikap Wanita Dengan Meliaht Cara Berjalan
  91. Lelaki yang Pemalu Mudah Untuk Memberi Hati Kepada Wanita
  92. Solat dan Couple
  93. Faktor Utama Jejaka dan Perempuan Tidak Berkahwin
  94. Tips Mencari Isteri Cantik
  95. Ketahuilah Cemburu Lumrah Kehidupan
  96. Ketahui Prosedur Tentang Cinta
  97. Siapa Kata Kita Tidak Boleh Bercinta
  98. Sebab Wanita Memerlukan Lelaki Di Sampingnya
  99. Titipan Buat Wanita Tercinta
  100. Adab Menghadap Kekasih Hati
  101. Tips Suami Supaya Tidak Mencari Yang Lain
  102. Cara Untuk Mengenali Lelaki Penyayang
  103. 9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincang dengan Lelaki


Cerita Cinta

  1. Dialog Tentang Perkahwinan dan hantaran serta zina
  2. Cerpen Penghujung Rindu Kita
  3. Cerpen Duka Di Sebalik Senyum
  4. Dialog Suami Isteri : Malam Pertama
  5. Cerpen Aku Ingin Menjadi Suaramu
  6. kisah cinta aiman dan Syahirah
  7. Cinta bertepuk sebelah tangan atau tidak
  8. Cerpen Memaknai Aries
  9. Menyerah pada Sang Cinta
  10. BERKAHWIN ATAU TIDAK
  11. Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pak Cik
  12. Cinta Tanpa Syarat
  13. 1000 Burung Kertas Itu Menandakan 1000 Ketulusan Hatinya
  14. Diari Untuk Rin
  15. Cerita Cinta Paolo dan Francesca 
  16. Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Lawak Cinta
  1. Awek ku menyelam di Tasik Titiwangsa

Kata- Kata Cinta
  1. Himpunan Kata Hiasan Cinta 2012
  2. Himpunan Madah Cinta Cool 2012
  3. Kata Cinta Part 1 
  4. Himpunan Ayat Cinta Terbaru 2012/2013
  5. Himpunan Kata--Kata Minta Maaf Kepada Kekasih
  6. Himpunan SMS Cinta/Jiwang Kepada Kekasih 
  7. Ayat Romantik Buat Kekasih
  8. Himpunan Koleksi Kata-Kata Terindah Buat Kekasih
  9. Ayat Romantik Buat Kekasih
  10. Puiasi Suami dan Isteri

Drama Adam & Hawa Episod 4 Hingga 1

on Sunday, 21 October 2012

Drama Adam & Hawa Episod 4 Hingga 1

Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton











Drama Adam & Hawa Episod 8 Hingga 5

Drama Adam & Hawa Episod 8 Hingga 5

Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton













Drama Adam & Hawa Episod 12 Hingga 9

Drama Adam & Hawa Episod 12 Hingga 9

Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton







Drama Adam & Hawa Episod 16 Hingga 13

Drama Adam & Hawa Episod 16 Hingga 13

Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton





Sumber :oryctolagus

Drama Adam & Hawa Episod 20 Hingga 17


Drama Adam & Hawa Episod 20 Hingga 17


Drama ADAM & HAWA karya penulis Aisya Sofea bakal ditayangkan mulai 27 Ogos 2012 jam 9 mlm setiap Isnin hingga Khamis di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon terhangat Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon2 lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid. Selamat menonton











Dialog Tentang Perkahwinan dan hantaran serta zina

on Thursday, 4 October 2012

Dialog Tenang Perkahwinan dan hantaran serta zina


Gadis    : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis    : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis   : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G     : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G     : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G     : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G    : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G    : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G     : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G     : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G     : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.


Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


Cerpen Penghujung Rindu Kita

on Tuesday, 2 October 2012

Cerpen Penghujung Rindu Kita


"Min, masih ingat aku?" 
"Di! Untuk apa kau hubungi aku lagi?" 
"Rindu... " 
"Sudahlah, Di. Antara kita sudah lama berakhir." 
"Tidak, Min. Bagiku masih ada yang tertinggal rindu dan kenangan... " 

"Sudahlah, Di. Lupakan semuanya," pantas ganggang telefon aku letakkan. Aku sendiri tak tahu untuk apa kau menghubungi aku kembali saat ini. Dan, entah mana kau memperolehi nombor telefonku, aku sendiri kurang pasti. Untuk apa kau hubungi aku lagi, Di? Andai hanya untuk bertanya khabarku, rasanya tak penting begitu juga andai kau hubungi aku hanya untuk menghidupkan kembali cerita kita yang telah mati. 

Empat belas tahun perhubungan kita, Di. Terlalu banyak yang aku tahu tentang kau. Segalanya kita kongsi bersama, kesusahanmu jua adalah kesedihanku dan begitulah sebaliknya. Sehingga tiba pada suatu saat dan ketika kau tiba-tiba hilang dari aku. Entah di mana salah dan silapnya, aku pun tak tahu. Andai waktu itu kau bercerita padaku tentang rindu, memang itulah yang kugendong saban hari. Di, dan memang kala itu yang ada padaku cuma kesetiaan dan keyakinan yang suatu hari kau akan datang kembali pada aku. Dan, itulah kesilapanku, Di. 

Barangkali pada waktu itu, aku masih terlalu mentah untuk mengenal hati seorang lelaki bernama Di. dan aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus terus menantimu yang di kala itu entah di mana. Walau setiap surat-surat dan khabar yang kutitip langsung tidak mendapat sebarang jawapan dari engkau. Tapi, aku terus sabar menanti dan menanti. Sehingga tibalah penantian itu berakhir apabila aku terima khabar yang engkau rupanya telah dimiliki dan memiliki. 

Kecewakah aku, Di? Memang itulah hakikatnya. Segala harapan dan impian hancur berterbangan jadi debu. Tapi, aku harus tabah menerima kenyataan ini. Biar bagaimana pahit sekalipun, aku terpaksa menghadapinya, Di. Memang bukan mudah untuk melaluinya tapi aku terpaksa. Dan, yang amat menghiris hatiku engkau membina istana bersama dia yang jua telah sedia maklum tentang hubungan kita. Dia juga adalah sahabatku. Alangkah tergamaknya kau, Di? Sekali lagi aku terpaksa terima hakikat itu biar terlalu pedih dan menyakitkan. Dan, perlahan-lahan kututup segala cerita tentang engkau dari dalam ruang ingatanku. Segala cerita dan kenangan milik kita kubunuh semuanya. Aku mahu semuanya mati sama seprti perasaanku padamu. 

Amat payah, Di. Tapi, aku terus cuba dan mencuba. Empat belas tahun kita bersama dan mungkin terlalu kecewa aku mula membina benteng kebencian untukmu. Rasanya tak menjadi suatu kesalahan buatku. Segala yang terjadi atas kesilapanmu. Setelah itu aku tak pernah mengharapkan agar kau kembali semula padaku. Tapi, entahlah, Di. Jauh di sudut hatiku dapat merasakan yang suatu ketika kau pasti kembali mencari aku. Ternyata tanggapanku benar belaka. Setelah hampir enam tahun engkau pergi, hari ini kau kembali. 

"Maafkan aku, Min," sekali lagi suara itu menggangguku suatu pagi. 
"Tak perlu, Di. Aku telah lupakan segalanya." 
"Tapi, tidak aku Min. Bertahun aku tak dapat melupaimu." 
"Untuk apa, Di. Sedangkan antara kita telah punya kehidupan sendiri." 

"Tapi, aku benar-benar rasa terhukum, Min. Perkahwinan kami tak pernah memberi sebarang erti padaku." 

"Biar apapun ceritamu, aku tak mahu kau jadikan ia sebagai satu alasan, Di." 

Dan, memang aku tak mahu mendengar sebarang alasan dari engkau. Kau telah terlewat, Di. Suatu waktu dulu, aku pernah memberi engkau peluang hampir bertahun-tahun dan engkau telah melewati detik itu. Dan, hari ini tak mungkin sekali lagi aku akan memberimu peluang untuk kali yang kedua. Bagiku peluang untukmu cuma sekali dan kini semuanya sudah terlambat. Sama seperti penantianku yang telah lama berakhir. Tentu aku tidak mahu mencipta bara dalam ruang kehidupanku kini. Aku telah lama membuang nama dan dirimu dari ruang kehidupanku. Biar apapun cerita dan alasanmu, aku tak memerlukannya lagi, Di. Seluruh hati dan perasaanku telah kuserahkan untuk orang lain. 

"Min, ada bunga untuk engkau." 
"Untuk aku? Dari siapa?" 
"Tak tahu... " 

Sejambak mawar merah bersama sekeping kad terselit di tengahnya menantiku. 
SELAMAT ULANGTAHUN DAN RINDU 
DARI AKU -DI- 
Memang engkau sengaja menerbitkan bibit kemarahan di hatiku, Di. Lalu ke mana harus aku simpan pemberianmu ini? 

"Kau ambillah, Su bunga ni." 
"Eh! Kenapa pulak?" soalnya terperanjat. 
"Aku tak suka, buat sakitkan hati je." 
"Ha! Ni mesti ada apa-apa ni. Betul kau tak nak? Tak nak tak apa, berseri jugak meja aku pagi ini," katanya riang. 

Maafkan aku, Di. Aku tak mengharap sebarang pemberian darimu. Memang engkau tersilap. Sampai di rumah petang itu, moodku betul-betul hilang. Semuanya gara-gara pemberian yang tak diundang itulah. Dan, sekali lagi aku jadi tak menentu bila entah tiba-tiba suamiku bersuara waktu kami mengadap makan malam. 

"Abang dengar Min dapat bunga siang tadi. Dari siapa?" Tersentak aku. Ini mesti kerja Su. Entah kenapa suka sangat ambil tahu hal aku. 

"Ya, Su beritahu abang?" aku seolah merungut. 
"Janganlah salahkan dia. Abang telefon Min tadi tapi Min meeting, so abang borak sekejap dengan Su. Entah macamana dia tercerita pulak." 
"Ala... kawan lama Min hantar." 
"Ya? Siapa?" 
"Emm..kawan Min. Diana," Suami, maafkan aku kerana membohongimu. 
"Tak pernah dengar nama tu pun." 
"Tak penting. Kawan lama masa di kolej dulu." 
"Tiba-tiba kawan Min hantar bunga?" 
"Saja.. kan harijadi Min." 
"Oh! Abang lupa, sorry Min. So, selamat ulangtahun." 
"Min tak kisah, selama ni pun tak pernah nak ingat," aku tersenyum sinis. 

Terlewatkah dia? Entahlah atau terasakah aku? Sedang suami sendiri pun tak pernah mahu ingat. Dan, kenapa harus ada orang lain yang terlebih dahulu mengingatinya. Orang yang telah mati dalam hidupku dan langsung tak punya sebarang ikatan dalam hidupku. 

"Okey, Min. Abang minta maaf sekali lagi. Nanti, kalau sempat abang belikan present untuk Min," dia cuba memujuk. 
"Tak payahlah. Min tak pernah mengharap." Ikhlaskah aku? Entahlah... 

Sepanjang usia perkahwinan kami pun barangkali cuma di tahun-tahun pertama sahaja dia ingat tarikh-tarikh penting dalam kehidupan kami. Kemudiannya, dia semakin melupai dan begitulah seterusnya. Mungkin jua banyak lagi perkara penting lain yang perlu difikirkan dari perkara yang remeh-temeh begitu. Tak perlulah aku menjeruk hati rasanya. 

Awal pagi itu, di pejabat aku semakin tak sabar menanti panggilan dari Di. "Kau sengaja menempah kemarahan, Di." 
"Kerana bunga itu?" soalnya seperti sedia maklum. 
"Ya, kerana aku tak pernah mahu menerimanya, Di." 
"Kenapa Min? Bukankah itu pemberian dan ingatan ikhlas dari aku?" 
"Kita kini dalam situasi yang sama tapi berbeza." 
"Kau membenciku. Kenapa Min?" 
"Ya, kerana kau yang menciptanya, Di. Jawapannya ada padamu... " 
"Kerana aku tinggalkan engkau? Dan berkahwin dengan dia? Tapi, kau tak pernah mahu mendengar penjelasan dari aku, Min.." 
"Dan, engkau sebenarnya tak perlu jelaskan apa-apa lagi pada aku, Di kerana aku telah menutup ruang untuk engkau bercerita.." 
"Kau kejam, Min." 
"Memang aku kejam tapi kau lebih kejam lagi, Di... " 
Terpulanglah, Di siapa yang kejam antara kita. Cuma Tuhan yang tahu. Kalau kau katakan yang aku sengaja mahu menghukum kau mungkin benar. Aku mahu engkau rasa apa yang telah aku rasakan selama ini, Di. 
"Kau berdendam, Min." 

Pernah seorang temanku seolah-olah cuba mempersalahkan aku bila aku bercerita tentang engkau. Terpulanglah, biar apapun ang-gapanmu dan anggapan mereka aku langsung tak peduli. Pernah engkau atau mereka bertanya dan merasakan bagaimana terlalu sakit dan deritanya hatiku? Selama bertahun-tahun kau pergi dan selama ini siapa yang merawat hati ini? Aku sendiri, Di, tidak ada orang lain. Walau suamiku sendiri. malahan dia langsung tak pernah tahu tentang cerita kita. Dan, memang aku langsung tak pernah mahu bercerita pada dia tentang engkau. 

Aku pun telah mengikatnya kemas-kemas menguburkannya tanpa kuletakkan sebarang tanda biarlah segalanya seolah tak pernah wujud sebelum ini. Begitu juga namamu, langsung tak pernah kusebut. Kau telah mati bagi aku, Di. Tak tersilap andainya aku katakan kau cuma mengganggu kembali duniaku, Di. Terlanjur kau menghukumku dengan mengatakan aku kejam, biarlah aku benar-benar bertindak kejam terhadapmu. 

"Hujung minggu ni ada kawan lama abang nak datang, Min." 
"Siapa?" 
"Kawan lama abang masa kat universiti dulu." 
"Mimpi apa pulak selama ini tak pernah jemput kawan datang rumah pun?" 
"Kami dah lama terpisah, Min. Bertahun-tahun tak jumpa tak sangka pulak kami bertemu balik semalam." 
"So, abang nak isteri abang ni masak sedap-sedap tau." 
"Hai... istimewa sangat kawan abang tu nampaknya?" 
"Memang Min. Kenapa, Min cemburu ke? Ala..kawan abang tu lelakilah dan dah kahwin pun," ceritanya panjang lebar. 
"Sorry ya, cik abang. Sikit pun Min tak cemburu. Tapi, ada satu syarat, abang kena tolong Min masak boleh?" 
"Okey, abang tak kisah." 

Seperti yang dijanjikan, hari minggu pun datang. Awal pagi lagi, dia telah mengajakku ke pasar. Takut ikan dan sayur habis katanya. Beria-ia sungguh dia membantuku menguruskan kerja rumah, entah apa istimewanya sangat kawan yang seorang ni aku pun tak tahu. 

"Memang dia istimewa bagi abang, Min," seolah faham dengan apa yang berteka-teki di benakku, dia memulakan cerita tanpa kuduga. 

"Kami kenal cukup lama, masa di sekolah lagi. Masa tu kami sama-sama aktif dalam olahraga dan dari situlah kami dipertemukan. Walau tak satu sekolah, tapi hubungan kami cukup akrab, Min. Sehinggalah bila kami diterima masuk ke universiti yang sama, hubungan kami semakin rapat." 

"Seperti hubungan saudara kandung, begitulah hubungan kami. Susah dia susah abang juga. Semua cerita tentang dia abang tahu," ceritanya panjang lebar. 

"Sehinggalah suatu hari dia bercerita pada abang yang dia ada masalah besar. Waktu tu kami baru saja tamat belajar. Katanya dia dipaksa kahwin, Min atas pilihan orang tuanya sedangkan waktu tu dia dah ada pilihan sendiri." Dan aku terus mendengar dengan penuh minat. 

"Apalah yang terdaya abang tolong dia, Min? Sehinggalah beberapa hari selepas itu, dia tinggalkan rumah sewa kami. Katanya dia terlalu kecewa, Min. Dia tak diberi peluang langsung untuk bersuara. Mungkin kerana terlalu kecewa dan merasakan tak mahu menjadi anak derhaka akhirnya keputusan itu diterima dalam keterpaksaan. Tambahan pula dia merupakan anak angkat keluarga itu." 

"Dia sendiri langsung tak menjemput kami ke majlisnya, Min." 
"Mungkin kerana terlalu kecewa," aku membuka mulut. 
"Ya, Min. Kerana terlalu kecewa sebagai seorang yang pernah akrab dengan dia tentu sekali abang dapat rasakan bagaimana kecewanya dia." 

"Tapi, itu cerita lama, kan? Tentu sekarang dia dah dapat melupainya dan mungkin dia dah bahagia?" Sekali lagi aku bersuara. 

"Entahlah, Min. Waktu abang jumpa dia baru-baru ini, abang tengok dia dah terlalu banyak berubah. Abang tak adalah tanya dia apa-apa tapi dia ada cerita yang isterinya juga semacam tak sehaluan dengannya walau mereka dah lama kahwin dan masih tak dikurniakan anak." 

"Min nak tahu kenapa?" 

"Mereka tu nama je suami isteri, ia hanya pada surat nikah dan pandangan zahirnya saja tapi hakikatnya bertahun mereka kahwin, tak pernah sekalipun menjalani kewajipan sebagai pasangan suami isteri macam orang lain. Pelikkan? Tapi, itulah ceritanya pada abang." 

"Kenapa pulak?" 

"Sebab, masing-masing sebelum kahwin dah ada kekasih sendiri. Nak berpisah, masing-masing tak mahu melukai hati keluarga sudahnya mereka yang terseksa." Lalu tentu sekali aku bersimpati. 

"Oh, ye. Dia tahu ke rumah kita?" 

"Abang dah beri alamat rumah ni dan nombor telefon pun dia ada." Perbualan kami terhenti bila loceng berbunyi dua kali. Berkejar suamiku ke arah pintu. 

"Ha.. dah sampai pun. Masuklah." Ramah suamiku menyambutnya. "Kenalkan ini isteri aku, Min." 
"Di..?" Dan aku benar-benar amat terkejut waktu itu. Kenapalah ini semua harus terjadi? 
"So, kalian dah kenal?" 
"Ya, Shah. Kami kawan lama." Aku dengar suaranya cukup bergetar. 
Oh... terasa sempitnya dunia ini dan maafkan aku kerana tak pernah mahu bersimpati padamu sebelum ini. Maafkan aku, Di...


 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved