Terjatuh hati kepada lelaki pemalu | anda tidak tahu untuk mendekati mereka. ketahui bagaimana untuk mendekati mereka yang pemalu ini. Menjadi lumrah manusia akan berpasangan, jadi tidak salah jika kita pelajari cara untuk mengenali pasangan yang kita inginkan.
1. Sensitif
Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.
2. Bersikap Comel Dan Manis
Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.
3. Bersikap Ramah
Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.
4. Jangan Gelojoh
Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.
5. Kenali Si Dia
Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.
6. Pujilah Si Dia
Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!
7. Lakukan Secara Lembut
Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!
8. Gerak Bahasa Tubuh
Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!
9. Bersikap Kelakar
Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.
Memikat jejaka pemalu tidaklah semudah memikat jejaka kebanyakan. Anda mungkin mahu main sedikit sehingga permainan, samada menjadikan diri anda lebih mudah didekati atau mendekati dia! Jadi wanita, jika ada jejaka pemalu dalam fikiran anda yang anda minati sekian lama, ayuh lakukan sekarang
{ 4 ulasan... read them below or add one }
Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html
11 October 2012 at 11:55
Perempuan pemalu pula macam mana? hehe
29 October 2012 at 18:12
hmm bagus but dea mengaku dgn kwn saya yang dea suke saya...tapi kalau dpn saya dea x cakap
8 February 2014 at 18:59
Saya kena sama mcm Flyin NuSha.. x tau nak handle mcm mna.. thanks 4 sharing ya cik pemilik blog..
11 June 2017 at 03:33
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.