Pin It

Widgets

Wanita Lebih Bijak Sembunyi Kecurangan Berbanding Lelaki

on Sunday 23 September 2012

Wanita Lebih Bijak Sembunyi Kecurangan Berbanding Lelaki


Wanita Lebih Bijak Sembunyi Kecurangan Berbanding Lelaki | Bila dikaitkan dengan isu curang atau bermain kayu tiga, biasanya lelaki akan dikaitkan dan dipersalahkan. Lelaki sering dianggap tidak setia kepada pasangan tetapi tinjauan terbaru sebuah laporan media asing menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang.

Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing. Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.

Wanita Berjaya Rahsia Perbuatan Curang

Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki. Beliau juga berkata, kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap.

Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang. Jelas beliau, wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif. Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka.

4 Daripada 10 Wanita Tidak Setia

Kajian lain di United Kingdom juga mendapati, empat daripada 10 wanita mengaku tidak setia. Sementara cuma tiga daripada 10 lelaki mengaku tidak curang. Tinjauan pendapat 3,000 orang dewasa mendapati dua perlima wanita yang curang mengatakan ia berlaku ketika mereka berada di kelab malam. Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja. Kira-kira 55 peratus wanita mengaku mereka suka mendapatkan perhatian lelaki dan satu pertiga daripadanya berkata lelaki sering salah anggap wanita berkenaan meminati mereka
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved