Berdasarkan pengumuman Bajet 2014 , nilai pemberian BR1M 3.0 Bajet 2014 telah pun dinaikkan dan diperluaskan kelompok penerimanya. Ini semua dilakukan dengan bagi mengekang sedikit sebanyak kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST) & kenaikan harga minyak sebelum ini…..
Permohonan BR1M 3.0 Terbuka Kepada 3 Kelompok
1 ) Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :
Nilai pemberian BR1M 3.0 RM650
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
2 ) Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :
Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
3) Individu bujang yang bekerja & berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :
Terima BR1M 3.0 sejumlah RM300
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Kesemua penerima BR1M 3.0 akan terima Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M bernilai RM50 yang akan melindungi anda, anda semua di sini dengan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Di Malaysia 2013 | Sedar tak sedar , Tinggal sebulan Lebih Saja Lagi sebelum tibanya Bulan Ramadhan 2013. Jadi bagi sesiapa yang belum Qada' puasa tahun lalu baik selesaikan cepat sebelun bulan puasa 2013 membuka Tirainya.
Berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2013 bersamaan 1434-1435 H, 1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu).
Namun begitu, tarikh permulaan puasa Ramadhan 2013 ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh sebenar permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia kelak.
Program Popular Korea Running Man Ditayangkan di TV2 | Berita gembira buat peminat Running Man di Malaysia bahawa rancangan yang semakin popular dan mendapat sambutan iaitu Runing Man akan menemui anda pada 1 June 2013 Jam 4.00 Petang, Runing Man Akan disiarkan pada setiap hari Sabtu Jam 4.00 Petang.
Untuk Pengetahuan Anda Runing Man Merupakan sebuah variety show yang semakin popular di seluruh dunia. Sejak rancangan ini bermula pada tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ini semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di Korea sahaja. Di Malaysia ,Running Man juga sangatlah popular lebih-lebih lagi apabila disiarkan di Astro channel 393 (ONE HD) pada setiap hari Jumaat jam 11:45 malam. Untuk Running Man Marathon pula, ianya disiarkan pada setiap hari Ahad jam 12:30 pagi dan berlarutan terus-menerus hingga jam 4 pagi.
TV2 RUNNING MAN - SNAP A PHOTO CONTEST
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN
PENONTON WAJIB MENONTON EPISOD PERTAMA RUNNING MAN YANG BERSIARAN PADA 1 JUN 2013 JAM 4.00 PETANG DI TV2
PESERTA PERLU MENGAMBIL GAMBAR DIRI SENDIRI DENGAN BERLATARKAN SIARAN EPISOD PERTAMA RUNNING MAN DI TV2
GAMBAR YANG DIAMBIL PERLU ADA
GAMBAR PESERTA DENGAN MANA-MANA BABAK ATAU SEGMEN PROGRAM TERSEBUT (DENGAN KREATIVITI SENDIRI)
WAJIB MENAMPAKKAN LOGO TV2 DI SEBELAH KANAN ATAS SKRIN TV ANDA
7 Cara Dan Kaedah Mengundi Semasa PRU 13 | Tahukah anda cara untuk mengundi ?? Jadi Admin nak kongsikan 7 langkah untuk memgundi pada 5 mei 2013 PRU 13 ini. Sebelum pergi mengundi, pastikan anda telah menyemak lokasi mengundi anda.
Semakan Online : boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau di portal khas www.pru13.gov.my . Anda juga boleh telefon 03 8885 6565
SEMAKAN SMS : Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888. Contoh : SPR<jarak>SEMAK<jarak> 870112143382 hantar ke 15888
Bawa dokumen pengenalan diri yang dibenarkan dan pastikan juga anda tidak memakai sebarang lambang parti. Pastikan juga tiada tanda pada jari supaya mudah dicalitkan dengan dakwat kekal. Datanglah awal ke pusat mengundi yang dibuka seawal 8:00 pagi dan ditutup pada jam 5:00 petang. Jarak 50 meter daripada pusat mengundi adalah kawasan larangan. Hanya pengundi, anggota keselamatan, petugas pilihan raya dan mereka yang diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki kawasan tersebut.
Berikut adalah 7 langkah Mengundi :
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu. Sebelum itu semua pengundi diminta beratur di pintu bilik mengundi.
2. Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan diri dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5. Maju ke petak undi dan tandakan X (pangkah) pada ruang calon yang disediakan dalam kertas undi anda. Pilih 1 calon sahaja. Pastikan tanda tidak keluar daripada ruangan sehingga boleh melewati ruang yang lain. Sekiranya tersalah tanda, undi anda mungkin akan ditolak. Anda juga dilarang berbual atau berbincang dengan pengundi lain. Penggunaan telefon adalah dilarang. Anda juga dilarang mengambil gambar. Semua ini adalah bagi menjaga kerahsiaan undi anda.
Bagi pengundi uzur atau orang kurang upaya (O.K.U), mereka boleh datang ke tempat mengundi bersama 'Orang Yang Dipercayai'. Sebelum dibenarkan membantu OKU tersebut, Orang Yang Dipercayai oleh OKU perlulah mengisi Borang 10 atau Borang akuan identiti. Sekiranya tiada Orang Yang Dipercayai, OKU boleh meminta bantuan Ketua Tempat Mengundi untuk membantunya mengundi.
Orang yang dipercayai oleh O.K.U boleh membantu pengundi O.K.U semasa proses semakan nama, penandaan jari dan pengambilan kertas undi. Seterusnya, orang yang dipercayai boleh membantu O.K.U untuk menandakan kertas undinya di petak undi sebelum membantu O.K.U memasukkan kertas undi yang telah ditandakan ke dalam peti undi yang betul.
6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masinh untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dna Parlimen. Semua proses pengundian diperhatikan oleh ejen-ejen Calon yang bertugas.
7. Selepas memasukkan kertas undi, keluar segera dari Tempat Mengundi. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.
Semakan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 | Setakat ini, telah lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) yang telah dihantar dan diterima. semakan BR1M 2.0 boleh disemak bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online, melalui pos dan Talian.
Status semua pemohon BR1M 2.0 juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 & RM250 melalui pos. Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
Semakan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian
cara menelefon talian hotline 1-800-222-500 @ 1-300-88-3010
Mulai 11 Februari ini 2013.
Beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Zizan Razak Menerima Pencalona Terbanyak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 | Pelawak Zizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Bagi kategori Online (dalam talian) pula, Zizan dicalonkan bagi kategori Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.
Emma Maembong dicalonkan menerusi Artis Baru Wanita Popular.
Sementara itu, nama-nama artis yang belum pernah dicalonkan dalam acara berprestij itu ialah DJ Lin yang tersenarai bagai kategori Penyampai Radio Wanita Popular.
Dalam pada itu, Datuk AC Mizal juga dicalonkan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Fahrin Ahmad bagi Pelakon TV Lelaki Popular selepas kedua-dua mereka sudah lama tidak dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012
Senarai lima finalis untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 :
1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Datuk AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Johan
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) DJ Lin
Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak
Gandingan Di Layar Serasi
1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin
Watak Animasi Tempatan Popular
1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Artis Wanita Stailo
1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin
Artis Asia Paling Popular
1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Floria Dan Persisiran Tasik Putrajaya Gamit Pengunjung | Warna-warni dan haruman bunga sempena penganjuran Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012) kembali menggamit pengunjung untuk datang ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini. Penganjuran Floria yang memasuki edisi kelima dengan menggunakan tema Bunga Kertas-Tetap Menawan ternyata sekali lagi berjaya mengubah landskap Putrajaya menjadi deretan-deretan taman bunga indah menawan.
Manakan tidak, Persisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, yang pernah dihiasi dengan bunga mawar pada Floria tahun lalu kini kembali 'ditransformasi' dengan pameran hiasan seni reka taman mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni sepanjang 30 Jun hingga 8 Julai ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemilihan bunga kertas sebagai tema amat bertepatan kerana ia merupakan sejenis bunga yang indah dan menarik serta tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat di negara ini.
Menurutnya, selain mudah ditanam dan dibiak, bunga jenis tersebut juga digunakan secara meluas dalam industri landskap di Malaysia.
"Selain bunga kertas, Floria 2012 turut mempamerkan beberapa spesies unik lain seperti bonsai, heliconia dan orkid untuk tatapan pengunjung.
"Sehubungan itu saya menyeru orang ramai terutamanya penggemar landskap taman dan bunga-bungaan datang beramai-ramai ke Floria 2012 bagi menyaksikan sendiri keindahan yang bakal dipamerkan," katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Floria 2012 baru-baru ini.
Menurut Raja Nong Chik, bersempena Floria 2012, Perbadanan Putrajaya (PPj) juga menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung menyamai rekod tahun lalu ekoran terpukau dengan tema Mawar Untuk Selamanya.
"Saya juga difahamkan penyertaan Floria 2012 akan lebih meriah dengan penyertaan 10 peserta antarabangsa yang belum pernah menyertai empat penganjuran Floria iaitu dari Australia, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Rusia, Filipina, United Kingdom (UK), China, Belanda dan Korea," katanya.
Beliau berkata, lebih 200 program termasuk garden centre, agro bazar, produk agro, master gardener, botanical discovery, pertunjukan bunga api, hiburan, persembahan dan pavilion bunga-bungaan akan turut menyerikan lagi festival itu.
Sementara itu, para pengunjung juga akan mendapati, wajah Putrajaya pada setiap malam sepanjang sembilan hari Floria 2012 berlangsung akan berubah kerana diserikan dengan pertunjukan bot berhias dengan lampu berwarna warni bertemakan flora dan fauna di Pesisiran Tasik Putrajaya.
Simbahan warna-warni daripada lampu bot berhias itu datang daripada Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia (1MITNF) anjuran Kementerian Pelancongan yang memeriahkan lagi sambutan Floria 2012.
Pengunjung juga akan dapat menyaksikan pertunjukan bunga api pada setiap malam semasa perarakan bot berhias itu diadakan.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, program kali kedua yang diadakan itu adalah untuk memeriahkan lagi Floria 2012 dan menjadi ikon serta produk terbaru pelancongan negara.
"Sebanyak 13 badan berkanun dan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk PPj, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia menyertai perarakan bot berhias pada kali ini.
"Dengan mengekalkan tema yang sama Keajaiban Malam, perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api akan menjadi antara paling dinantikan oleh semua pengunjung," katanya.
Apple iPhone 5 Dijangka Tiba Di Malaysia Seawal 26 Oktober 2012 | Menurut beberapa sumber berita,Apple iPhone 5 akan tiba di pasaran Malaysia secara rasmi seawal 26 Oktober 2012 ini. Namun sejauh mana kebenaran info itu belum dapat dipastikan. Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk memiliki gajet terbaru keluaran Apple itu.
Antara syarikat telekomunikasi yang bakal memasarkan iPhone terbaru itu adalah Digi, Celcom dan Maxis. Berkenaan harga ammboi belum dapat pastikan namun ianya dijangka lebih kurang sama dengan harga permulaan semasa pelancaran iPhone 4S.
Nampaknya syarikat telco di Malaysia perlu bersiap sedia untuk menyediakan pertukaran sim nano sebagaimana yang diperlukan untuk kegunaan iPhone 5. Dengar cerita Digi sudah mengumumkan mengenai isu pertukaran sim nano sebelum ini.
Intipati Penting Dalam Bajet 2013 | Berikut adalah intipati penting dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada Jumaat (28 September 2012). Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
Bajet 2013 - Intipati Penting Belanjawan 2013
Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari)
Peruntukan untuk Bajet 2013 ialah RM251.6 billion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 billion dan Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 billion.
Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Govt will extend 50% discount on KTM Komuter fares to all Malaysians with Bagi merangsang pelaburan, krjn akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)
BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3,000
BR1M2.0: bantuan tunai RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000
Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 billion akan dikendalikan oleh SME Bank
RM30 juta diperuntuk bagi Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 program berimpak tinggi
Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta untuk pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 dan kerajaan akan biaya skim ini dengan peruntukan RM16 juta setahun
Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan program “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising”
PNB akan beri pinjaman RM25,000 bagi “licensee” & RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha memodenkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil
Kerajaan perkenal insentif cukai bagi menggalakkan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dan gas
1) Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk 10 tahun;
2) pengecualian cukai pegangan;
3) pengecualian duti setem
Paddy farmers below 10 hectares will fall under the Paddy Takaful Coverage Scheme with compensation of up to RM13, 000
Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan
RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
Bantuan Baucar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
Pelepasan cukai pendidikan anak-anak bermula dari gaji ibubapa yang berpendapatan RM6000
Untuk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota
Geran RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar untuk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan dan mempertingkatkan peranan rukun negara
Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
Diskaun 20% pinjaman pelajaran PTPTN akan diberikan kepada mereka yang mula membayar pada bulan Oktober 2012
Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bagi sediakan perkhidmatan komuniti dan hasil pertanian di satu pusat integrasi
Pembinaan 441 km jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk
Projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah dan penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah
The My First Home Scheme will be improved to enable more Malaysians to own their first residential property.
Kesimpulannya : Bajet kali ini amat menggembirakan semua rakyat malaysia... tak disangkah-sangkah... bajet kali ney Meletup gila... terima kasih PM...
ANTARA pelbagai jenis ubat tiruan yang dijual di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Penjualan ubat-ubatan tiruan tetapi menggunakan jenama tulen yang dipercayai berleluasa di seluruh dunia kini amat membimbangkan apabila ia turut merebak di Malaysia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jualan ubat palsu kini melebihi RM230 bilion, manakala Kementerian Kesihatan pula mengakui penjualan ubatan yang menjejaskan kesihatan pengguna itu turut semakin berleluasa.
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata, setakat ini pihaknya telah merampas ubat tiruan tidak berdaftar bernilai RM9.2 juta. Kebanyakan ubat tersebut dibawa masuk dari China dan Indonesia.
Menurutnya, lebih menakutkan, produk yang dirampas itu meliputi 23,839 jenis produk ubat tiruan dari seluruh negara sehingga Julai tahun ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, ubat perangsang seks dikenal pasti merupakan penyumbang terbesar dengan nilai rampasan berjumlah RM642,209 meliputi 1,069 jenis produk.
Katanya, senario itu berpunca daripada sikap pengguna yang gemar membeli produk murah sehingga meningkatkan penawaran produk berkenaan di pasaran.
"Trend penggunaan ubat perangsang dilihat semakin membimbangkan kerana masih ramai yang bergantung kepadanya.
"Situasi ini turut menjadi bukti kedegilan pengguna yang enggan mendapatkan nasihat doktor apabila berhadapan dengan masalah yang membabitkan kesihatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahadsemalam.
Beliau bagaimanapun memberitahu, setakat ini, tiada laporan membabitkan kes kematian yang dibuat berkenaan ubat palsu atau tidak berdaftar ini.
"Untuk mengekang penjualan ubat palsu atau tidak berdaftar ini daripada terus berleluasa, pelbagai langkah dijalankan termasuk kempen pendidikan kepada pengguna," jelasnya.
Sementara itu, Pakar Seksual Lelaki dan Perempuan Hospital Damai Service, Dr. Ismail Tambi berkata, pengambilan ubat perangsang seks yang tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan komplikasi kesihatan termasuk mengundang maut.
Katanya, kebanyakan ubat tersebut biasanya mengandungi sukatan bahan kimia berlebihan dos sekali gus boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Kesimpulannya.. Apabila Membeli ubat tu kena pastikan dulu bahawa ubat itu asli kan taw tidak. owkey ... agar ianya tidak akan memudaratkan kesihatan kita apabila membelinya... lagi bagus kita beli kat hospital ataupun pertubuhan yang mendapat kelulusan daripada jabatan kesihatan.. yer...
JIKA badai jadi penentu kepada termometer ketahanan mental dan akal seseorang, jarum termometer penunjuk badai buat Nora Danish antara yang sentiasa turun naik pergerakannya. Si kecil molek ini antara yang terkena badai malah kisahnya sentiasa menjadi tontonan ramai. Daripada bergelar anak dara hinggalah bertukar kepada janda, dia seakan tidak kalis pertanyaan. Namun badai pasti berlalu.
Wanita berusia 30 tahun itu kini menjadi pemanis bibir khalayak dengan pujian terhadap peningkatan lakonannya. Satu demi satu naskhah yang direalisasikan mendapat pujian yang bukan sedikit.
Tonton lakonan sendiri
Buat Nora, dia sentiasa menjalani pembaikan diri dengan menonton setiap produk yang dilaksanakan. Di samping itu dia mencari variasi agar tidak menadahkan para penonton dengan pembawaan karakter yang sama.
"Mungkin ada pelakon yang tidak menonton lakonannya sendiri tetapi saya berbeza. Saya akan menonton kembali dan melihat untuk belajar memperbaiki teknik lakonan sendiri. Saya perlu tengok untuk jadi lebih baik," petahnya yang mengambil cuti berlakon sejak bulan puasa hingga minggu ini.
Begitu juga untuk sebuah pencapaian diri yang mapan, aktres yang awalnya digilap melalui drama Puteri ini mahu sentiasa mencari watak yang lebih mencabar. Memang itulah keinginan dirinya dan pelakon untuk meratah sebuah karakter baharu dan dilontarkan kepada peminat agar terlihat perbezaan.
"Alhamdulillah selepas drama Tentang Dhia, saya diberikan watak yang berbeza dan berat. Asalnya memang dari dahulu saya mahukan sebegini tetapi sering diberikan watak komedi," katanya.
Jujurnya, Nora berasa tertekan dengan karakter yang berat malah terbawa-bawa ke rumah dan sekelilingnya. Namun itu yang dicarinya atas nama pelakon dan penawar untuk tekanan itu, dia bercuti bersama famili dengan membawa karakter dirinya sendiri.
"Usai membawakan watak wanita didera dan menangis, minggu ini saya akan masuk set filem Legenda Budak Hostel. Sebuah filem arahan Bob dan lakonan bersama pelakon-pelakon komedi seperti Along dah Angah," katanya yang tidak mahu penonton bosan jika dia terusan membawa karakter yang tiada ragam bahasa.
Harap ada stylist
Larut bercerita dalam nafas seorang aktres, Nora menambah sebuah harapan agar ada perubahan dalam industri lakonan. Bukan besar namun perubahan yang kecil itu mampu membuahkan sebuah impak yang ketara.
"Saya mengharapkan agar ada stylist dalam sebuah produksi. Ini untuk membentuk sebuah karakter itu lebih semula jadi. Di sini semuanya kena sediakan sendiri. Memang ada tetapi wardrobe yang sama sekali lain dengan stylist. Kalau saya jadi watak Senah, saya mahu stail Senah dan bukan Senah dalam stail Nora," buah harapnya berbunyi selain mengharapkan skrip sentiasa datang awal ke tangannya.
Di sebalik harapan yang satu itu, debaran dan harap juga hinggap pada filem Aku Terima Nikahnya yang bakal dipertontonkan mulai 11 Oktober ini di pawagam.
Rentetan kemesraan dan ketulenan watak dalam Tentang Dhia, filem terbitan MIG ini akan mempamerkan sekali lagi kemesraan Nora dan aktor Adi Putra sebagai suami isteri. Berdebar, ujar Nora kerana dia tahu para peminat meletak harapan tinggi untuk filem tersebut.
"Saya tahu para peminat meletakkan harapan yang menggunung terhadap Lisa dan Johan dalam Aku Terima Nikahnya. Sebuah filem yang santai namun sarat dengan mesej perhubungan antara suami dan isteri. Harapan saya agar kelak janganlah para penonton terbawa-bawa hingga ke luar filem," jawabnya yang mengaku malu-malu membawa sikap romantis dalam diri Lisa.
"Penonton harus faham bahawa kadangkala kamera juga pandai temberang. Ada visual menampakkan kami banyak bersentuhan. Ini adalah sebuah filem tentang hubungan suami isteri. Sebenarnya tidaklah begitu intim," ketawanya yang berterima kasih kepada Adi kerana banyak membantunya.
Filem ini juga ulas Nora ialah sebuah karya yang mendapat banyak sentuhan wanita. Suntikan wanita itu bukan sahaja pada pengarahnya, Eyra Rahman tetapi juga pada pembantu pengarah dan kru.
"Cerita ini sesuai untuk tontonan mereka yang bercinta juga pasangan suami isteri. Pasti akan membuai-buai perasaan," ulasnya.
Pernah terkena tempias gosip dengan sang aktor gara-gara lakonan bersama, kali ini untuk sebuah respons terhadap kolaborasi layar lebar, Nora mengaku bersedia.
Sedia dikritik
"Daripada segi fizikal dan mental, saya bersedia. Saya faham penerimaan penonton berbeza-beza dan cara mereka lihat filem itu kelak nanti berbeza. Seperti yang saya katakan, mereka perlu lihat Johan dan Lisa, bukan saya dan Adi," bunga sedia Nora berbunyi terhadap impak yang mengalir melalui filem romantis ini kelak.
Petah katanya semakin matang dan sikap itu tampak jelas dalam pembawaan dirinya. Melalui hari-hari dengan status ibu tunggal, sikap berdikari Nora semakin hari semakin terserlah.
Fasa hidupnya adakala santai dan tidak kurang dikasari gelombang dalam jalur bergelar anak seni. Tabah dan mengaku bebas, Nora melakukan ini atas nama kehidupan.
"Umur makin meningkat, saya ada anak dan berstatus janda. Di sebalik itu sebenarnya saya berasa lebih kuat dan berdikari. Malah ada peminat meminta nasihat daripada saya. Saya tidak boleh lemah. Kritikan juga saya lihat sebagai sebuah nasihat agar saya terus berdiri," ujarnya dalam nada tegas.
Tidak melihat jauh, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram ini melihat ibunya sebagai mentor dan idola.
"Saya melihat ibu saya sebagai mentor. Jiwa dan semangatnya kuat. Ibu besarkan kami di Malaysia sewaktu ayah di Amerika Syarikat. Dia orang Myanmar yang belajar hidup berdikari di tanah Malaysia. Buka restoran dan jaga kami adik-beradik sendirian. Bayangkan kekuatan itu," cerita seorang anak tentang semangat ibunya, Salimah Talib.
Memegang erat kata-kata hikmah ibunya sebagai panduan hidup, itu antara yang dijadikan darah daging semangat kuatnya.
"Ibu pesan agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, perlu sentiasa ingat Yang Maha Esa. Ibu ingatkan saya untuk sentiasa berdoa dan berzikir. Jadikan ia makanan jiwa. Hati kena baik dan juga perlu sentiasa berfikiran positif," patah-patah semangat itu dikongsi.
Untuk Nora kini, dia fokus dengan kerjaya dan hidup berdikari. Rayqal yang merupakan pengarang jiwa juga adalah semangat hidupnya.
"Anak adalah segalanya untuk saya. Semangat dan keceriaannya kunci untuk hidup saya," akhir ceritanya yang Rayqal yang gemar bergaya seperti ibunya.
POPULARITI vokalis band Maroon 5, Adam Levine melonjak dengan begitu pantas. Suara yang unik, wajah yang tampan, kontroversi cinta yang tidak pernah surut dan kemunculannya sebagai mentor dalam program realiti nyanyian popular,The Voice antara sebab saham dirinya melonjak tinggi saat ini.
Namun, sebelum meraih populariti luar biasa sehingga dilabel sebagai King of Pop, kehidupan figura berusia 33 tahun itu tidaklah seindah mana. Jalan menuju kejayaan seperti hari ini tidak mudah buat Levine dan grup yang dianggotainya, Maroon 5.
"Saya pernah bekerja sebagai pelayan di restoran Johnny Rockets, sebelum itu pernah bekerja sebagai pembantu penulis untuk drama Judging Amy dan pernah kecewa apabila album pertama band asal saya, Kara Flowers yang diterbitkan pada 1997 tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.
"Kami berpecah dan membawa haluan masing-masing, tetapi bernasib baik apabila bersatu semula dan kini dapat meraih kejayaan yang dikecapi bersama," ujarnya.
Hari ini, siapa yang tidak kenal dengan Levine atau nama sebenarnya Adam Noah Levine. Kebanyakan lagunya mencipta sensasi yang tersendiri dan dia juga meraih kejayaan apabila setiap lagu duet bersama penyanyi lain menduduki tangga teratas dalam carta lagu popular seluruh dunia.
"Ya, saya suka sukses kerana di sebalik setiap kejayaan akan diiringi dengan wang yang banyak. Saya juga tidak ada masalah dengan duit yang banyak, saya ada cara untuk menikmatinya.
"Bagi seorang bintang rock, koleksi tatu, koleksi motosikal berkuasa tinggi, deretan kereta mewah, berpacaran dengan wanita jelita, itu semuanya sudah saya merasai dan memiliki. Tidak ketinggalan, saya mempunyai sebuah rumah dengan pemandangan luar yang dapat melihat terus tulisan Hollywood di atas bukit. Memang saya cukup bertuah dan saya suka menjadi Adam Levine," selorohnya.
Meskipun album Maroon 5 telah terjual puluhan jutaan unit di seluruh dunia termasuk album keempat yang berjudul Overexposed, dia masih enggan mengubah dirinya seratus peratus.
"Populariti dan wang yang banyak tidak memaksa untuk saya mengubah imej. Saya selesa memakai kasut sniker, baju T, seluar jeans dan gaya rambut yang ringkas. Imej yang sama sejak saya tamat sekolah. Ibu juga mengaku yang saya tidak pernah berubah daripada dahulu sehingga hari ini," ungkapnya.
Berlakon
Selain menyanyi, lelaki yang berasal dari Los Angeles, California itu turut bergelar seorang aktor apabila terlibat dalam filem Can A Song Save Your Life? berganding dengan aktres Keira Knightley serta terbabit dalam drama American Horror Story.
Bukan itu sahaja, kehadiran Levine sebagai mentor dalam The Voice untuk tiga musim berturut-turut telah menaikkan rating program terbitan stesen televisyen NBC.
Empayarnya semakin besar apabila dia bakal melancarkan jenama minyak wanginya sendiri, iaitu 222 pada bulan Mei tahun hadapan.
"Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk membina empayar, tetapi apa yang saya lakukan sekarang ini hanyalah mencuba sesuatu yang baharu.
"Saya tidak pernah teringin untuk menjadi seorang aktor, tetapi apa salahnya untuk mengambil peluang yang diberikan di depan mata.
"Bagaimanapun, saya tidak pula bermati-matian menjalani uji bakat supaya terpilih, sebaliknya pihak produksi yang terfikir untuk memanggil saya. Kehidupan ada naik dan turunnya, saya cuba untuk mengikuti aliran yang datang dan saya memang bekerja keras untuk memastikan setiap kerja itu berjaya," tuturnya.
Terlibat dalam program The Voice merupakan satu kejutan buat anggota Maroon 5 yang lain kerana Levine bukan jenis individu yang sukakan pertandingan nyanyian.
"Apabila tawaran itu datang, saya hanya dengar suara hati dan ingin lakukannya. Jika Steven Tyler boleh lakukannya (menjadi juri) dalam program American Idol, begitu juga dengan saya.
"Kalau ikutkan, saya memang tidak suka pertandingan realiti nyanyian, tetapi The Voice sangat berbeza kerana terdapat ketelusan sebalik pertandingan ini, bukannya soal rating dan populariti semata-mata. Saya dapat membantu orang mengejar impian dengan cara saya sendiri," ucapnya.
BERSAMA grupnya, Maroon 5, Levine mencipta fenomena menerusi untaian
lagu segar dan catchy seperti This Love dan She Will Be Loved
Wanita
Menjadi bintang rock tidak sah jika tidak dikelilingi wanita-wanita jelita. Begitu juga dengan Levine yang pernah bercinta selama dua tahun dengan model kelahiran Rusia, Anne Vyalitsyna.
Levine yang pernah digosip bercinta dengan penyanyi dan mentor program The Voice, Christina Aguilera itu kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Behati Prinsloo, model pakaian dalam jenama tersohor Victoria Secret.
"Orang sekeliling sering salah anggap terhadap saya. Mereka sering sangka yang saya hanyalah seorang penyanyi yang bercinta dengan wanita cantik yang tidak berapa cerdik sebab kekasih saya kebanyakannya merupakan model pakaian renang.
"Saya akan pastikan cinta dan kerjaya berjalan secara seimbang. Saya ingin pastikan orang di luar sana tahu yang saya juga seorang yang cerdik," balasnya.
Bercakap tentang wanita, akuinya, dia cukup bertuah kerana dia seorang lelaki yang cukup memahami wanita, mungkin kerana itu dia tidak pernah mengambil masa yang lama untuk menemui cinta baharu.
"Ibu bapa saya telah bercerai ketika saya berusia tujuh tahun. Sejak itu, setiap hujung minggu saya akan tinggal bersama ibu dan pada hari biasa bersama bapa.
"Di rumah, ibu saya turut mengajak bekas isteri pak cik saya tinggal bersama, sepupu perempuan yang saya anggap seperti adik saya serta abang saya yang diketahui seorang gay.
"Mungkin sebab sudah terbiasa dengan wanita di rumah, saya tidak ada masalah untuk bercakap dengan gadis sejak berusia 15 tahun. Saya cukup memahami apa kehendak dan masalah mereka kerana ibu saya tidak pernah berhenti berkata mengenainya selepas bercerai dengan bapa saya," luahnya.
Mengakui seorang pencinta wanita dan tidak boleh hidup tanpa wanita di sisinya, ujar Levine, setiap kali bercinta dia pasti serius dan menyayangi wanita itu setulus hatinya.
"Kalau anda sayangkan seorang wanita jangan malu untuk tunjukkan perasaan itu, saya jenis lelaki yang tidak malu untuk luahkan perasaan jika saya benar-benar mencintai seorang wanita.
"Buat masa ini saya sukakan kehidupan dan pekerjaan saya. Lakukan perkara yang saya suka bersama orang-orang yang saya sayangi serta dapat bersama dengan orang yang dicintai. Itu sahaja yang saya inginkan," tuturnya.
Shila Amzah Juara Pertandingan Asian Wave | Ini sangat membanggakan Abang Nara selaku rakyat Malaysia apabila Shila Amzah diumumkan sebagai juara pertandingan Asian Wave. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Shila atas pencapaian yang sangat-sangat awesome ini. Anda memang hebat Shila!!!
Salah satu lagu yang dipersembahkan ialah Grenade nyanyian asal oleh Bruno Mars. Meremang bulu roma Abang Nara mendengarnya.
Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Bulan Disember 2012 | Pilihan raya Malaysia : Jikalau kita singkap semula perjalanan ahli parlimen sekitar lebih 4 tahun yang lalu, mereka mula mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada bulan JUN 2008. Cepat betul masa berlalu, tetapi sehingga ke hari ini Parlimen masih lagi belum dibubarkan.
Tidak salah, masih ada lagi masa dan tempohnya. Tetapi kelaziman daripada pimpinan-pimpinan yang sebelum ini jikalau diikutkan sudah pun memulakan semboyan pilihanraya Malaysia 13 (umum) pada waktu-waktu sebegini. Lain pula di zaman Datuk Seri Najib Razak…
Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 ini, bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Najib mesti bubar parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat beliau hanyalah sehingga April 2013.
Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan pilihanraya Malaysia(umum) sehingga mengajak rakyat menjadi “ahli nujum negara” terlalu lama.
“Masing-masing ada pendapat, hujah dan firasat tersendiri”
Pilihan raya Malaysia 13 (Umum) Pada Disember 2012?
Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?
Antara faktornya ialah, pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2013) . Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Malaysia ke 13 (Umum).
Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
Ketiganya, dalam masa sama musim haji Oktober–November ini, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. Dan Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair.
Keeempatnya, kalau buat Pilihanraya Malaysia 13 pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik.
Faktor kelimanya berkenaan. Ekonomi dunia tidak menentu. Tahun depan tidak terjamin lagi ekonomi negara kita stabil. Ia pasti akan menjejaskan dari segi sokongan Barisan Nasional (BN).
Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akanmenimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.
Oleh itu kemungkinan besar bubar Parlimen pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.
Walaubagaimanapun, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini di bawah Barisan Nasional jadi oleh itu, mereka mestilah mencari tarikh terbaik untuk mereka menghadapi Pilihan raya Malaysia ke 13. Jikalau ikutkan perkiraannya, tarikh terbaik untuk Barisan Nasional sebelum Jun 2012. Mengapa tak jadi? (KLIK LINK). Kini, sudah terlepas. Waktu keemasan itu sudah berlalu. Sudah tidak dapat ‘catch the moment’.
Untuk mengetahui tarikh pilihan raya umum ke 13 tidak sukar jika kita dapat mencari tarikh-tarikh yang mampu memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk menang pada Pilihan raya umum 13 kali ini. Dan kami rasa Datuk Seri Najib Razak sudah pun mengetahuinya….
P/S : Dan…rakyat Malaysia pun sudah bersedia menghadapinya?
Meja Masa Depan Mengalami Perubahan Berasaskan Teknologi | Saya mungkin sudah sering melihat video maupun filim yang menampilkan kecanggihan teknologi terbaru untuk masa depan.Tapi apa jadinya jika hal tersebut menjadi nyata dan bisa saya miliki? Saat ini mungkin fungsi meja bagi sobat hanya sebagai peralatan rumah tangga untuk meletakkan peralatan tulis menulis atau sekedar pengisi interior ruangan. Pada awal tahun 2011, beredar kabar munculnya teknologi tv hologram. Tapi baru-baru ini, dipenghujung tahun 2011, Microsoft membuat sebuah terobosan dengan teknologi yang diberi nama Microsoft Surface, dimana sebuah kombinasi antara meja, komputer, kamera, serta touch sensivity berukuran sebesar yang memungkinkan pengguna untuk berinteraksi untuk berbagai aktivitas.
Pada meja besar yang menggunakan LCD touch screen 40 inci, Microsoft menempatkan sebuah smartphone pada layar, seketika Microsoft Surface akan mengenali perangkat tersebut dan menampilkan informasi mengenai perangkat serta memungkinkan untuk memilih model yang berbeda. Kabarnya, Microsoft telah mengkonfirmasi harga terbaru untuk meja masa depan yang akan mereka rilis pada tahun 2012 nanti di pasar Amerika sebesar $8.900.
Seperti halnya Microsoft Surface, teknologi terbaru untuk masa depan lainnya, sebuah meja interaktif, EXOdesk, memungkinkan mereka untuk melakukan semua aktivitas pada virtual space. EXOdesk sebenarnya merupakan sebuah tabletop computer yang menawarkan layar high definition 40 inci, di mana kita bisa memanipulasi virtual object dengan menyentuh dan dragging. EXOdesk akan dirilis pada tahun 2012 mendatang dengan harga $1,299.
Pada video dibawah ini bisa sobat saksikan penampakan kecanggihan teknologi terbaru untuk masa depan dengan tampilan virtual keyboard, RSS feed stream, simulasi permainan piano, dan aplikasi untuk permukaan tabletop.
Virus Terbaru Dikesan " FLAME " Dikesan Mula Merebak | Virus terbaru yang dinamakan sebagai “Flame” kinimula merebak ke beberapa negara maju terutama Iran, Israel, Palestina, Sudan, Lebanon, Arab saudi dan Mesir. Virus ini dikatakan lebih canggih dan berupaya untuk melalukan pelbagai jenis serangan pada sesebuah komputer.
Antara kemampuan yang boleh virus Flame lakukan :
Dapat mengambil semua data yang disimpan oleh komputer apabila telah dijangkiti.
Dapat melihat sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah komputer dengan cara mengambil gambar screen, merakam semua aktiviti keyboard dan sebagainya.
Dapat mengaktifkan sistem audio komputer, microfon dan mampu untuk mencuri dengar segala berbualan pengguna kompoter. Mengganggu pengguna lain.
Virus Flame ditemukan pertama kali oleh tim Kaspersky Lab, yang merupakan suatu perusahaan keamanan komputer di Russia. Disebabkan pembinaan virus Flame yang lebih kompleks tiada antivirus yang mampu mengesan kehadirannya buat masa ini.
Mengikut hasil pembacaan saya, virus ini hanya mampu dihasilkan oleh negara maju kerana strukturnya yang lengkap. Sesetengah dari kita ada yang membuat kesimpulan dengan mengatakan ianya virus yang telah dicipta oleh Israel.
Namun, siapa perekanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya dan kemungkinan besar, virus ini mampu untuk mewujudkan perang siber.
ADA mesej positif yang mahu disampaikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terhadap dua tonggak berkaliber, Amri Yahyah (gambar) dan Bunyamin Omar.
Malam ini, kedua-dua pemain tersebut dijangka kembali memperkuatkan skuad Gergasi Merah menjelang pertemuan menentang T-Team dalam aksi Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.
Amri dan Bunyamin sebelum ini terlepas tiga aksi awal Piala Malaysia akibat digantung tiga perlawanan dan didenda RM1,500 seorang gara-gara bertindak melakukan kekasaran melampau terhadap penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar dalam satu aksi Liga Super di Stadium Mohammed ke-IV, Kota Bharu pada 29 Jun lalu.
Ketiadaan dua pemain tersebut jelas dirasai Merah Kuning apabila sekadar mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri setakat ini, tiga mata di belakang Pahang yang kini selesa menerajui kumpulan dengan tujuh mata.
Justeru, Hamidin mahu kedua-dua pemain tersebut mengambil iktibar terhadap insiden berkenaan biarpun mengakui kehadiran mereka bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim malam ini.
"Jika tanya saya, Amri dan Bunyamin sepatutnya tidak cepat berasa selesa dan menganggap posisi mereka dalam kesebelasan utama Selangor terjamin secara automatik.
"Jadi, saya harap hukuman tersebut dapat memberikan pengajaran kepada kedua-dua pemain itu supaya tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama selepas ini," tegasnya kepada Kosmo!
Malam ini, Amri dijangka kembali semula menggalas tugas kapten yang sebelum ini diambil alih oleh P. Gunalan dan Safiq Rahim dalam tiga perlawanan awal sebelum ini.
Sepanjang ketiadaan Amri, Gergasi Merah dilihat bergantung sepenuhnya dengan kredibiliti penyerang import, Bosko Balaban memandangkan penyerang pinjaman, Rozaimi Abdul Rahman dilihat masih tercari-cari sentuhan penyudah sepanjang kempen kali ini.
Begitupun, Hamidin enggan 'campur tangan' dengan strategi yang mahu direncana Irfan seandainya pengendali berpengalaman itu mahu menggunakan khidmat Amri dan Bunyamin malam ini.
"Saya sentiasa mempercayai kredibiliti Irfan, seperti yang saya katakan tadi saya cuma tidak mahu (Amri dan Bunyamin) berasa selesa dengan kedudukan mereka dan bukannya diketepikan langsung.
"Yang paling penting, kami berjaya memburu tiga mata berharga (malam ini) supaya 'misi 33' yang sering tertangguh sejak 2005 tidak lagi tergendala kali ini," jelasnya optimis.
Selain aksi antara Selangor dan T-Team, skuad Tok Gajah yang masih segar dengan kejayaan membelasah Sarawak 6-0 Selasa lalu pula bakal berkunjung ke Stadium Negeri, Kuching dan kembali membuat perhitungan dengan lawan yang sama dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam ini.