Pin It

Widgets

9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend

on Sunday 23 September 2012

9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend
9 Sebab Kenapa Lelaki Susah Nak Dapat Girlfriend | hari tu lepak dengan kawan-kawan yang single, bercerita pasal diri diorang yang masih tak berpunya.. So, hasil daripada cerita diorang, ada 9 sebab berdasarkan kenapa ada lelaki yang masih single dan takde girlfriend sampai sekarang.

1. Terlalu memilih

Kata lelaki A : Dah banyak awek yang duk usha aku tapi sorang pun tak berkenan di hati ni. Susah jugak nak cari yang sesuai dengan kita.

2. Takde kereta

Kata lelaki B : Kalau takde kereta nanti perempuan tak nak jadi awek kita..katanya jatuh standard la kalau naik bas.


3. Pernah dikecewakan

Kata lelaki C : Perempuan suka mengecewakan lelaki..pantang nampak lelaki kaya dan hensem terus tinggalkan kita.

4. Asyik kena reject

Kata lelaki D : Masuk yang ni dah 5 kali aku kena reject..tak tahulah apa yang perempuan cari kat lelaki sebenarnya.

5. Takut hati terluka

Kata lelaki E : Takut la nak bercinta nanti terluka lagi..sedih bro, seminggu takde selera nak makan nasi asyik teringatkan dia.

6. Dah jumpa yang berkenan tapi milik orang

Kata lelaki F : Dah jumpa ciri-ciri wanita idaman tapi dia dah berpunya..takkan nak rampas hak orang punya kot.

7. Perempuan tu banyak teman lelaki

Kata lelaki G : Suka kat dia tapi dia banyak teman lelaki..nampaknya kita ni duk lam waiting list dia jer la.

8. Tak sama taraf

Kata lelaki H : Dia tolak cinta aku sebab katanya taraf tak sama..dia ada degree aku pulak ada sijik SPM je.

9. Kita suka tapi dia tak suka pulak

Kata lelaki I : Bro, perempuan suka mempermainkan hati lelaki yang suka kat dia..dia cakap suka kat aku tapi bila mintak couple, kita ni sekadar kawan je katanya.

Terbaca status seorang blogger perempuan di facebook. Katanya "Perempuan menangis ditinggalkan lelaki itu perkara normal. Lelaki menangis ditinggalkan perempuan ruginya perempuan itu". So, apa kata korang?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved