Pin It

Widgets

Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka

on Wednesday, 26 September 2012

Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka


Apakah Yang Lelaki Inginkan Dari Pasangan Mereka | Bila sebut sahaja apa yang lelaki inginkan dari pasangan mereka mungkin para gadis akan cepat berkata lelaki hanya inginkan hubungan seks, harta dan mempermainkan mereka sahaja. Tetapi tidak semua lelaki sebegitu. Lelaki yang menjalinkan hubungan mereka dengan gadis pilihan mereka sentiasa tercari-cari sipakah yang betul-betul boleh memahaminya. Sebenarnya tidaklah sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kali ini Dunia Maskulin akan terangkan apakah yang lelaki inginkan dari pasangan mereka. Mungkin artikel ini boleh dijadikan rujukan buat pasangan anda.

1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang pasangan mereka zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah si gadis yang diangkat sang jejaka. Oleh itu si gadis perlu sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati si jejaka. Baik jujur daripada daripada sakit hati bukan di kelak hari bukan?

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang yang diberikan atau ditunjukkan.

3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan gadis tersebut jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji, lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved