Pin It

Widgets

Mengapa Wanita Kuat Cemburu

on Wednesday, 26 September 2012


Mengapa Wanita Kuat Cemburu


Mengapa Wanita Kuat Cemburu | Ramai lelaki pening kepala melayan kerenah pasangan mereka yang terlalu cemburu. Kadang kala pada pendapat lelaki punca remeh temeh pun boleh menerbitkan kecemburuan hingga menyebabkan konflik dan pergaduhan bersama pasangan. Ketahui di sini apakah punca wanita terlalu cemburu terhadap pasangan mereka. 

1.Tidak merasa selamat
Wanita tersebut tak merasakan hubungan mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat. Timbul rasa unsecured dan menerbitkan rasa cemburu dan akhirnya menimbulkan konflik besar.

2. Kurang komunikasi
Kesibukan dan kurang komunikasi adalah punca wanita berasa cemburu dan rasa terabai. Timbul rasa curiga dan ingin tahu pergerakan pasangan dan akhirnya wanita mula berasa curiga dan akhirnya akan tercetus pertengkaran

3.Tidak percaya
Ramai wanita tidak percayakan pasangan mereka. Mereka rasa tercabar bila ada wanita lain yang lebih cantik mendekati pasangan mereka sedangkan pasangan mereka langsung tak terniat untuk curang sedikit pun.

4.Posesif
Ramai wanita bersikap obsesif terhadap pasangan mereka. Mereka ini jenis sentiasa memerhati gerak geri pasangan dan akan cemburu buta bila ada wanita berurusan dengan teman lelaki mereka.

5.Pesaing
Persaingan adalah salah satu punca wanita lebih cemburu. Jika dia tahu dirinya ada pesaing dalam merebut kasih sayang lelaki itu akan bertambah cemburulah dia terhadap pasangan dia. Terutama wanita yang bermadu dalam cinta, tentunya mereka tak senang duduk dalam memancing kasih sayang lelaki pujaan hati. Setiap wanita pastinya mahu dirinya lebih disayangi berbanding pesaingnya.

Apa pun dinasihati agar cemburu itu diatasi dengan kematangan akal agar ia jalan seiiring dan manis dalam perhubungan dua hati. Bagi lelaki pula kematangan dan kebijaksanaan kalian pastinya mampu menangani masalah cemburu wanita . Cemburu tandanya sayang, namun jangan biar cemburu merosakkan hubungan yang indah, wallahua’lam.

Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

suwara entertainment said...

huhuhu..saya slh seorg yg kuat cemburu jugak. tp cemburu yg bertempat lah. mane x cemburunya, husb saya performer/musician yg sentiasa menjadi perhatian org lain. hehehehe

http://suriaqistina.blogspot.com/2012/09/bikin-panas-hati.html


26 September 2012 at 11:02 Reply To This Comment
Unknown said...

Assalam, perghhhh, jiwangnya juga nie org.... hahah


26 September 2012 at 22:11 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved