Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam | Pasca musim alaf baru, masyarakat sibuk memperkatakan isu bila mana Perigi Mencari Timba. Melihatkan kononnya sebagai satu kesan jatuh martabat seseorang wanita itu. Dan ini bukanlah menjadi suatu fenomena baru yang mana si wanita kini lebih bersikap ‘mencari’ berbanding menunggu. Mencari dari sudut yang bagaimana?
Pada masa yang sama, kita turut dihidangkan dengan pelbagai kisah penceritaan humor kekeluargaan. Dan konsep cerita ada yang bersifatkan wanita bersikap ‘i’m waiting for you’. Dan itu dilabelkan sebagai suatu perkara asas, dan menjadikan ia satu tradisi sejak nenek moyang kita lagi.
Apabila membuat satu tinjauan, kebanyakan wanita bekerjaya lebih bersikap optimis dalam cita-citanya. Itu yang membuatkan segelintir golongan mereka bersedia untuk di label sebagai ‘andartu’ mungkin. Benarkah? Kerisauan ibu bapa terutamanya menjadikan isu perigi mencari timba ini semakin hangat diperkatakan.
Selain itu, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah dalam soal merisik. Secara lazimnya masyarakat mungkin akan memandang serong dan memberi tanggapan yang kurang baik. Oleh yang demikian ia seakan-akan menjadi suatu kemestian bila mana lelaki sahaja yang berhak untuk merisik mahupun meminang.
MENUNGGU ; TINDAKAN?
Mengimbas kembali sedutan kisah Nur Kasih yang begitu popular sehingga meningkatkan rating televisyen hampir jutaan penonton setiap minggu. Watak Nur Amina (Tiz Zaqyah) telah meminati Adam (Remy Ishak) sejak di bangku sekolah. Dan ia berlanjutan sehinggalah mereka mengikat tali pernikahan.
Namun, adegan ini melihatkan Nur Amina lebih bersikap ‘menunggu’ tanpa sebarang tindakan agresif. Maksud agresif di sini melulu dalam membuat sesuatu tindakan. Penantian Nur Amina ketika mana sudah mula ‘jatuh hati’ terbalas. Walaupun pada awalnya Adam tidak menaruh sebarang perasan terhadap isteri pertamanya.
Jika Nur Amina bersikap menunggu (non-active). Kita lihat pula kisah Sumpah Puteri Bunian yang dibintangi oleh pelakon popular Nora Danish dan Rizal Jaafar. Melihatkan watak Azeera (Elly Mazlein) sebagai wanita yang egois dan bersifat pendendam menaruh hati kepada Adam. Perasan cinta terhadap Adam (Rizal Jaafar) terlalu tinggi, sehingga mana dia sanggup berbuat apa sahaja. Mereka tetap berkawan dan akhirnya kata sepakat untuk sampai ke jinjang pelamin. Dan melihatkan Adam menampakkan bersahaja, berbanding Azeera kelihatan terlalu terburu-terburu. Walaubagaimanapun, perkahwinan antara Adam dan Azeera terpaksa dibatalkan gara-gara hadirnya seorang wanita bernama Hawa (Nora Danish). Ini membuatkan Azeera terlalu sedih.
MENCARI ATAU MENUNGGU ?
Perkara ini terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Suka ingin saya sentuh dalam soal mencari. Apabila kita menyebut mencari sudah tentu ia dikaitkan dengan orang lelaki berbanding wanita. Itu mentaliti kita. Tetapi jika saya sebut secara realitinya bukan bagaimana pula?
Sedutan Babak Nujum Pak Belalang
“Cuba teka yang mana jantan yang mana betina?” Sambil menujukkan dua ekor itik.
“Ini senang sahaja
“Haaaa…..”
“Jika ahli nujum mahu tahu yang mana jantan yang mana betina. Yang belakang itu adalah jantan yang depan itu adalah betina”. Sambil menunjukkan dua ekor itik.
“Sebabnya…….?”
“Sudah menjadi lumrah dunia”
Dialog di atas jelas menunjukkan bahawa dalam membentuk sebuah pasangan perlulah bermula daripada diri seorang lelaki. Tidak dinafikan golongan lelaki lebih bersifat aktif dalam soal sedemikian. Tetapi sejauh manakah peranan wanita dalam aspek ini?
Inilah menjadi titik tolak persoalan yang tidak berkesudahan. Jika lelaki mencari, wanita pula tidak menghargai, jika wanita mencari lelaki pula tidak menghargai.Pokoknya masing-masing hanya bertepuk tangan sahaja. Apabila sentuh Timba Mencari Perigi, itu sudah perkara biasa walaupun terpampang di dada akhbar.
Ironinya, jika isu Perigi Mencari Timba, bagai ada suatu gelombang datang tidak berjemput.
Golongan wanita cukup pantang kononnya jika mereka dikaitkan dengan gelaran sedemikian iaitu perigi yang mencari timba. Mereka seolah-olah tidak mahu berada dalam permainan tersebut. Apabila golongan lelaki mengatakan hakikat jumlah wanita di bumi 1 : 4 kadang-kadang mereka menidakkan fakta. Inilah sebahagian tanda kecil hari kiamat. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Jelasnya apabila kita melihatkan sesuatu acara mahupun program, bilangan tempat duduk lelaki hanya 1/4!! Namun golongan wanita akan memberikan jawapan kononnya golongan lelaki kini sibuk berpeleseran tidak tentu arah. Dengan gaya mat rempit mahupun sebagainya. Jangan marah naa..
KALIS CINTA ; Apabila Ego Menguasai Diri
Masih ingat lagi kisah Cerekarama Kalis Cinta? Mengisahkan seorang wanita berstatus dara yang terlalu mengejar pangkat dan kekayaan. Kejayaan mula dikecapi dan melupakan soal jodoh. Adakah kerana tiada seorang lelaki mahu mengambil hatinya? Sudah ramai jejaka tampil, namun hatinya tidak tertawan. Apabila ego menguasai diri.Sering mempersendakan kaum adam yang dilihat sebagai kelas bawahan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap dirinya. Fikirkanlah jika benar.
KESIMPULAN ; CARILAH SELAGI MANA BOLEH MENCARI
Jika hadirnya seorang wanita bertandang
“Sudikah awak menjadi suami saya?”
Apa pandangan pertama kita? Apakah kita sudah menilai wanita ini dari sudut negatif? Ya, saya pasti mungkin menganggap perlakuan wanita tersebut dianggap suatu perkara yang kononnya ‘memalukan’. Seperti yang saya nyatakan di atas sebentar tadi, situasi ini dianggap sebagai satu fenomena biasa terutama dalam masyarakat Melayu. Kononnya nenek moyang kita tidak membenarkan wanita memulakan langkah pertama dalam mencari pasangan. Jadi bagaimana wanita di luar sana? Ayuh langkah kaki kananmu
Sepanjang saya menulis artikel di atas, sedikit pun saya tidak menjatuhkan martabat seorang wanita. Salah faham mungkin berlaku di antara kita. Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Namun terdapat sedikit kekeliruan dalam sirah Nabawwiyah. Iaitu antara Nafisah bt Minyah ataupun Maisarah.
Inilah cara yang mungkin saya akan gunapakaikan (tersenyum).
Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu. Siapa dia? Sayalah (bernada gurau).
Sumber: Meniti Jalan Inspirasi
{ 1 ulasan... read them below or add one }
kalau xguna org tgh just sms blh x?
16 June 2013 at 15:55
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.