Pin It

Widgets

Risiko Bercinta Sebelum Berkahwin

on Thursday, 20 September 2012

Risiko Bercinta Sebelum Berkahwin

Risiko Bercinta Sebelum Berkahwin | Di peringkat perkembangan remaja seperti adik, secara psikologinya, naluri untuk mencari dan mempunyai kenalan serta bercinta adalah lumrah.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna perhubungan cinta ini boleh dicemari dengan perkara atau perlakuan yang bertentangan dengan syariat agama.

Mengenai perkahwinan dan bercinta sebelum kahwin dalam Islam, daripada Anas r.a katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa benci sunnahku, maka dia bukan daripada golonganku.

Allah s.w.t menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasangan, berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui cara halal.

Fitrah itu dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.

Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (An-Nisaa’ ayat:1).

Dalam bercinta, Islam menggariskan akhlak terbaik untuk merealisasikan percintaan lelaki dan perempuan. Cinta sebelum perkahwinan dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.

Sebagai pelajar, memberi perhatian kepada pelajaran adalah penting. Justeru, penting juga untuk adik memastikan hubungan cinta adik berdua tidak menjejaskan pelajaran.

Sama ada adik patut meneruskan hubungan dengan kekasih atau memutuskannya, jika percintaan adik berdua mempunyai tujuan suci iaitu bertujuan membawa ke alam perkahwinan dan ikatan yang sah sebagai pencinta beriman dan takutkan Allah, adik berdua haruslah menjaga batas pergaulan.

Adik dan kekasih harus menghormati maruah dan harga diri masing-masing. Dalam erti kata lain, tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih kerana orang yang ketiga adalah syaitan.
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Momo said...

cinta selepas kawin rasanya lagi swit..:)


20 September 2012 at 09:13 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved