Saya menulis tajuk seperti di atas kerana mungkin bagi wanita yang tidak bertudung secara sempurna tidak menganggap rambutnya tidak berharga kerana mahkota yang perlu ditunjuk untuk suami sahaja dipamerkan kepada orang ramai tanpa segan silu. Rendahnya maruha wanita ini. Saya mendoakan agar wanita yang membaca artikel ini akan menjadi seorang yang istiqamah dalam menutup rambut mereka dengan cara yang sempurna.
Para wanita semua mungkin menghadapi masalah dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap. Keadaan sedemikian mungkin menyebabkan rambut yang diliputi tudung lebih mudah berpeluh atau lemas. Oleh itu, kaedah rawatan diperlukan untuk menjaga rambut agar sentiasa segar, sihat dan cantik.
“Adakah kaedah rawatan rambut wanita muslimah ini memerlukan belanja yang besar? Perlukah ke salon untuk mendapatkan rambut yang sihat?”. Tidak sama sekali. Bagi anda wanita muslimah, tidak perlu khuatir. Rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
1. Pilih syampu yang sesuai
Syampu perlulah sesuai dengan rambut anda. Apa yang penting, produk tersebut tidak mengandungi bahan yang tidak halal dan juga selamat digunakan. Tambahan lagi, banyak syampu yang dijual khas untuk wanita bertudung.
2. Conditioner
Penggunaan pelembap (conditioner) selepas mengenakan syampu juga perlu. Tapi awas, jangan lakukannya setiap hari kerana akan mengakibatkan rambut mudah putus. Ini kerana, ketika kulit kepala dalam keadaan tertutup, udara tidak dapat mengalir sepenuhnya menyebabkan rambut mudah rosak.
3. Vitamin
Jika boleh, gunakan vitamin atau creambath sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu untuk menjadikan rambut lebih segar dan bersinar. Penggunaan olive oil (minyak zaitun) amat berkesan. Sapukan minyak zaitun pada rambut sebelum tidur. Pastikan keesokan harinya, anda mengenakan syampu pada rambut agar rambut tidak lembap.
4. Pengeringan
Perlu diingat, setelah selesai merawat rambut. Jangan biar rambut anda dalam keadaan basah. Rambut yang basah menghalang aliran udara yang baik sekaligus menyebabkan rambut anda menjadi kusut. Keringkan rambut anda secara semulajadi, elakkan penggunaan hari dryer (pengering rambut) kerana akan menyebabkan rambut tidak sihat. Awas, jangan sesekali menyisir rambut anda ketika basah.
5. Rawatan Tradisional
Apa kata sekali sekala rawat rambut anda dengan rawatan ala spa. Sapukan minyak kelapa pada rambut. Setelah itu, basuh rambut anda denga limau purut. Rawatan ini mampu menyingkirkan kelumumur dan manjadikan rambut berkilat dan sihat.
Walaupun bertudung, tidak bererti rambut tidak boleh dijaga. Islam menganjurkan umatnya untuk menjaga segala yang telah ditetapkan kepada setiap muslim, termasuk juga mahkota wanita iaitu rambut. Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.
{ 2 ulasan... read them below or add one }
hanan tag blog ni ;) http://hananhadila.blogspot.com/2012/12/special-giveaway-by-nabilah-saadah.html
14 December 2012 at 14:30
Crita lma lgi bgus
22 May 2014 at 17:53
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.