Pin It

Widgets

Tonton Drama Yes Boss Full Episode Di TV3

on Wednesday, 2 April 2014

Tonton Drama Yes Boss Full Episode Di TV3

Drama Yes Boss setiap Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang bermula 15 Februari ini di TV3. Adaptasi dari novel tulisan Areila Sahimi. Watak dan lakonan, Aryana - Emma Maembong, Ilham - Fahrin Ahmad, Shamsiah - Noorkhiriah, Opah - Norlia Ghani, Dato Maarof - Eizlan Yusof, Datin Rokiah - Jasmin Hamid, Mellina - Aishah Ilias, Udin - Aidil Aziz, Harun - Shamsul Ghaw2, Midah - Wan Maimunah, Sakinah - Cha Cha Maembong, Jeffry - Hisham Hamid, Amanda - Shella Faeiz dan ramai lagi. Drama terbitan Zeel Production. 24 Episod.

Sinopsis:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

Tonton online di www.tonton.com.my

Tonton Yes Boss Full Episode Di TV3

Tonton Yes Boss Episode 13[ Coming Soon ]


Download Yes Boss Full Episode Di TV3

Tonton Yes Boss Episode 13[ Coming Soon ]


Ranking: 5

{ 5 ulasan... read them below or add one }

Anonymous said...

http://www.ju.edu.jo/home.aspx

Jordan University

[url]http://www.ju.edu.jo[/url]


23 June 2016 at 18:22 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved