Pin It

Widgets

BerCinta Itu Susah Kah Atau Senang

on Thursday, 11 October 2012

BerCinta Itu Susah Kah Atau Senang

BerCinta Itu Susah Kah Atau Senang | CINTA? terlalu mendalam definisinya bagi aku. aku sendiri tidak tahu di mana sebenarnya hati aku ini. Mungkin bagi sesetengah owang itu mungkin menganggap cinta itu mudah dengan hanya melafazkannya.... tapi bagi orang pemalu amat sukar untuk melafazkan cinta tambahan lagi apabial yang di cintai itu adalah sahabat karibnya. lagilah dia sukarkan.
Di sini ada info yang mungkin amat berguna untuk semua insan yang bercinta ataupun yang belum.

SEBELUM BERCINTA

BERSAHABAT DULU

jodoh dan pertemuan adakah ketentuan TUHAN yang esa. setiap orang sudah ditetapkan jodohnya. yang penting kita berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. biasanya, jodoh atau pasangan yang menanti berada tidak jauh dari kita.

KENALI SI DIA

perempuan membentuk hubungan cinta dengan berbual dan bercakap manakala lelaki membentuk hubungan cinta dengan melakukan kegiatan secara bersama. oleh itu,lelaki perlu banyak bercakap dengan bakal pasangan mereka dan perempuan perlu lakukan aktiviti secara bersama dengan bakal kekasihnya.

BAIK DENGAN RAKAN-RAKANNYA

ingin mengetahui sifat dan personaliti kekasih anda? cuba lihat sifat dan personaliti rakan-rakanny. biasanya, rakan-rakan kita mempengaruhi diri dan perwatakan kita. cuba perhatikan diri kita sendiri dan dengan siapa dengan kita bersahabat. pasti kita dan rakan mempunyai persamaan bukan?

TELEFON DIA

kejutan membuatkan dirinya rasa dihargai. buatlah panggilan kepadanya pada waktu yang sesuai dan di kala dia tidak menyangka kita akan menelefonnya pada waktu itu. rasa cinta akan hadir apabila kita rindu mendengar suaranya.

BERTERUS-TERANG TUJUAN BERSAHABAT

sebelum mencintai orang lain, kita perlu mencintai diri sendiri. selepas itu, barulah kita dapat memberikan cinta yang ada pada kita kepada orang tersayang. perasaan cinta akan hadir dalam diri kta apabila kita sudah mengenali dirinya. kenalilah bakal kekasih kita, barulah rasa cinta itu muncul.

TUNGGU JAWAPANNYA

bagi mendapatkan jawapan yang jujur, kita perlu memberikannya masa yang cukup untuk dia berfikir. masa sangat penting supaya dia dapat berfikir secara rasional. andai dia tidak dapat menjawabnya, jangan sesekali memaksanya.paksaan hanya memburukkan lagi suasana dan keadaan.

TAHU KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI

gunakan kelebihan yang kita ketahui pada diri secara maksimum bagi menawan hatinya. jangan pendankan kelebihan yang ada pada diri kita, dia pasti menghargainya. kurangkan kelemahan diri dan sembunyikannya daripada diketahui orang lain.

KATAKAN KITA SUKAKAN DIA

bukan mudah untuk kita melafazkan cinta dan mengakui kita menyukainya. ungkapkan kalimah cinta itu apabila kita sudah bersedia. pastikan ungkapan itu bersulam dengan hati yang jujur dan ikhlas. hadirnya perasaan cinta itu daripada Tuhan. sentiasalah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa.

SEMASA BERCINTA

BERITAHU KEPADA KEDUA IBU BAPA

keberkatan dan keredhaan daripada ibu bapa adalah faktor berjayanya hubungan yang dibina. oleh itu, carilah keredhaan kedua-dua mereka. jangan membelakangi keputusan yang mereka buat.

INGAT DIA SELALU

biarpun dirinya jauh dari kita tapi hakikatnya dia dekat dengan hati. orang yang sedang mabuk cinta sentiasa teringatkan kekasihnya. rasa cinta ini hadir tanpa dipaksa. jangan dipersiakan cinta yang hadir.

JADI ORANG PENTING DALAM HIDUPNYA

kita perlu sentiasa bersama dengan kekasih kita bukan sahaja semasa dia senang, bahkan semasa dia berada dalam kesusahan. susah dan senang anda berdua hadapi bersama. amaran! jangan sesekali tinggalkan dirinya semasa dia mengalami kesusahan. bantu sedaya yang mampu.

BANYAKKAN BERTOLAK ANSUR

perempuan yang sedang marah perlu dipujuk dengan kasih sayang. dengar dengan teliti apa yang diperkatakan. jangan beri komen ataupun cuba beri nasihat. perselisihan faham memang tidak dapat dielakkan kerana manusia mempunyai pendapat yang berbeza. bertolak ansur adalah kunci kebahagiaan pasangan yang bercinta.

MENJADI PENDENGAR YANG SETIA.

jangn menyampuk,mencelah dan bercakap semasa dia sedang meluahkan rasa hati. dengar segala perkara yang dia katakan. cuba fahami pendapat dan permintaannya. pendengar yang baik dapat memahami perasaan kekasihnya dengan lebih mendalam. tindakan mendengar dengan baik adalah bukti kita mencintai dan menyayanginya.

PENUHI PERMINTAANNYA

kita perlu sentiasa menghargai pasangan bagi menawan hati. jadilah orang yang pemurah dengan memberikan penghargaan dalam bentuk material kerana pencapaian ataupun kejayaannya. selepas itu, katakan kepadanya, 'saya begitu sayang kepada awak' ataupun 'awak beri kekuatan kepada diri saya'.

SOKONG TINDAKAN

perkara paling penting untuk kita lakukan adalah menyokong tindakan yang akan diambil. tunjukkan dia pilihan yang betul dan bawanya kepada kejayaan.

BERI HADIAH TANDA PENGHARGAAN

dia tidak memandang sangat harga barang yang kita hadiahkan kepadanya tetapi dia menilai sejauh mana keikhlasan kita pada dirinya. tunjukkan keikhlasan kita kepadanya.

KEMBANGKAN POTENSI DIRINYA

perkenalkan kekasih kita kepada rakan-rakan kita dengan pujian. biar kekasih kita rasa selesa apabila berbual-bual dengan mereka. cuba serlahkan kebolehan kekasih kita di hadapan mereka. pasti kekasih kita akan menghargai tindakan kita itu.

TEPATI JANJI

apabila kita sudah berjanji dengan kekasih kita.tindakan kita menepati janji membuktikan kita individu yang beramanah dan bertanggungjawab. dengan memiliki sifat ini,kita menjadi individu yang dihormati dan disayangi oleh semua orang yang berdampingan dengan kita.

JAUHI MAKSIAT

jadilah kekasih yang taat kepada perintah Tuhan. jangan biarkan diri kita dibelenggu dosa dan maksiat. jangan pergi ke tempat-tempat yang penuh dengan maksiat dan jangan hampiri zina. patuhi perintah dan larangan Tuhan.

RASA SELAMAT DAN TERJAMIN

kita perlu meyakinkan pasangan kita bahawa dia selamat apabila bersama dengan kita. pekerjaan yang stabil, gaya hidup yang sihat,sumber kewangan yang mencukupi dan berpengetahuan agama adalah faktor yang menjamin masa hadapan apabila bersama kelak

KESILAPAN BERCINTA

EGOISTIK

jangan sesekali memandang rendah dan menganggap kedudukan kekasih kita tidak sama taraf dengan diri kita. sikap ini hanya memburukkan lagi perhubungan yang dibina. lebih malang lagi, kita mungkin sentiasa gagal dalam percintaan.ubahlah sikap ini kepada yang lebih positif.


JANGAN CEMBURU BUTA

apabila perasaan cemburu melampaui batas, kita perlu berfikir secara rasional dalam setiap keadaan. jangan biarkan perasaan dipengaruhi dengan perkara yang tidak masuk akal. ingat! orang yang kuat cemburu hanya mencipta sengsara untuk dirinya.

KURANG BERTANYA

jangan malu bertanya dengan bakal kekasih hal-hal yang berkaitan dengan diri serta peribadinya.tujuan kita bertanya adalah ingin mengenali durinya dengan lebih mendalam. lebih banyak yang kita tahu, lebih mudah kita mendekatinya.

TERLALU MENGIKUT HATI DAN PERASAAN

jangan terlalu ikutkan hati. tindakan yang terburu-buru hanya menyusahkan diri. cuba berfikir dengan logik masalah yang terjadi. jangan terus membuat keputusan ,berfikir sebelum berfikir.

CARI KESERASIAN

tidak salah berangan-angan dalam percintaan. tetapi perlu serius dalam realiti kehidupan.cari keserasian antara kita dan bakal pasangan kita. jika ada, bolehlah diteruskan hubungan itu. jika tidak serasi, lebih elok kita tidak meneruskannya.

WAJAH AKAN MENIPU

apabila rupa paras menjadi ukuran,ramailah individu yang tidak cantik dan kacak tidak menjadi pilihan. ini kerana setiap orang terlalu asyik memilih bakal kekasih dikalangan orang cantik dan kacak. terserah pada kita untuk memilih bagaimana rupa bakal kekasih kita. tepuk dada tanya selera.

JANGAN SANGKA BURUK

sifat ini memberi kesan negatif kepada hubungan cinta kita. selidik dahulu apa yang berlaku,barulah boleh menghukum kekasih kita bersalah ataupun tidak. jangan membuat tuduhan yang melulu nanti akhirnya diri yang menyesal.

JADILAH DIRI SENDIRI

jangan ubah personaliti dan gaya hidup kita semata-mata ingin menawan hatinya. perubahan ini pasti bersikap sementara. kita perlu menjadi diri sendiri, kenapa kita perlu menjadi orang lain? terpulang pada dirinya ingin ,menerima kita ataupun tidak. jangn susah-susahkan diri sendiri

TIDAK PERCAYA

sikap saling percaya mempercayai adalah kunci kejayaan hubungan cinta yang dibina. cuba berkongsi masalah yang dihadapi dengan kekasih kita. mungkin ia dapat mengurangkan sedikit bebanan dan tekanan yang terpaksa diharungi.

Kalau Nak Tambah Boleh Letak Sahaja Di Ruang Komen..???


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved