"SOLAT" DAN "COUPLE" | Satu situasi yang kita lihat dalam kalangan remaja masa kini sama ada sedar ataupun tidak, adalah budaya'couple' yg begitu diangkat sebagai satu kewajipan berbanding SOLAT. Tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang ber'couple' ini juga menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Namun sebahagian besar daripadanya masih lalai daripada menunaikan solat. Apa yangg saya cuba sampaikan kali ini adalah berkenaan perkara yang WAJIB dalam hidup kita, lebih-lebih lagi sebagai seorang remaja muslim.
Persepsi kebanyakkan remaja hari ini mengenai 'couple' adalah adalah 1 budaya yang menjadi kewajipan. Tanpa 'couple', seseorang itu dianggap tidak laku ataupun kolot, kerana tidak mahu bersosial dan sebagainya. Persepsi ini adalah salah sama sekali, bahkan dalam ISLAM sendiri tidak ada satu pun ayat AL QURAN yg mengangkat budaya couple ini sebagai perkara yg WAJIB.
Ada pun munculnya beberapa golongan yg menggunakan ayat Al Quran:
Ada pun munculnya beberapa golongan yg menggunakan ayat Al Quran:
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dapat mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)."
(Surah Adz-Za'ariyat, ayat 49)
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan ayat ini bagi 'menghalalkan' tujuan untuk ber'couple'. Ayat ini juga digunakan untuk meminta nombor telefon supaya dapat berkenalan. Sama ada sedar atau tidak, perbuatan ini sudah menyalahgunakan AL QURAN utk kepentingan diri sendiri. Lihat sambungan ayat diatas:
"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata."
(Surah Adz-Za'ariyat, ayat 50)
Dalam ayat ke 49 itu tadi, telah dinyatakan mengenai ciptaan ALLAH secara berpasangan agar dapat mengingati kekuasaan-NYA, bukan utk tujuan berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan semata-mata. Ayat ke 50 pula menyeru agar manusia bertaubat dan mentaati perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Ada pun perintah ALLAH dan Rasul-NYA (Nabi Muhammad Salallhu Alahi Wasalam) itu adalah WAJIB, salah satu daripadanya adalah SOLAT!
Tuntutan SOLAT dalam ISLAM
Mendirikan SOLAT (Menunaikan SOLAT) adalah perkara yg menjadi kewajipan bagi seorang muslim. Solat juga merupakan Rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Solat juga merupakan perkara terpenting dalam membentuk peribadi diri seorang muslim. Perkara kebaikkan akan menjadi sia-sia sekiranya tidak menunaikan solat, kerana solat adalah nadi dan kunci bagi segala amalan kita di dunia ini.
Mari kita perhatikan ayat Al Quran yg berikut:
Mendirikan SOLAT (Menunaikan SOLAT) adalah perkara yg menjadi kewajipan bagi seorang muslim. Solat juga merupakan Rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Solat juga merupakan perkara terpenting dalam membentuk peribadi diri seorang muslim. Perkara kebaikkan akan menjadi sia-sia sekiranya tidak menunaikan solat, kerana solat adalah nadi dan kunci bagi segala amalan kita di dunia ini.
Mari kita perhatikan ayat Al Quran yg berikut:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.".(Surah Hud, Ayat 114)
Ayat ini menjadi dalil yang jelas menyatakan solat itu adalah WAJIB. Dan disambung pada ayat seterusnya:
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
ALLAH telah mengingatkan agar hamba-NYA bersabar dalam menunaikan kewajipan dalam agama dan tidak mengeluh dalam beramal. Dalam ayat 116 pula dingatkan agar kita tidak mencontohi umat terdahulu yg telah dibinasakan, walhal mereka itu mempunyai keupayaan untuk melarang org lain utk tidak melakukan mungkar.
Dalam ayat lain juga ada dinyatakan mengenai kewajipan solat ini:
Dalam ayat lain juga ada dinyatakan mengenai kewajipan solat ini:
"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."( Surah Al Isra', Ayat 78)
Perihal solat juga ada dinyatakan dalam hadith Rasulullah Salallahu Alahi Wasalam:
Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya:
“Bangunlah dan lakukan solat.” Maka baginda (Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam) melakukan solat Zuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Asar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Isya` ketika syafaq (langit merah) menghilang. Kemudian waktu Subuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Subuh ketika waktu fajar menjelang.(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Tirmizi. )
Begitu jelas dan terang lagikan bersuluh mengenai SOLAT, seperti yang dinyatakan dalam AL QURAN dan Hadith. Solat adalah menjadi penyelamat kehidupan kita di dunia dan akhirat. Solat jugalah menjadi ikatan istimewa antara kita dengan ALLAH, Pencipta kita yang Agung. Fikirkan dahulu soal 'in a relationship' kita dengan ALLAH, insyaALLAH akan diberikan pula olehnya seorang manusia yang menjadi teman 'in a relationship' untuk kita.Lebih manis lagi, ALLAH akan memberikan segala-galanya dengan keadaan HALAL selagi mana kita patuh dengan SYARIAT yang telah ditetapkan oleh-NYA.WALLAHUALAM :)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.