Pin It

Widgets

Mengapa Lelaki Mendiamkan Diri Bila Hadapi Masalah

on Wednesday, 26 September 2012

Mengapa Lelaki Mendiamkan Diri Bila Hadapi Masalah


Mengapa Lelaki Mendiamkan Diri Bila Hadapi Masalah | Ramai wanita buntu bila kekasih hati mendiamkan diri bila hadapi masalah. Nak ajak berbincang? jangan harap! Menurut mereka kerana lelaki lebih cenderung mendiamkan diri dan menyepi sendirian.Lelaki dan wanita amat berbeza dalam menyelesaikan masalah, lelaki lebih suka mendiamkan diri dan menenangkan keadaan terlebih dahulu. Jika lelaki diam tu tandanya besar kemungkinan dia sedang hadapi masalah dalam hidupnya. Apa yang perlu kita lakukan?

1. Mudah saja, berilah mereka ruang untuk meredakan keadaan dan menyelesaikan masalah mereka sendiri

2 .Cuba bertanya adakah dia punyai masalah, jika dia bersedia berkongsi baru lah cuba mendengar apa masalahanya dan cuba memberi pendapat dan membantu.

3. Kaum lelaki ni akalnya panjang, mereka lebih gemar mendiamkan diri dan berfikir, bukan seperti wanita yang sentiasa dikuasai nafsu dan perasaan. Ada masalah kecil kita mula hebohkan dan berniat nak share masalah dengan orang sekeliling. Itu perbezaan antara lelai dan perempuan. Cuba fahami mereka

4. Jangan anggap mereka sengaja mendiamkan diri dan menganggap mereka rasa kamu tak bererti dalam hidup mereka. Mereka memang ada cara tersendiri menyelesaikan masalah. Diam mereka bererti mereka sedang berfikir

5. Jadilah insan yang memahami dan cuba jadi pendengar setia apabila diminta untuk mendengar. Tiap orang tak sama cara menghadapi masalah yang mendatang. Tetapi tiap orang mampu hadapi masalah yang datang jika mereka menggunakan akal dalam melakukan tindakan

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved