Pin It

Widgets

Tonton Love You Mr. Arrogant Full Episode - Akasia TV3

on Friday 25 October 2013

Tonton Love You Mr. Arrogant Full Episode - Akasia TV3

Tonton Love You Mr. Arrogant Full Episode - Akasia TV3 | Sinopsis Love You Mr. Arrogant TV3. Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


"Love You Mr. Arrogant"

SLOT: Akasia
Live : TV3
HARI: Setiap Isnin - Khamis
MASA: 7.00pm
MULA TAYANGAN: 25 September 2013
LAKONAN: Zara Zya (Zaara Amirah), Azlee Khairi (Zafriel Irham) ,Hanez Suraya (Sherry), Keith Foo (Hadry), Anzalna Nasir, Norish Karman (Puan Sri Maryam), Mustapar Kamal (Tan Sri Zahir), Fadillah Mansor, Alex Yanz, dan Aisyah Illias
Lagu Tema/Lagu Latar Love You Mr. ArrogantTetap Menanti - Nomad
JUMLAH EPISODE: 26 Episod

Tonton online di www.tonton.com.my - Love You Mr. Arrogant

Tonton Online Love You Mr. Arrogant 

[Setiap Isnin hingga Khamis, 7 petang]

Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Anonymous said...

Dh x bole tgok tahun 2024


26 February 2024 at 23:39 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved