Sabar Menerima Hakikat Perpisahan Dalam Percintaan | Ungkapan 'kita putus', ibarat tali yang sedang menjerut leher sendiri, sukar dilafaz namun perlu dibuat demi kehidupan yang lebih baik.
Memutuskan hubungan dengan insan yang masih kita cintai adalah antara perkara paling sukar dilakukan di dunia ini.
Namun sebenarnya jika dilihat kembali, hubungan yang diteruskan tersebut bukan hanya mendatangkan kebaikan malah kesakitan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua insan tersebut.
Memang masing-masing sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan tersebut, namun bagaimanakah caranya untuk memastikan keputusan tersebut kekal dan tidak akan berubah.
Pertama, pastikan anda duduk berasingan dan jangan sesekali mengubah keputusan tersebut. Jika pendirian anda berubah, anda hanya akan menyakiti diri anda sendiri, jadi pastikan anda benar-benar komited sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
Seterusnya, cakap dengan pasangan anda dan beritahu dia kenapa anda tidak boleh bersamanya lagi. Komunikasi jujur dan terang lagi nyata adalah amat penting. Memberi alasan yang tidak benar, walaupun niat anda untuk menjaga hati pasangan hanya akan memberikan rasa sakit hati pada pasangan anda dan lebih rumit ia akan mengelirukan keadaan anda berdua.
Jika anda pernah berkongsi wang membeli barangan bersama, pastikan anda berdiskusi tentang hak milik barangan tersebut. Buat satu senarai barangan yang anda akan simpan dan dia simpan. Buat urusan tersebut dengan segera untuk mengelakkan barangan anda dihantar kemudian hari dan membuatkan anda berasa sedih setelah berjaya menerima keadaan tersebut.
Perpisahan bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh bertemu satu sama lain, tapi jangan jumpa dalam masa terdekat selepas perpisahan. Beri ruang dan masa sekurang-kurangnya apabila hati anda berdua telah tenang, cuba seminggu dulu atau mungkin sebulan, kaji dengan jelas perasaan anda dan kemudian pastikan adakah pertemuan seterusnya boleh dilakukan sebagai kawan biasa sahaja.
Paling utama selepas perpisahan ini ialah untuk memaafkan satu sama lain. Jangan fikirkan perkara lalu yang menyakitkan hati anda, tenangkan hati dan fikirkan apa kebaikan yang pernah pasangan anda lakukan, pasti ada banyak kebaikannya bukan, namun jangan berpatah balik, cekalkan hati dan mesti berpegang teguh dengan keputusan yang telah diambil.
Tips dan amaran Proses perpisahan
Proses perpisahan ini diakui memang memeritkan apatah lagi jika anda masih ada perasaan cinta padanya. Jadi untuk menggantikan perasaan tersebut, pastikan anda diselubungi kasih sayang daripada orang sekeliling seperti kawan-kawan yang amat memahami apa yang anda lalui. Tidak salah untuk anda menangisi atau bersedih dengan perpisahan tersebut, tapi awas jangan tersilap langkah dengan memencilkan diri dan dirundung kesedihan berpanjangan.
Amat penting bagi anda untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Inilah masanya anda memaksimumkan masa dengan mereka kerana itulah yang sepatutnya berlaku.
Pasangan berpisah yang mengisytiharkan status mereka 'hanya kawan' memang biasanya tidak akan menjadi. Ia hanya sebuah frasa indah untuk diberitahu umum namun tidak bagi mereka yang menanggungnya. Jadi, janganlah berpisah jika hati masih ada cinta.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.