Pin It

Widgets

Renungan Mata Wanita

on Wednesday, 26 September 2012

Renungan Mata Wanita


Renungan Mata Wanita | Lelaki amat mudah berkocak hatinya apabila menerima renungan mata dari wanita. Awas bagi pemilik mata yang cantik, jangan sesekali kamu merenung penuh makna kepada lelaki kacak di luar sana. 

Renungan penuh erti bisa mengocakkan kolam hati jejaka di luar sana. Risau nanti bukan jejaka solo saja akan terpikat, ada pula yang sudah berpunya terpaut hati dan menangis kasih pada si pemilik mata cantik, ha…kan susah?

Renungan mata wanita biasanya menggambarkan perasaan dan hajat tertentu. Biasanya wanita menyampaikan apa yang bermain di dalam hati mereka melalui pandangan matanya. Jika dia berminat pada seseorang dia akan menyampaikan melalui pandangan matanya yang bisa menggetarkan hati insan yang melihatnya. Hati-hati merenung wahai wanita budiman.

Renungan dari pasangan mampu mengikat dua hati lebih erat, tapi renungan dua hati yang belum bersatu membawa ke arah yang lebih bermakna atau ada juga yang membawa kepada kehancuran. Hati-hati, ramai wanita bijak menggoda dengan renungan mata mereka, risau ada yang terjebak susah pula nanti. Bukan semua jujur dalam renungan mata mereka.
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved