Pin It

Widgets

7 Cara Dan Kaedah Mengundi Semasa PRU 13

on Monday, 22 April 2013

7 Cara Dan Kaedah  Mengundi Semasa PRU 13

7 Cara Dan Kaedah Mengundi Semasa PRU 13 | Tahukah anda cara untuk mengundi ?? Jadi Admin nak kongsikan 7 langkah untuk memgundi pada 5 mei 2013 PRU 13 ini. Sebelum pergi mengundi, pastikan anda telah menyemak lokasi mengundi anda. 
  • Semakan Online :  boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau di portal khas  www.pru13.gov.my . Anda juga boleh telefon 03 8885 6565 
  • SEMAKAN SMS : Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KP dan hantarkan ke 15888. Contoh : SPR<jarak>SEMAK<jarak> 870112143382 hantar ke 15888

Bawa dokumen pengenalan diri yang dibenarkan dan pastikan juga anda tidak memakai sebarang lambang parti. Pastikan juga tiada tanda pada jari supaya mudah dicalitkan dengan dakwat kekal. Datanglah awal ke pusat mengundi yang dibuka seawal 8:00 pagi dan ditutup pada jam 5:00 petang. Jarak 50 meter daripada pusat mengundi adalah kawasan larangan. Hanya pengundi, anggota keselamatan, petugas pilihan raya dan mereka yang diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki kawasan tersebut.

Berikut adalah 7 langkah Mengundi :

7 Cara Dan Kaedah  Mengundi Semasa PRU 13

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu. Sebelum itu semua pengundi diminta beratur di pintu bilik mengundi. 

2. Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan diri dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari. 

7 Cara Dan Kaedah  Mengundi Semasa PRU 13

3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil. 

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. 

7 Cara Dan Kaedah  Mengundi Semasa PRU 13

5. Maju ke petak undi dan tandakan X (pangkah) pada ruang calon yang disediakan dalam kertas undi anda. Pilih 1 calon sahaja. Pastikan tanda tidak keluar daripada ruangan sehingga boleh melewati ruang yang lain. Sekiranya tersalah tanda, undi anda mungkin akan ditolak. Anda juga dilarang berbual atau berbincang dengan pengundi lain. Penggunaan telefon adalah dilarang. Anda juga dilarang mengambil gambar. Semua ini adalah bagi menjaga kerahsiaan undi anda.

Bagi pengundi uzur atau orang kurang upaya (O.K.U), mereka boleh datang ke tempat mengundi bersama 'Orang Yang Dipercayai'. Sebelum dibenarkan membantu OKU tersebut, Orang Yang Dipercayai oleh OKU perlulah mengisi Borang 10 atau Borang akuan identiti. Sekiranya tiada Orang Yang Dipercayai, OKU boleh meminta bantuan Ketua Tempat Mengundi untuk membantunya mengundi.

Orang yang dipercayai oleh O.K.U boleh membantu pengundi O.K.U semasa proses semakan nama, penandaan jari dan pengambilan kertas undi. Seterusnya, orang yang dipercayai boleh membantu O.K.U untuk menandakan kertas undinya di petak undi sebelum membantu O.K.U memasukkan kertas undi yang telah ditandakan ke dalam peti undi yang betul.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masinh untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dna Parlimen. Semua proses pengundian diperhatikan oleh ejen-ejen Calon yang bertugas.

7 Cara Dan Kaedah  Mengundi Semasa PRU 13

7. Selepas memasukkan kertas undi, keluar segera dari Tempat Mengundi. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi.

MARI MENGUNDI...


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved