Pin It

Widgets

Floria Dan Persisiran Tasik Putrajaya Gamit Pengunjung

on Sunday, 7 October 2012


Floria  Dan Persisiran Tasik Putrajaya Gamit Pengunjung

Floria  Dan Persisiran Tasik Putrajaya Gamit Pengunjung | Warna-warni dan haruman bunga sempena penganjuran Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012) kembali menggamit pengunjung untuk datang ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini. Penganjuran Floria yang memasuki edisi kelima dengan menggunakan tema Bunga Kertas-Tetap Menawan ternyata sekali lagi berjaya mengubah landskap Putrajaya menjadi deretan-deretan taman bunga indah menawan.

Floria  Dan Persisiran Tasik Putrajaya Gamit Pengunjung

Manakan tidak, Persisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, yang pernah dihiasi dengan bunga mawar pada Floria tahun lalu kini kembali 'ditransformasi' dengan pameran hiasan seni reka taman mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni sepanjang 30 Jun hingga 8 Julai ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemilihan bunga kertas sebagai tema amat bertepatan kerana ia merupakan sejenis bunga yang indah dan menarik serta tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

Menurutnya, selain mudah ditanam dan dibiak, bunga jenis tersebut juga digunakan secara meluas dalam industri landskap di Malaysia.

"Selain bunga kertas, Floria 2012 turut mempamerkan beberapa spesies unik lain seperti bonsai, heliconia dan orkid untuk tatapan pengunjung.

"Sehubungan itu saya menyeru orang ramai terutamanya penggemar landskap taman dan bunga-bungaan datang beramai-ramai ke Floria 2012 bagi menyaksikan sendiri keindahan yang bakal dipamerkan," katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Floria 2012 baru-baru ini.

Menurut Raja Nong Chik, bersempena Floria 2012, Perbadanan Putrajaya (PPj) juga menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung menyamai rekod tahun lalu ekoran terpukau dengan tema Mawar Untuk Selamanya.

"Saya juga difahamkan penyertaan Floria 2012 akan lebih meriah dengan penyertaan 10 peserta antarabangsa yang belum pernah menyertai empat penganjuran Floria iaitu dari Australia, Taiwan, Indonesia, Hong Kong, Rusia, Filipina, United Kingdom (UK), China, Belanda dan Korea," katanya.

Beliau berkata, lebih 200 program termasuk garden centre, agro bazar, produk agro, master gardener, botanical discovery, pertunjukan bunga api, hiburan, persembahan dan pavilion bunga-bungaan akan turut menyerikan lagi festival itu.

Sementara itu, para pengunjung juga akan mendapati, wajah Putrajaya pada setiap malam sepanjang sembilan hari Floria 2012 berlangsung akan berubah kerana diserikan dengan pertunjukan bot berhias dengan lampu berwarna warni bertemakan flora dan fauna di Pesisiran Tasik Putrajaya.

Simbahan warna-warni daripada lampu bot berhias itu datang daripada Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia (1MITNF) anjuran Kementerian Pelancongan yang memeriahkan lagi sambutan Floria 2012.




Pengunjung juga akan dapat menyaksikan pertunjukan bunga api pada setiap malam semasa perarakan bot berhias itu diadakan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, program kali kedua yang diadakan itu adalah untuk memeriahkan lagi Floria 2012 dan menjadi ikon serta produk terbaru pelancongan negara.

"Sebanyak 13 badan berkanun dan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk PPj, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia menyertai perarakan bot berhias pada kali ini.

"Dengan mengekalkan tema yang sama Keajaiban Malam, perarakan bot berhias dan pertunjukan bunga api akan menjadi antara paling dinantikan oleh semua pengunjung," katanya.



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved