Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tujuh Keajaiban di Malaysia

on Wednesday, 8 August 2012

Tujuh Keajaiban di Malaysia | Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1.
 Menara berkembar Petronas (KLCC)
 Menara berkembar Petronas (KLCC)
Menara berkembar Petronas (KLCC) : Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai. Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2.

Menara Kuala Lumpur
Menara KL

Menara Kuala LumpurApa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

3.
Putrajaya
Putrajaya
Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar. Kedudukannya Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.

4.
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia. Kedudukannya Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.

5.


Menara Condong Teluk Intan
Menara Condong Teluk Intan
Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air. Kedudukannya Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

6.
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang
Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia. Kedudukannya Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.

7.
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.


Segala struktur binaan di Malaysia ini amat membanggakan terutamanya  kita sebagai rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya lapangan terbang bertaraf antarabangsa, Menara Kuala Lumpur, dan Menara KLCC. Semuanya melambangkan kemegahan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Wang Kertas Baru Digunakan Pada 16 July 2012

on Monday, 16 July 2012







Teknologi baru ini termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara. Bank Negara berkata mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan not berlainan.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Duit Kertas Rm100
Duit Kertas Rm100- Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Duit Kertas RM50
Duit Kertas RM50- Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Duit Kertas Rm20
Duit Kertas Rm20- Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.


Duit Kertas RM10
Duit Kertas RM10- Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Duit Kertas Rm5
Duit Kertas Rm5- Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Duit Kertas Rm1
Duit Kertas Rm1- Sukan Tradisiona
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Duit syiling

Duit syiling 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen juga diperkenalkandengan rekaan baru. syiling 50sen dan 20sen mempunyai rekaan menyerupai syiling Rm1 yang telah diberhentikan dahulu. dan syiling 10sen dan 5sen merupakan warna perak

Bank Negara menggalakkan semua syarikat berkaitan untuk mempercepatkan adaptasi mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai. Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah.

Filem Kepong Gangster VS KL Gangster 2

on Friday, 13 July 2012



Filem Kepong Gangster Mampu Saingi KL Gangster 2 ? Satu kejutan apabila mendengar filem berjudul “Kepong Gangster” akan ditayangkan di pawagam kelak.


KL Gangster 2

KL Gangster 2 ini akan lebih ganas berbandingkan kl gangster sebelum ini yang juga sebuah filem paling laris di malaysia ketika itu dengan kutipan lebih dari 11juta sewaktu filem  KL Gangster itu di tayangkan di lebih 60 buah pawagam di malaysia sahaja.jadi adakah KL Gangster 2 ini akan lebih laris lagi dari KL Gangster?.itu belum di pastikan kerana buat masa ini filem KL Gangster 2 sedang dalam pengemberaan dan mungkin akan di tayangkan hujung tahun 2012 ini ataupun lebih awal.

Filem KL Gangster 2 ini akan bakal masuk BOX OFFICE!!.sebuah filem terbitan syamsul yusuf dan dilancarkan oleh Skop Production Sdn Bhd.dengar-dengar pelakon hebat ong-back di jemput sekali tapi bila dilihat barisan pelakon utama kl gangster 2 ini tony jaa (ong-back) tiada puntersenarai dalam seranai pelakon utama itu.entah mungkin khabar itu hanya satu pengkarutan.dan mugkin kalau ya,tony jaa mungkin hanya pelakon sandaran ataupun sampingan.di bawah ini merupakan barisan pelakon utama dalam filem kl gangster 2.

BARISAN PELAKON UTAMA KL GANGSTER 2
Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor.


Filem Kepong Gangster 

Filem Kepong Gangster bukanlah parodi KL Gangster mahupun sekadar filem pendek, tapi ia merupakan sebuah filem arahan pengarah bernama Teng Bee. Ia mengisahkan tentang kehidupan 5 orang pelajar yang telah menyertai kongsi gelap sejak dari zaman sekolah lagi. Hidup mereka menjadi kucar-kacir dan sentiasa ada pergaduhan di kawasan mereka tinggal, Kepong.

Keseluruhan filem ini agak berkualiti, dan filem ini adalah seratus-peratus filem Cina. Anda semua pasti tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem ini. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada bulan September 2012 ini. Apa pun, mari kita tonton trailer filem “Kepong Gangster” di bawah ini!


Filem Kepong Gangster VS KL GangsterVSFilem Kepong Gangster VS KL Gangster

Di Sebalik Tabir KL Gangster. Klik Sini
Di Sebalik Tabir Kepong Gangster. Klik Sini

Filem Kepong Gangster VS KL Gangster. Perosalanmnya sekarang gangster mana lebih LANSI?



Kepong Gangs Filem Berjudul “Kepong Gangster” bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi





Agak terkejut juga kami apabila mendengar bahawa filem berjudul “Kepong Gangster” bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Ini bukanlah filem parodi KL Gangster mahupun hanya sekadar filem pendek, tapi ia adalah sebuah filem arahan pengarah bernama Teng Bee. Ia mengisahkan tentang kehidupan 5 orang pelajar yang telah menyertai kongsi gelap sejak dari zaman sekolah lagi. Hidup mereka menjadi kucar-kacir dan sentiasa ada pergaduhan di kawasan mereka tinggal, Kepong.

Boleh dikatakan agak berkualiti, filem ini adalah seratus-peratus filem Cina dan OHBULAN! pasti, anda juga tidak mahu ketinggalan untuk menonton filem ini, kan? Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2012. Apa pun, mari kita tonton trailer filem “Kepong Gangster” selepas ini!


 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved