Pin It

Widgets

Filem KL Gangster 2

on Friday 13 July 2012


kl-gangster-2-gambar-1

KL GANGSTER 2

Kehadiran KL Gangster 2 ini akan lebih ganas berbandingkan KL Gangster 1 yang juga sebuah filem paling laris di malaysia ketika itu dengan kutipan lebih dari 11juta sewaktu Filem KL Gangster 1  itu di tayangkan di lebih 60 buah pawagam di malaysia sahaja.jadi adakah kl gangster 2 ini akan lebih laris lagi dari kl gangster?.itu belum di pastikan kerana buat masa ini Filem KL Gangster 2 sedang dalam pengemberaan dan mungkin akan di tayangkan hujung tahun 2012 ini ataupun lebih awal.Filem KL Gangster 2 ini akan bakal masuk BOX OFFICE!!.sebuah filem terbitan syamsul yusuf dan dilancarkan oleh Skop Production Sdn Bhd.dengar-dengar pelakon hebat ong-back di jemput sekali tapi bila dilihat barisan pelakon utama Filem KL Gangster 2 ini tony jaa (ong-back) tiada puntersenarai dalam seranai pelakon utama itu.entah mungkin khabar itu hanya satu pengkarutan.dan mugkin kalau ya,tony jaa mungkin hanya pelakon sandaran ataupun sampingan.di bawah ini merupakan barisan pelakon utama dalam Filem KL Gangster 2.

PELAKON UTAMA 
Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor.

SINOPSIS

Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka dulu.
Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun.
Walaupun Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka menghidap penyakit barah.
Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya.
King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya.
King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster.
Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.
Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?kredit sinopsis

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved