Pin It

Widgets

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode

on Wednesday 2 April 2014

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode

Judul : Suamiku Jururawat Isteriku Doktor 
Mulai : Mulai 22 Mac 2014, 
Genre : Keluarga / Komedi / Romantik
Siaran : Setiap Sabtu di saluran TV3
Tonton online di www.tonton.com.my
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Metrowealth 
Pelakon : Tomok (Mikail), Yana Samsudin (Dr.Suriati), Shima Anuar, Sheera Iskandar, Mustafa Kamal, Angeline Tan, Fadlan Hazim, Fezrul Khan, Sheera Iskandar dan Margaret Gan

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU JURURAWAT ISTERIKU DOKTOR

Drama ini mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.

Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam, menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair.

Bagaimanapun, kedatangan Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa. Bukan sahaja merasakan Mikhail bakal merampas perhatian suaminya, Datin Ila juga merasakan Mikhail cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan keluarganya. Sikap nakal dan suka mengusik Mikhail juga menyebabkan Datin Ila selalu jatuh ke dalam perangkapnya.

Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail. Dia juga merasakan Mikhail seolah-olah telah merampas kasih daripada ayah kesayangannya. Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.

Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, di sebalik perkahwinan ringkas yang tidak diketahui ramai itu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai. Kerana tidak wujud sebarang rasa cinta, Dr. Suriati juga mendesak Mikhail agar mereka tidur berasingan, tidak bersentuhan dan sentiasa bergaduh kerana perbezaan sikap.

Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama. Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.

Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode Di TV3

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Episode 4 [ Coming Soon ]
Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Episode 5


Download Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode Di TV3

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Episode 4 [ Coming Soon ]


Ranking: 5

{ 6 ulasan... read them below or add one }

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan ☎ (( 0823-2159-4488 )) ATAU KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB



4 June 2017 at 12:43 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved