Pin It

Widgets

Wang Kertas Baru Digunakan Pada 16 July 2012

on Monday 16 July 2012







Teknologi baru ini termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara. Bank Negara berkata mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan not berlainan.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Duit Kertas Rm100
Duit Kertas Rm100- Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Duit Kertas RM50
Duit Kertas RM50- Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Duit Kertas Rm20
Duit Kertas Rm20- Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.


Duit Kertas RM10
Duit Kertas RM10- Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Duit Kertas Rm5
Duit Kertas Rm5- Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Duit Kertas Rm1
Duit Kertas Rm1- Sukan Tradisiona
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Duit syiling

Duit syiling 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen juga diperkenalkandengan rekaan baru. syiling 50sen dan 20sen mempunyai rekaan menyerupai syiling Rm1 yang telah diberhentikan dahulu. dan syiling 10sen dan 5sen merupakan warna perak

Bank Negara menggalakkan semua syarikat berkaitan untuk mempercepatkan adaptasi mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai. Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved