Pin It

Widgets

8 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk

on Saturday 4 August 2012


8 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.


Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

cara yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. 

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

5. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

6. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

7. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

8. Nyanyikan lagu buatnya

Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. belum cuba belum tahu kan... so cuba lah...pasti dia akan tersenyum dan ketawa Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Ranking: 5

{ 22 ulasan... read them below or add one }

Anonymous said...

huk3!!.. saya ru jewk try pe yg ttlis kt ats.. skrg nie ngh pujuk dye la nie.. tkut pUn de:( CUMA KENA BERDOA JEWK LA BNYK2..


13 January 2013 at 17:29 Reply To This Comment
Anonymous said...

pkwe saya mengajuk.. then saya wt kn lagu tok dia.. tapi dia xnk maapkan saya gak wlaupun mulut saya da berbuih ckp mnx maap.. dye ckp dia da bnyk kali maap kn saya.. tapi saya tetap wt slah gak.. dia akan cari setiap kesalahan saya tok jd kn bahan tok gduh..kdag2 pena gak ase nk lepas kn dia.. tapi saya xleh r nk ucap kata ptus sbb saya tkut keputusan saya 2 akn wt saya nye idup terseksa tnpa dia.. pe yg ptut saya wt??? PLEASE :( tLoG sAyA.. #@*&^


19 January 2013 at 15:12 Reply To This Comment
Anonymous said...

Kadang rasa tu rimas gak lelaki kuat merajuk n rasa mcm i pula yang lelaki! Tapi sebab masih sayang tu i selalu kena pujuk..but seriously kalau dah over lelaki merajuk mcm ni..baik cari lelaki yang boleh pujuk hati saya.benda kecik dah minta maaf pun masih merajuk.so sick of this kind of man!huh.btw the tips is so usefull.n i sing a lot for my boyfriend,x kisah la sedap x sedap suara ni.haha!


8 February 2013 at 07:13 Reply To This Comment
Anonymous said...

X suka lelaki merajok


17 May 2013 at 23:40 Reply To This Comment
Anonymous said...

Pakwe saye pn merojuk mcm nak trai yg no 8 to jeeeee


27 June 2013 at 01:02 Reply To This Comment
Anonymous said...

Kesian dia dy td sy teman dy ,tgu dy senyum tp tak senyim-2 pn ,mcm mne ni >.<


27 June 2013 at 01:04 Reply To This Comment
Anonymous said...

pakwe saya mmg payah nk pujuk..sabo jerr laa..


20 July 2013 at 15:35 Reply To This Comment
Anonymous said...

cm n nk pujuk lelaki yg kejap2 baik kejap2 merajuk n langsung x layan...kte plak yg jadi sakit hati ..kejap2 bagi harapan ,,tapi kejap2 cm tarik balik harapan tu..sobsob:'(


11 August 2013 at 01:31 Reply To This Comment
Anonymous said...

Nk nyanyi lagu ape ea kalau boyfren merajuk..?


7 September 2013 at 01:25 Reply To This Comment
Narin said...

skrg..aku ade krisis ngn dy.. dn dy mx aku bt yg terbaek utk tawan hati dy smule dn pulihkn hbgn sprti dulu..krane sikapku yg xtaw jge ht dy dn kuat ugket... dy sdg bz keja cite2 dy...dy mrajok skrg.. aku xtaw nk buat ape..aku solat dn berdoa smpy nanges2 sebot nme dy dlm doa ku. aku akui mmg bpunce dri aku.. aku akn biarkn dy sndri bt mase ni..slaen tu? boleh x pnulis bloger ni tlg bg idea utk aku tawan ht dy smule??


12 October 2013 at 09:12 Reply To This Comment
Anonymous said...

Bg lah ayat sikit coz .. pkwe sy mrajok bile sy minxptoz gn die ohh


8 December 2013 at 22:42 Reply To This Comment
Anonymous said...

Hari2 saya nyanyikan untuk bf sy, tak menafikan jgak yg dy memang akn happy lpas dgr sy nyanyi. Tp masalh nye bila dy merajuk, semua yg sy ckp dy xnk dgr. Sy sendri xtau cara nk pujuk dye. Sbb dy tu memang manja.. Kdg2 rasa penat, yelaa.. Dy sendri ckl yg dy akn menangis je klau sy merajuk.. Tp jjur sy syg dy and takkn sanggup lpaskn dye :')


9 February 2014 at 17:32 Reply To This Comment
Anonymous said...

benci laki merajuk.. girls.. we still have our ego.. screw up..


11 February 2014 at 22:06 Reply To This Comment
Anonymous said...

Saya akan cuba..tkt juga huhu..saya sll menyakat si dia..ni saya kn pujuk dia blk..salah saya juga..dh tau org tu garang buat juga..huhu..sunyi nyer bila dia diamkn diri..rindu sgt2..


25 February 2014 at 10:28 Reply To This Comment
Unknown said...

Huwaaa bile sy mrjok dy idak nk pujuk.tpi nie dy mrjok gler2 kami knl lme da nk brtunang da pown mcmane nk pujuk dy ni..text brbgai idak nk reply hal keck pown sentap lebh pning3


15 March 2014 at 10:04 Reply To This Comment
Anonymous said...

Someone.. mcm mane nak pujuk die bile kite sendiri tak faham ape salah kite sebenarnye


10 April 2014 at 07:15 Reply To This Comment
Anonymous said...

mmg susah pujuk lelaki yg merajuk ni..amat mncabar bg saya..huhu :(


11 July 2014 at 20:10 Reply To This Comment
Anonymous said...

My bf tgah mrajuk...die yg wat hal...sptutnye sy yg mrjuk...ni die lak yg mrjuk... Silap ckap sikit terus letak fon..mrjuk sampai arini..sy text no reply...always cm ni...biar jer la die...dia ok nt...die col la kot kt sy...wait n see jer la...sedihhhhh sgt


13 September 2014 at 18:23 Reply To This Comment
Anonymous said...

Kes awak dengan kes saya sama lah..sekarang nie sampai sekarang si die merajuk dengan saya..ape patut saya buat??��dah banyak kali mintak maaf tapi dia tetap tak nak maafkan..huhuhu


31 December 2015 at 02:27 Reply To This Comment
Unknown said...

pkwe sy sllu mrjok n mrah ngn sy....sllu..bile sy cuba nk pjuk die...mkin trok jdi nye..dume nye slh kt mte die...sume yg sy buat sume x btul...dn die jdi lgi marah dgn sy...penat laa cmnie...dlb sbln jer...blh kire bpe hri yg elok...yg lain sume nyer gaduhh...hurmmmm


4 April 2017 at 21:38 Reply To This Comment
Unknown said...

If dia cakap 'i okay je hehe' and bila kita ckp 'you're not, cuba cerita masalahnya' . Dia tak reply ws kita . Kita perlu biatkan atau terus pujuk ? Before tu satu hari dia abaikan den. So ?


7 April 2017 at 14:04 Reply To This Comment
Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved