Pin It

Widgets

Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton OLimpik London 2012

on Saturday 4 August 2012

Lee Chong Layak Ke Final Badminton OLimpik London 2012

Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton OLimpik London 2012 | Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara yang juga merupakan pemain nombor dua dunia layak ke final badmnton olimpik London 2012 setelah menewaskan Chen Long dari China 21-12, 21-14.
Lee Chong Layak Ke Final Badminton OLimpik London 2012

Sekurang-kurangnya RM4 juta akan berada dalam genggaman Datuk Lee Chong Wei andai jaguh badminton negara itu meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Sebanyak RM2 juta berupa wang tunai dan RM2 juta lagi berbentuk jongkong emas bakal menjadi milik Chong Wei yang kini semakin hampir menjelmakan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia. Selain RM1 juta yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada setiap pemenang pingat emas Olimpik, sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd. turut menawarkan ganjaran yang sama.

Terbaharu, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) tampil dengan ganjaran tersendiri apabila menawarkan jongkong emas bernilai RM2 juta hanya kepada pemain badminton negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dari London. Inisiatif yang dilakukan oleh 3V Holdings Sdn. Bhd., KLRC serta pihak kementerian itu harus diberi pujian kerana ia secara tidak langsung membakar semangat barisan atlet negara meraih emas Olimpik. Diminta mengulas mengenai ganjaran itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, ia bakal melonjakkan lagi semangat atlet Malaysia dalam misi memburu emas Olimpik.

Jongkong Emas


Baru sahaja tadi, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long, rakan senegara musuh tradisinya, Lin Dan. Beliau menang kedua-dua perlawanan dengan mata 21-12 dan 21-14. Beliau bakal berhadapan dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua iaitu Lin Dan yang juga merupakan musuh tradisinya. Lin Dan berjaya menundukkan Lee Hyun Il dalam kedua-dua perlawanan 21-12 dan 21-10.

Lee Chong Layak Ke Final Badminton OLimpik London 2012

Lee Chong Wei (1) [ 21-15 | 10-21 | 19-21 ] Lin Dan (2)

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau menempa nama ke final sukan Olimpik London 2012. Semoga Lee Chong Wei dapat membalas kekecewaan beliau sebelum ini setelah gagal di arena Piala Thomas dan All England. - Lee Chong Wei Layak Ke Final Olimpik Kredit by Ikmal

Ranking: 5

{ 3 ulasan... read them below or add one }

Eyqa Hasnan said...

tahniah untuk beliau !


4 August 2012 at 07:13 Reply To This Comment
ary_lee said...

errrr... boleh menang ke kalau jumpa lin dan? = ="


4 August 2012 at 08:33 Reply To This Comment
Blog budak baek said...

IsyaAllah boleh tu...... belum cuba belum tahu ag kah.... ti kita lihat jer ti final badminton tu..uhuh


4 August 2012 at 09:00 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved