Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar cinta semua.. Hehe.. Ada antara pasangan kamu yang merajuk tak? Jika ada, ingatkan pada pasangan kamu merajuk tak perlu lama-lama.. Hehe.. Tapi tahu tak macam mana tanda-tanda lelaki merajuk?
Diam Seribu Bahasa
Dia diam saja sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu Dia akan buat tak tahu dengan kita
Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh saja. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan saja buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dia, kita duduk saja depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap dengan kita dah itu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang saja! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ini memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat tak tahu saja!
Matikan Telefon Bimbit
Hahaha ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kosong. Alasan dia saja, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call juga dia itu!
Buat Perkara Yang Perempuan Tak Suka
Beware! Ini tahap merajuk paling maksimum.. Sebab lelaki akan merajuk sampai sanggup buat apa yang perempuan tak suka. Contohnya, si lelaki akan protes dengan merokok, flirting dengan perempuan lain atau macam-macam lagi..
Mudah Terasa Dengan Korang
Kamu cakap sikit saja, dia terasa.. Bila ada benda tak kena , mula nak naik angin.. Mungkin kamu tak perasan kalau lelaki itu dah memang jenis yang panas baran.. So, kenali dia dengan lebih sebab marah bila merajuk lagi bahaya daripada marah biasa..
Hisap rokok Macam tak pernah dapat rokok setahun…
== > Cara Memujuk Lelaki Merajuk < ==
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.