Sekadar Renungan Untuk Kita |
Trend pemuda suka pakai seluar ketat,
Konon nak tunjuk gaya mereka hebat
Ada juga yang gila judi percayai unsur khurafat
Bila kalah judi tali kasut tidak berikat
Rambut pula jarang bersikat
Dan akhirnya hidup merempat dan melarat
Trend wanita pula suka pakai mini sekerat
Suka pada pakaian ketat
Berani dan ekstrim tunjukkan pusat
Sehingga tak peduli batasab aurat
Pakai pula yang singkat-singkat
Apatah lagi yang sendat-sendat
Kadang-kadang sampai Nampak yang tersirat
Siapa yang melihat pasti tercegat
Terlebih gaya menjadi gawat
Semakin berkembanglah bohjan bohsia yang dahsyat
Awal perkenalan duduk jauh berutus surat
Bila berjumpa tangan berjabat
Kemudia pakat lawan peluk erat-erat
Hinggakan nafas naik tersekat-sekat
Masa itu usah dipeduli agama dan adat
Mereka tak takuti Tuhan
Apa yang mau dibuat ayuh dibuat
Masing-masing mau tunjuk siapa yang kuat
Akhirnya perut kempis menjadi bulat
Cukup hari bualn maka lahirnya anak yang tak cukup sifat
Kerana malu hingga tergamak dibuang di merata tempat
Tibalah giliran syaitan dan iblis melompat-lompat
Tanda menyaksikan manusia dah masuk jerat
Tanda kemengan manusia telah tersesat
Inilah reality fenomena masyarakat
Oleh itu, wahai saudara dan para sahabat
Marilah kita berganding berpakat
Untuk saling mengingat
Hidup ini semakin singkat
Esok dan lusa kita akan hadapi hari kiamat
Sampai saat kita akan di jemput untuk berangkat
Untuk menuju ke temapt kekal abadi
Disana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa itu sendirilah mau ingat
Apa ibadah yang kita buat
Sumber rezeki mana kita dapat
Adakah ilmu kita manfaatkan
Jadi sebelum usia kita tamat
Sebelum kita terlambat
Marilah segera tinggalkan maksiat
Segeralah kita
bertaubat..
Perbanyakkanlah amal ibadat
Moga hidup ini menjadi berkat
Oleh itu marilah kita ambil kesempatan bulan ramadhan
yang setahun sekali
disambut
dan yang tiggal
beberapa hari lagi ini
untuk kita banyakkan ibadat dan berubah jadi lebih baik
Kerna bulan ramadhan adalah penghulu segala bulan dan bulan
pengampuna …..
Jom tunaikan kewajipan kita sebagai umat islam…
Puasa jangan ponteng…
{ 1 ulasan... read them below or add one }
done..:)..http://imaniaishah.blogspot.com
18 July 2012 at 12:24
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.