Pin It

Widgets

Kenapa Wanita Suka Marah-Marah

on Wednesday 26 September 2012

Kenapa Wanita Suka Marah-Marah

Kenapa Wanita Suka Marah-Marah | Ramai lelaki yang bingung bila kekasih hati mereka kerap marah-marah. Apa puncanya, apa yang kurang dan apa yang buat wanita sentiasa tak berpuas hati, itu yang mereka soalkan. Jom kita singkap mengapakah wanita kerap marah-marah terhadap pasangan mereka. 

1. Ingin perhatian

Kadang kala wanita hanya inginkan perhatian dari pasangannya. Jika anda perasan ada sedikit kelemahan lelaki bila mana mereka selalu menjawab atau membalas text kekasih mereka dengan sikap sambil lewa atau ala kadar. Mungkin pada masa itu anda busy atau sedang buat kerja lain. Sebab itu jawapan anda cuba “Makan apa?” , “Awak sht?”, ”ok”,”kenapa?”. Mereka menaip berjela panjang sedangkan anda jawab cuma beberapa huruf sahaja. Sebab itulah wanita mula rasa terabai dan tak dipedulikan. Akibatnya mereka mula marah-marah terhadap kalian wahai kaum Adam.

2.Bendera nak naik

haa, ini satu lagi kes. Ramai yang salah sangka ingat wanita ni mood macam air laut asik berubah kata mereka. Sebenarnya mood wanita ni bukan berubah sangat pun, cuma bila mereka nak datang bulan tu mereka alami perubahan hormon yang buat diri mereka kurang selesa, ada yang sakit, perit dan ada yang pening kepala juga. Sebab itulah dalam mengawal kesakitan dan ketidak selesaan itu secara tak sengaja mereka ter marah-marah…hehe

3.Tegas

Kadang kala sikap wanita yang tegas dan bercakap dalam nada yang mendatar menampakkan mereka garang dan marah. Sebenarnya itu tanda wanita tegas dalam membuat keputusan dan pendirian mereka.

Buat kaum lelaki, jangan mudah salah sangka pada emosi wanita yang kerap berubah. Mereka marah bukan bermakna mereka membenci. Buka bererti mereka tak sayang atau tak menghargai kasih sayang dan perhatian kalian. Cuma kadang kala keadaan diri tidak memberi keizinan untuk mereka ceria sentiasa bersama insan yang mereka cinta.

Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved