Canon EOS M kamera tanpa cermin | Ramai yang menyatakan mustahil jika kamera tanpa cermin (mirrorless)
untuk dihasilkan, namun Canon membuktikan dengan teknologi tiada apa
yang mustahil. Model EOS M yang dilancarkan baru-baru ini dikuasai pengesan imej 18
megapiksel APS-C CMOS, pemprosesan DIGIC 5 serta skrin sentuh 3.0 inci.
Jika diperhatikan luarannya kelihatan seperti gabungan PowerShot
G1 X dan S100 dengan kit lensa EF-M 22mm f/2 STM di samping tawaran
pelbagai sensitiviti sejajar dengan pesaing pasaran antara 100 hingga
25600 untuk mod pegun.
Susun atur menu kawalan EOS M mudah digunakan untuk pengguna ‘point and
shoot’ Canon yang beroperasi pada butang skrin sesentuh.
Terdapat dua jenis lensa yang boleh disesuaikan untuk kamera jenis ini termasuk EF-M18-55mm f/3.5-5.6 IS STM atau EF-M22mm f/2 STM yang ringan, kompak dan prestasi AF hebat.
Canon EOS M
Sumber
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.