Showing posts with label Ramadhan 2013. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2013. Show all posts

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013 Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

on Friday, 14 June 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013 Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2013 Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H

Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik tajuk pautan url mengikut negeri masing-masing seperti yang tertera dibawah


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1434H/2013M

MELAKA
JOHOR PERAK SARAWAK SABAH TERENGGANU KELANTAN SELANGOR PAHANG WILAYAH PERSEKUTUAN PERLIS NEGERI SEMBILAN KEDAH
PULAU PINANG

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013

on Wednesday, 29 May 2013


Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013 | Ramadhan Tinggal Sebulan Lebih sahaja Lagi akan Tiba, Pasti ramai yang lupa akan niatnya. Jadi kepada yang berkenaan, berikut adalah Lafaz niat Bulan Ramadhan 

Sedikit pesanan ikhlas kepada yang hidup merantau jauh dari keluarga, hujung minggu ini pulanglah ke kampung. Tinggalkan seketika kesibukan hidup yang tidak pernah berkesudahan. Bersahur dan berbuka'lah bersama kedua ibu dan bapa anda. Jadikan ramadhan kali ini lebih bermakna kepada mereka yang sentiasa merindui anda.

Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Mungkin juga ramadhan terakhir buat mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi gunakanlah kesempatan yang diizinkan Allah ini untuk melaluinya.

Niat Puasa Esok Hari & Niat Sebulan Ramadhan :

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013

Doa Berbuka Puasa Ramadhan :

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa :

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Dan Kelebihan - Ramadhan 2013

Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved