Showing posts with label Drama Melayu. Show all posts
Showing posts with label Drama Melayu. Show all posts

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode

on Wednesday, 2 April 2014

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode

Judul : Suamiku Jururawat Isteriku Doktor 
Mulai : Mulai 22 Mac 2014, 
Genre : Keluarga / Komedi / Romantik
Siaran : Setiap Sabtu di saluran TV3
Tonton online di www.tonton.com.my
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Metrowealth 
Pelakon : Tomok (Mikail), Yana Samsudin (Dr.Suriati), Shima Anuar, Sheera Iskandar, Mustafa Kamal, Angeline Tan, Fadlan Hazim, Fezrul Khan, Sheera Iskandar dan Margaret Gan

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU JURURAWAT ISTERIKU DOKTOR

Drama ini mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.

Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam, menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair.

Bagaimanapun, kedatangan Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa. Bukan sahaja merasakan Mikhail bakal merampas perhatian suaminya, Datin Ila juga merasakan Mikhail cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan keluarganya. Sikap nakal dan suka mengusik Mikhail juga menyebabkan Datin Ila selalu jatuh ke dalam perangkapnya.

Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail. Dia juga merasakan Mikhail seolah-olah telah merampas kasih daripada ayah kesayangannya. Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.

Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, di sebalik perkahwinan ringkas yang tidak diketahui ramai itu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai. Kerana tidak wujud sebarang rasa cinta, Dr. Suriati juga mendesak Mikhail agar mereka tidur berasingan, tidak bersentuhan dan sentiasa bergaduh kerana perbezaan sikap.

Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama. Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.

Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode Di TV3

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Episode 4 [ Coming Soon ]
Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Episode 5


Download Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode Di TV3

Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Episode 4 [ Coming Soon ]


Tonton Drama Aku Isterinya Full Episode - Akasia TV3

Tonton Online Drama Aku Isterinya Full Episode - Akasia TV3

Pelakon : 

Drama Aku Isterinya adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress . Arahan Fairuz Loy, terbitan GLOBAL STATION, pelakon Mikail - Izzue Islam, Mya Arlissa - Anzalna Nasir, Adam - Syazwan Zulkifli, Lisa - Elizad Sharifuddin, Datuk Luthfi - Eizlan Yusof, Datin Adiba - Marissa Jasmin, Mardiana Alwi.

SLOT : Akasia
LIVE : TV3
HARI : Setiap Isnin - Khamis
MASA : 7.00pm
MULA TAYANGAN : 2 April 2014
Tonton online di www.tonton.com.my
Sinopsis:

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Tonton Online Drama Aku Isterinya Slot Akasia - TV3


Aku Isterinya Episode 2 

Aku Isterinya Episode 3 

Aku Isterinya Episode 4

Aku Isterinya Episode 5

Aku Isterinya Episode 6

Aku Isterinya Episode 7 

Aku Isterinya Episode 8
Aku Isterinya Episode 9
Aku Isterinya Episode 10
Aku Isterinya Episode 11
Aku Isterinya Episode 12


Tonton Love You Mr. Arrogant Full Episode - Akasia TV3

on Friday, 25 October 2013

Tonton Love You Mr. Arrogant Full Episode - Akasia TV3

Tonton Love You Mr. Arrogant Full Episode - Akasia TV3 | Sinopsis Love You Mr. Arrogant TV3. Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


"Love You Mr. Arrogant"

SLOT: Akasia
Live : TV3
HARI: Setiap Isnin - Khamis
MASA: 7.00pm
MULA TAYANGAN: 25 September 2013
LAKONAN: Zara Zya (Zaara Amirah), Azlee Khairi (Zafriel Irham) ,Hanez Suraya (Sherry), Keith Foo (Hadry), Anzalna Nasir, Norish Karman (Puan Sri Maryam), Mustapar Kamal (Tan Sri Zahir), Fadillah Mansor, Alex Yanz, dan Aisyah Illias
Lagu Tema/Lagu Latar Love You Mr. Arrogant: Tetap Menanti - Nomad
JUMLAH EPISODE: 26 Episod

Tonton online di www.tonton.com.my - Love You Mr. Arrogant

Tonton Online Love You Mr. Arrogant 

[Setiap Isnin hingga Khamis, 7 petang]

Tonton Drama Asmara Luna Slot Samarinda TV3 - Full Episode

on Friday, 13 September 2013

Tonton Drama Asmara Luna Slot Samarinda TV3 - Full Episode
Tajuk : Asmara Luna
Channel : TV3
Slot: Samarinda
Mula Tayangan: 21 Ogos 2013. Selasa-Khamis
Masa: 9 Malam
Jumlah Episode: 13

Lagu Tema: Cinta dan Air mata by Baharian

Barisan Pelakon: Siti Saleha , Aidil Aziz, Liza Abdullah, Eyka Farhana, Roy Azman , Sofea Jane, Miera Liyana dan Shukri Yahya

Sinopsis Drama Asmara Luna

Kisah bermula ketika sambutan hari lahir ke 21,Luna anak tunggal Ahmad dan Zaharah. Luna dihadiahkan sebuah kereta.Luna sangat gembira kerana ianya juga simbol dewasa dan kebebasan.Lebih bermakna,kawan baik Luna Emma(Miera Liyana) membelikan kek istimewa. Malah abang Emma Habib(Shukri Yahaya) turut mengirimkan teddy bear(sama seperti saban tahun).Luna sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik. Perasaannya hanya diluahkan dalam diari yang diberi nama Dear Luna. Luna juga menyatakan harapan untuk mencari ibu kandungnya.

Sejak mempunyai kereta, Luna mudah untuk bergerak ke mana-mana termasuklah mencari kerja. Akhirnya,Luna berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif.Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja termasuklah Adam(Aidil Aziz) dan rakan-rakanya.Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya mengajak Luna keluar. Adam terasa tercabar bila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji untuk berusaha dengan pelbagai cara.

Akhirnya, Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambah pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak menyatakan cinta pada Luna,dia sebenarnya turut menyimpan perasaan pada Luna.Habib kecewa bila mendapat tahu Luna sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna semakin menyenangi sikap Adam yang suka berjenaka.

Namun,hubungan mesra Luna dan Adalm tidak berpanjangan,bila Luna mengetahui niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini Luna cuba menjauhi Adam.Bagi membuktikan dia benar-benar ikhlas, Adam membawa Luna berjumpa keluarganya. Atas dasar persahabatan,Luna setuju. Ibu bapa amat menyenangi Luna yang berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan,mereka tidak sabar berjumpa dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya?Bagaimana pula dengan Habib?Dapatkah Luna berjumpa dengan ibu kandungnya?

Tonton Drama Asmara Luna Full Episode


Download Drama Asmara Luna Full Episode


Tonton Kampung Girl Episode 8 - Full Episode

Tonton Kampung Girl Episode 8 - Full Episode

Tonton Kampung Girl Episode 8 - Full Episode | Drama "Kampung Girl" merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Umi Kalsom. Drama bersiri 'Kampung Girl' dibarisi oleh pelakon yang popular seperti Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh. 




Kampung Girl Episode 7 << Previous << NEW >> Next >> Kampung Girl Episode 9



Kredit: Kepalabergetar

Tonton Kampung Girl Episode 7 - Full Episode

on Saturday, 7 September 2013

Tonton Kampung Girl Episode 7 - Full Episode

Tonton Kampung Girl Episode 7 - Full Episode | Drama "Kampung Girl" merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Umi Kalsom. Drama bersiri 'Kampung Girl' dibarisi oleh pelakon yang popular seperti Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh. 




Kampung Girl Episode 6 << Previous << NEW >> Next >> Kampung Girl Episode 8



Tonton Kampung Girl Episode 5 - Full Episode

on Saturday, 24 August 2013


Tonton Kampung Girl Episode 5 - Full Episode

Tonton Kampung Girl Episode 5 - Full Episode | Drama "Kampung Girl" merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Umi Kalsom. Drama bersiri 'Kampung Girl' dibarisi oleh pelakon yang popular seperti Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh. 


Kampung Girl Episode 4 << Previous << NEW >> Next >> Kampung Girl Episode 6

Tonton Kampung Girl Episode 4 - Full Episode

on Friday, 2 August 2013

Tonton Kampung Girl Episode 4 - Full Episode

Tonton Kampung Girl Episode 4 - Full Episode | Drama "Kampung Girl" merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Umi Kalsom. Drama bersiri 'Kampung Girl' dibarisi oleh pelakon yang popular seperti Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh. 




Kampung Girl Episode 3 << Previous << NEW >> Next >> Kampung Girl Episode 5

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved