Pin It

Widgets

Siaran Langsung Perkahwinan Dato Lee Chong Wei NTV7

on Thursday 8 November 2012

Siaran Langsung Perkahwinan Dato Lee Chong Wei NTV7

Siaran Langsung Perkahwaiang Dato Lee Chong Wei NTV7 | Jaguh Badminton negara Datuk Lee Chong Wei akhirnya membuat keputusan menyerahkan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahannya dengan Wong Mew Choo kepada stesen televisyen ntv7 tanpa menuntut bayaran sesen pun. Chong Wei yang sebelum ini mahu menjual hak penyiaran itu kepada Astro telah berubah hati selepas memikirkan hubungan baiknya dengan stesen itu yang terjalin sejak sekian lama.

“Saya memutuskan untuk memberikan (hak penyiaran) kepada ntv7 secara percuma. Hidup tidak semestinya dengan wang,” katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Chong Wei akan bernikah dengan bekas pemain perseorangan wanita negara, Mew Choo pada 9 dan 10 November depan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini.

Beliau berkata, apa yang diinginkan “hari besarnya” itu akan berjalan lancar serta diberi keberkatan supaya keluarga, kawan-kawan serta tetamu dapat meraikannya dengan gembira.

Sehubungan itu beliau telah menyenaraikan pasukan petugas ntv7 serta beberapa tetamu jemputan lain seperti VVIP, keluarga, kawan-kawan serta pihak media untuk hadir pada hari berkenaan.Ditanya bagaimanakah persediaan perkahwinan yang semakin hampir beliau berkata, pakaian sut yang ditaja oleh Lord’s Taylor amat menarik dan paling digemarinya.

Selain sut berkenaan, Chong Wie akan turut memakai pakaian tradisional Cina berwarna merah iaitu “Tong Chong” yang dibuat daripada sutera China untuk majlis jamuan teh pada 9 November.

Peminat-peminat beliau boleh menyaksikan majlis resepsi perkahwinan itu menerusi ntv7 pada kedua-dua hari bersejarah tersebut yang akan disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam. Sumber http://mstar.com.my

Siaran Langsung Perkahwinan Dato Lee Chong Wei NTV7

LINK 1 | LINK2 | LINK3

STATUS : ONLINE,Sila tggu iklan tamat.dan klik x pada iklan.tq..Ini yg termampu kami lakukan.

MAKLUMAT PENTING : Ada ketikanya sesetengah saluran tidak akan berfungsi disebabkan masalah offline mahupun serverdown.

Kalau nak tengok siaran langsung,bolehlah tengok dekat Link @ Video Di Atas & Dibawa Adalah Tarikhnya :

9 November 2012 : akan menyiarkan lintas langsung perkahwinan ini menerusi Edisi 7 pada pukul 7 petang hingga 8 malam
10 November 2012 : bermula 8.30 sehingga 9.30 malam acara perkahwinan
11 November 2012 : 9malam - Dokumentari khas perkahwinan jaguh badminton negara terbabit bertajuk ‘A Galaxy Of Love’
Admin : Sekalung Tahniah kepada Jaguhan Badbinton Iaitu Dato Lee Chong Wei denga isterinya yang akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi.. Tak Sabar nak tunggu ney Majlis Perkahwinan tu. Semoga Perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu..

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved