Pin It

Widgets

Gambar Praperkahwinan Datuk Lee Chong Wei Hilang

on Wednesday 17 October 2012


Gambar Praperkahwinan Datuk Lee Chong Wei Hilang

Gambar Praperkahwinan Datuk Lee Chong Wei Hilang | Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo. Kesemua gambar itu disimpan dalam komputer di pejabat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd., yang baru dua bulan beroperasi di kawasan tersebut.

Chong Wei ketika ini berada di Odense, Denmark untuk menyertai Terbuka Denmark dan beliau dikatakan terkejut setelah dimaklumkan oleh keluarganya mengenai kejadian itu.

Pengarah syarikat yang juga abang kepada Chong Wei, Lee Chong Hoon berkata, kejadian itu disedari seorang kakitangan syarikat yang datang untuk memulakan tugas awal pagi ini. Menurut Chong Hoon, 36, pekerjanya terkejut apabila mendapati pintu premis di tingkat satu bangunan rumah kedai empat tingkat itu dalam keadaan terbuka. Beliau berkata, sebaik sahaja masuk, pekerja terbabit mendapati tiga daripada lima bilik di pejabat itu dipecahkan dan tujuh komputer jenama Apple iMac bernilai kira-kira RM30,000 hilang.

"Kejadian tersebut segera dilaporkan di Balai Polis Puchong Jaya. Kami mengesyaki penjenayah kemungkinan warga asing memecah masuk ke pejabat ini semalam iaitu semasa cuti hujung minggu," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Chong Hoon berkata, syarikat yang baru setahun ditubuhkan itu sebelum ini menyewa premis lain di kawasan IOI Boulevard, Puchong. Katanya, premis baru tersebut mempunyai lima bilik dan sebuah stor termasuk sebuah bilik dikhaskan menjadi pejabat Chong Wei.

"Saya sudah menghubungi Chong Wei yang berada di Denmark memaklumkan mengenai kehilangan gambar tersebut dan dia amat terkejut. Dia minta kakitangan syarikat agar menyelesaikan segera masalah itu," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Supritendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai kejadian samun tersebut.

"Barang-barang dilaporkan hilang dalam kejadian itu ialah komputer dan gambar praperkahwinan Chong Wei yang dalam proses disunting.

"Siasatan mendapati pejabat yang dipecah masuk itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera," katanya sambil memberitahu polis sedang berusaha mengesan suspek terlibat dalam kejadian itu.

Sumber : Utusan 

Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Unknown said...

kesian dekat LCW....


17 October 2012 at 20:32 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved