Pin It

Widgets

Beego Rancang BerKahwin Dengan Linda Hashim

on Sunday 7 October 2012

Beego Rancang BerKahwin  Dengan Linda Hashim

Aktor cun popular – Beego, 32, sedang merancang untuk berkahwin dengan aktres jelita popular Linda Hashim, 28, insya-Allah pada tahun depan. Oh! Yeahhh… bestnya! He! He!

Pada 1 Oktober lalu, Beego beritahu Juwie, insya-Allah jika tiada aral melintang, dia akan membawa keluarganya untuk merisik dan melamar Linda pada pertengahan bulan ini. Alhamdullilah. Nama sebenar Beego ialah Md Aszerul Nizam Abdullah dan pernah menjadi anggota kumpulan penyanyi Phyne Ballerz, sementara nama penuh Linda pula ialah Norhazlinda Hashim.


BEEGO DAH BAWA LINDA JUMPA KELUARGA BEEGO DI BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU SEBELUM RAMADAN DAN AIDILFITRI LALU”. Seronok sungguh Beego apabila Juwie bersembang rancak dengannya menerusi telefon setelah bertahun-tahun kami tak berjumpa.

Jumpa keluarga

Menurut Beego lagi, kalau boleh dia tak nak bertunang tapi nak terus bernikah dengan Linda… insya-Allah perancangannya pada pertengahan tahun 2013. Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah pertemukan jodoh mereka yang bahagia.

“Beego dah bawa Linda jumpa keluarga Beego di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebelum Ramadan dan Aidilfitri lalu. Mak dan nenek Beego suka sangat dengan budi bahasa Linda,” cerita Beego dalam nada ceria. Beego pula dah beberapa kali berjumpa ahli keluarga Linda. Nampaknya keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka. Alhamdullilah.

apa yang menarik tentang Linda di mata Beego? Jawab Beego :

“Dia sangat baik orangnya, berbudi bahasa dan pandai jaga diri.”

Beego semakin laris dapat tawaran berlakon. Terbaru dia berlakon siri drama Mat Latah arahan Murali Abdullah dan Fauzi Nawawi terbitan A Aida Productions. Kemudian dia berlakon siri drama sitkom berjudul Kampung Bahasa untuk RTM.


Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved