Pin It

Widgets

Jika kau bercinta lagi

on Sunday, 12 August 2012



Jika kau bercinta lagi

Jika Kau bercinta lagi, cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi, jagalah kau hatinya
engkau yang memilihnya, tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa, agar berbahagia kau disampingnya

Begitu kecewanya hati penyanyi meluahkan rasa, sedih dan berduka, namun kerana cinta dan sayangnya pada kekasihnya itu dia tetap mendoakan kebahagiaan buat dia yang memilih kekasih yang lain.

Sememangnya, apabila putus cinta, ianya menyakitkan, kita terluka, kita rasa berat untuk bercinta lagi. Jadi, bagus juga jika kita tahu langkah-langkah terbaik sebelum kita kembali dalam arena percintaan, at least kita ada serba sedikit panduan agar kita tidak tergelincir dan melakukan kesilapan yang sama.
Tips khas buat anda yang sudah mulai ingin mengambil langkah membaik pulih diri, dan ingin terjun ke kancah percintaan. , JIKA KAU BERCINTA LAGI :-
TERIMA BERAKHIRNYA CINTA LALU. 

Tidak semestinya selepas putus cinta, kita kena terus bercinta lagi. Take your time seketika, be single for a while… dan sebelum anda mula bercinta lagi, perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan menerima kegagalan lalu. Terima kenyataan yang cinta yang lepas itu sudah berakhir! – Lagi cepat anda terima kenyataan itu, lagi mudah untuk anda mula FEEL untuk membuka hati pada cinta yang baru, dan boleh mula bercinta lagi.

BERSEDIA MENERIMA. 

Mana ada, wanita baik untuk lelaki yang baik? No such thing! Allah selalu menduga manusia itu dan memberikan cabaran untuk kita bersabar, berfikir dan memilih jalan yang terbaik. Sebab itulah walau kita baik, tetapi dapat pasangan yang menyakitkan hati, mengecewakan, curang dan sebagainya KERANA kalau dapat yang baik, sama, sesuai, mana dugaan dari Tuhannya? Yang penting, JIKA dia bersedia untuk berubah, kita kena sedia menerima dia yang tidak sempurna, dan sama-sama berusaha ke arah keberkatan dari Yang Maha Esa.

AMBIL MASA UNTUK BERKENALAN. 
Berapa lama? Selama yang boleh sehinggalah anda benar-benar mengenali orang baru itu. Jangan terus-terus couple, terus sayang, belum apa-apa dah I love you, adoi hehe.. Jangan cepat bercinta lagi, tetapi kena cepat berkenalan agar anda tidak ‘berkarat’ dalam cinta. Cuba kenali dia, fahami dia, dan tanya pada diri adakah dia, sesuai untuk masa depan atau sekadar di pinggiran saja. Take your time… jika dia serius, jujur, dia akan tunggu anda. Kalau dia nak cepat-cepat tu, selalunya tak kemana perhubungan tu, end up break ups juga.

BE HAPPY. 
Putus cinta memang frust, sakit, kecewa, ya kita semua tahu tu. Tak perlu cakap. Yang kita kena ingat, selagi kita begitu, kita tidak akan dapat bercinta lagi. So, BE HAPPY! Enjoy waktu anda single ni, sementara sebelum couple balik. Bahagiakan diri anda bersama kawan-kawan, keluarga, just enjoy hidup tanpa kekasih. Berkenalan dengan ramai orang dan mesrakan diri anda serta feel the happiness. Anda akan lihat perbezaan di wajah anda nanti. Bila kita happy, cinta pun akan happy untuk hadir bercinta lagi.

BUKA HATI SELUAS-LUASNYA. 

Nak bercinta lagi, tak boleh buka sikit-sikit hati tu, kena buka seluas dunia yang terbentang indah ini. Rasakan kenikmatan CINTA itu dengan memberi peluang pada diri anda sendiri untuk mengenali dunia yang belum pernah anda kenali. Jangan merasa takut, jangan pula merasa tidak setia. Sedangkan anda belum pun ada ikatan apa-apa dengan sesiapa. Ishhh… bestnyerrr siapa yang masih single tu kan, ada yang naaak je kat kita, dia ni nak bercinta, dia tu bertanya khabar, dia ni nak berkenalan, kita akan merasa amat dihargai hehe… BUT hey, itu hanya terjadi jika anda buka hati dengan seluas-luasnya!

CINTA LALU JADIKAN PEDOMAN. 

Now you’ve found the right person to be with lah katakan, so kutip balik, ingat balik semua kenangan terindah yang lepas-lepas tu, gunakan untuk bahagia bersama cinta baru. TAPI, janganlah nak banding-banding pula ya. Gunakan pengalaman lalu sebagai panduan untuk mencipta kenangan yang lebih indah bersama orang baru dalam hidup kita. Jangan pula teringat betapa bahagianya anda dulu dengan kekasih lama, sebaliknya penuhkan minda anda dengan berfikir berbagai cara bagaimana untuk bahagia dengan kekasih baru.

JANGAN JADI DESPERATE. 

Bila kita pernah kecewa, kita ditinggalkan kita akan merasa teramat sunyi. Tambah tension bila kita tahu bekas kekasih kita tu sudah punya kekasih baru. Di sinilah kita akan jadi seolah-olah TERDESAK yang amat sangat. Lalu keputusan kita selalunya, tidak rasional dan kurang bijak! Sesetenagh tu, cepat-cepat nak bercinta lagi tanpa mengira dengan siapa kita jatuh cinta. That’s bad! Tenang… , be cool… slowly, perlahan-lahan kita akan bercinta lagi. Jangan terlalu mendesak keadaan itu kerana, ramai lagi orang yang mahu mengenali kita dan bercinta dengan kita. Just the matter of time... Sabar, ada lah tu di luar sana nanti. Yang penting, jangan desperate danYAKIN dengan KEINGINAN anda!

 JANGAN BERI SEMUA CINTA. 

Sudah berapa kali anda putus cinta? Notis tak semuanya kerana anda telah memberi segala-galanya pada dia? Jadi kali ini, jika anda bercinta lagi, SIMPAN sedikit perasaan anda itu, simpan sedikit cinta jangan beri kesemuanya. Maksud saya di sini, biar ada sedikit rasa untuk anda berikan lagi nanti. Jadi, barulah pasangan anda akan sentiasa inginkan cinta dari anda kerana cinta yang diberi masih tidak mencukupi. Dia mungkin akan komplen dan tidak puas hati. Biarkan dia begitu… anda kena tegas, dan diamkan perkara ini. Pedulikan apa yang dia kata, sebaliknya berikan sedikit-sedikit sahaja. Biar apa yang diminta, tidak semua yang dia dapat, barulah dia akan sentiasa menagih cinta dari anda. Jika anda beri kesemuanya apa lagi yang dia mahu? Nothing…Koyak lah…

CINTAI DIRI SENDIRI. 

Sebelum anda bercinta lagi, cintailah diri anda sendiri! Jika anda tidak cinta diri anda, bagaimana orang lain mahu bercinta dengan anda? – Ini serius ni, saya selalu sangat temui mereka yang rela diri diperlakukan sesuka hati pasangannya bah kawan tu kawan saya sendiri. Terseksa jiwa, batin dan sebagainya semua kerana terlalu mencintai pasangannya. Sedangkan pasangan dia tidak cintainya lagi, tinggalkan dia tanpa sebarang berita, malah membiarkan dia begitu saja tanpa sebarang kasih sayang. So, cintai diri anda betul-betul dan fikirkan diri anda terlebih dahulu sebelum anda mahu bercinta lagi. Ingatlah pada keluarga yang mencintai anda selama ini. Adakah mereka sanggup melihat diri anda diseksa orang lain?

TAKE THE CHANCE. 

Tawakkal pada Allah dan redha dengan ketentuannya. InsyaAllah, anda akan berjaya. Sekiranya hadir sudah dia yang buat anda berdebar-debar di jiwa, buat anda tersenyum lebar sentiasa… JANGAN merasa risau, ambil peluang itu dan bercintalah lagi. Jangan takut pada kegagalan. Kerana kegagalan adalah jalan menuju kejayaan. Setelah amat mengenalinya, setelah mengambil masa, setelah ramai yang sudah anda kenali, tahu semua isi hati, budi pekerti, maka jika dialah pilihan untuk anda bercinta lagi, GO AHEAD! Take the chance.

Bercinta lagi, tetap bercinta lagi punya. Takkan sampai bila-bila kita nak melangguk, meratapi orang yang telah pergi kan, orang tengok kita pun naik cemuh. Kita tengok diri kita sendiri pun, naik bosan. It’s okay to be afraid to fall in love again, but it’s not okay if you giving up!

“Lihat anak-anak kecil, setelah beberapa kali mencuba untuk berjalan tetapi tetap rebah. Jatuh, sakit, menangis, namun, adakah anak kecil ini, berhenti dari mencuba untuk berjalan? Mereka terus mencuba dan akhirnya dapat bangun, berjalan dan berlari akhirnya!”

I’m sure, anda juga begitu sewaktu anda masih lagi anak kecil… tetapi mengapa anda lupa sikap ketabahan anda yang Allah telah semaikan sedari kecil itu?

Jika gagal dan gagal lagi tu it’s GOOD, sebab kita boleh belajar dari kesilapan percintaan lalu, untuk miliki cinta baru dengan cara yang lebih baik. Jadi jika KAU BERCINTA LAGI, ikutilah panduan-panduan yang telah diberi, selamilah pengalaman-pengalaman lalu yang telah bersemadi dalam diri. Moga segala-galanya dapat memberi satu cinta yang sejati suatu hari nanti!

All the best and good luck. Believe in love!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved