Apa Lelaki Buat Bila Putus Cinta? Masa bercinta semua indah. Kentut pun wangi. Jalan pun tidak jejak kaki. Senyum meleret sampai ke telinga. Pendek kata semua gembira sakanlah. Tapi bila putus cinta orang tengok pun kesian. Muka masam 24 jam. Ada juga sanggup terperap dalam bilik, siap tulis sign no entry lagi. Macam inilah adat bila orang putus cinta. Sebelum ini aku ada tulis entri pasal Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta. Sekarang giliran lelaki pula. jadi, bila putus cinta lelaki biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ini.
1. Buat-buat cool sedangkan dalam hati menangis. Segagah mana pun lelaki, tapi dalam bab putus cinta ne berderai jugak air mata tu.
2. Lebih suka menyendiri dan jadi lebih pendiam. Tapi tak lama, seminggu je. Dalam tempoh 'period' ne, dia berusaha nak buang semua kenangan bersama bekas kekasih dia tu.
3. Tutup lampu dan terus masuk tidur walaupun time tu baru pukul 8. Bila roomate tanya kenapa dia jawab "penat main bola petang tadi".
4. Mula merokok sebab nak lupakan kisah lama. Pekena 2 3 batang rokok terus khayal. Jangan terpengaruh dengan dadah sudah la. Ingat, bunga bukan sekuntum.
5. Jadikan bekas kekasih sebagai kawan. Kalau lelaki yang jenis tak kisah walaupun dah putus, tetap berkawan. Kalau lelaki yang emo, bila dah putus cinta tu maknanya putus segalanya.
6. Layan dengar lagu jiwang. Tapi tak pasang kuat takut kantoi. Guna dengar earphone sambil-sambil mengimbau balik kenangan terindah dengan bekas kekasih.
7. Mula bersosial. Kalau dulu, nak lepak dengan kawan tidak ada masa sebab duduk berkepit dengan awek. Bila dah putus, 25 jam habiskan masa dengan lepak di luar.
8. Tak kisah dah pasal handphone. Nampak macam itu saja. Kadang-kadang top up. Bukan ada orang nak SMS pun katanya kecuali Celcom saja.
9. Masih mengharapkan bekas kekasih dia itu bertanya khabar walaupun satu SMS saja.
10. Semua barang dan hadiah yang bekas kekasih dia bagi akan diletakkan dalam kotak dan disimpan dalam stor.
11. Ada jugak yang mula merefleksi kekurangan diri. Kalau masa couple dulu, pakai pakaian selekeh saja. Bila dah putus cinta, pandai berfesyen dah.

12. Berubah menjadi playboy dengan alasan nak ubati kekecewaan dan balas 'dendam' terhadap bekas kekasih dia pernah buat.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.