Pin It

Widgets

Bagaimana Nak Buat Bekas Kekasih Menyesal Meninggalkan Kita

on Wednesday 15 August 2012

Bagaimana Nak Buat Bekas Kekasih Menyesal Meninggalkan Kita


1. Untuk menyakitkan hati bila BF atau GF anda minta break, anda cakap dekat dia macam mana "Dah lama saya tunggu peluang ini. Terima kasih banyak-banyaklah kerana memudahkan kerja saya." Lepas itu lompat-lompatlah sikit nak tunjuk anda gembira ( Padahal Dalam Hati Sedih Sangat )

2. Pulangkan semua gambar-gambar EX BF atau GF anda. Letak gambar itu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note dekat situ "Note :Awak yang mana satu eh ? sorrylah ,saya dah lupa. Pilihlah sendiri pastu hantar balik sama saya."

3. Bila nampak EX BF atau GF anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, siapalah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?".

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai pakaian selekeh saja. Pakailah pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak juga. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.

5. Bila nampak dia online di FaceBook , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalaulah dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia itu dekat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

6. Biasanya, selepas clash EX BF atau GF anda akan cuba anggap anda sebagai kawanlah konon. Cakap saja dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.

7. Kalau anda masih belajar lagi, masa inilah nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."

8. Anda cari saja orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada EX BF atau GF anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

Apa pun, ini saja yang aku nak cakap.. Yang lepas lupakan saja. . Start sekarang, Mulakan hidup yang baru.
Ranking: 5

{ 5 ulasan... read them below or add one }

Momo said...

sangat bagus entry ni..aku nak try nanti..haha


15 August 2012 at 10:19 Reply To This Comment
Noor Maizan said...

setujuuuuuuuuuuuuuuu sangat..hehuuuu


15 August 2012 at 10:19 Reply To This Comment
Unknown said...

jgn ada dendam .. heheh


15 August 2012 at 11:58 Reply To This Comment
Unknown said...

bley try satu due nih ! hhaaha . thnx !


15 August 2012 at 12:53 Reply To This Comment
nursuriani said...

hahahah hurm memang sakit hati tuh kalau buat. kalau jenis orang yang mcam saya memang saya akan buat tapi tengok jugak laa kan putus sebab apa hihihi :)


15 August 2012 at 20:23 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved