Pin It

Widgets

Ku Sebut Namamu

on Tuesday 22 May 2012




Dalam kerinduan ku bersyukur
Di dalam angan ada berjuta makna yang tersimpan
Dalam relung hatiku yang terdalam
Wajahmu menghiasi hidupku
Menghidupkan kenangan antara kau dan aku

Saat malam mengetuk tirai langit
Aku tersipu malu dengan rindu yang menjalar ditangkai hati
terasa begitu ghairah hatiku tika ku ucapkan rindu padamu
Kerinduan yang menerpa
Menyapa segenap sanubariku

Malam ini kau hadir dengan hangat cintamu
Membuatkan aku mahukan dirimu
Sayang
Kesungguhan rindu ini
Meniti layar hatiku yang termiliki dirimu

Membuaikan hujan rindu 
Sehingga ombak rindu bersilih ganti
Sayangku 
Sekelumit rindu yang hadir dalam hidupku
Menyapa cinta hati milikmu
Kerana kasihmu bertakhta disinggahsana hatiku
Dalam mahabbah rindu

KU SEBUT NAMAMU..

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved