Showing posts with label LaWak Cinta. Show all posts
Showing posts with label LaWak Cinta. Show all posts

Lawak : Awek ku menyelam di Tasik Titiwangsa

on Wednesday, 19 September 2012



 Lawak : Awek ku menyelam di Tasik Titiwangsa

Awek ku menyelam di Tasik Titiwangsa | INi merupakan kenangan yg tak dapat dilupakan...terlebih dahulu aku nak mohon maaf pada ex gf aku ni, andainya dia terbaca ruangan ni...bukan maksud mengaibkan dia....sekadar berkongsi kisah lucu yg kini tinggal kenangan...

Masa tu hari sabtu, keluar dgn GF tujuan asal nak pegi kenduri member kawen... entah macamana tiba2 kami tukar rancangan, tak nak pegi kenduri tu....pegi jalan2...tengok wayang, deting....hehehe...lepas seharian bejalan...on the way balik, kami singgah di Tasik TTwangsa... deting sambil melayan makan KFC di sebuah pondok... lepas mkn, GF aku ni nak basuh tangan...diapun pegi la kat tepi tasik..aku masih leka dengan ayam KFC...tiba2 "DEBURRRR!!!... mcm bunyi kerbau terjun dlm tasik...aku tengok...gf aku dah takde...aik??... takkan jatuh kot....

2,3 org tengah jogging berhenti sambil tengok ke dalam tasik.... akupun berlari ke tmpt gf aku basuh tangan tadi..... aku sampai je tebing tu....gf akupun timbul ke permukaan air....akupun tarik dia keluar sambil tanya.." apsal jatuh?...."dengan muka seposen dia bercakap..."kasut org tersangkut kat besi tu laa...." aku nak tegelak tapi kontrol...kesian...cuma satu yg aku terkilan atas kejadian itu....cincin merisik hilang dlm tasik.... mungkin itu petanda kami tiada jodoh.. itulah kenangan manis/lucu aku dan ex-gf ku....suatu masa dahulu...yg kini dah jadi isteri kepada seorang celebriti terkenal tanahair...namun terpahat seribu kenangan suka/duka.... yg sukar dilupakan....

Sekian. Terima kasih kepada yg sudi membaca.

Puisi : Suami VS Isteri

on Sunday, 19 August 2012

Puisi : Suami VS Isteri

Puisi Suami Kepada Isteri

Isteriku,jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu,
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang,
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu……,
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir
Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….aku pun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaran mu…
AKAN TETAPIIIIIIII. .,
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun
belum sanggup kau terangi,
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja :p


 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved