Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2013/2014 | Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu) dan Sila layari http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut .
Semakan Online Boleh Dibuat Dihalaman Ini
http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/
Semakan Secara SMS
Taip T6<jarak>KP<jarak>NOKP hantar ke 15888
Contoh : T6 KP 951223125641
@
Taip T6<jarak>AG<jarak>AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh : T6 AG JD017A146
Semakan Secara SMS
Taip T6<jarak>KP<jarak>NOKP hantar ke 15888
Contoh : T6 KP 951223125641
@
Taip T6<jarak>AG<jarak>AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh : T6 AG JD017A146
Pendaftaran Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2013/2014 adalah pada 8 Mei 2014. Pelajar yang berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke tingkatan enam sesi 2013/2014 perlu membawa maklumat ini semasa ingin mendaftar ke sekolah yang telah anda ditempatkan.
Maklumat Yang Perlu Di Bawah Adalah :
- Surat Tawaran
- Keputusan SPM 2012
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Tamat Sekolah
- Jurusan Dan Pakej Mata Pelajaran yang Diambil
Pelajar yang mendapat tawaran UPU @ Sedang menunggu tawaran daripada UPU Perlu Melaporkan diri dulu ke sekolah yang telah ditetapkan.
Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan. Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN. Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.
Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi secara amnya tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan. Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan 6 masih ada peluang untuk mendapat tawaran Matrikulasi dan IPTA.
Bagi calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan ke tingkatan 6 sesi 2013/2014 boleh membuat rayuan ke jabatan pelajaran negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU mulai 24 april 2013 dan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke jabatan pelajaran negeri selewat-lewatnya pada 14 jun 2013
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.Dikemas kini Pada 12 Mei 2012
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.Dikemas kini Pada 12 Mei 2012