Pin It

Widgets

Yuna Terima Pencalonan Tertinggi AIM 19

on Friday, 5 October 2012

Yuna Terima Pencalonan Tertinggi AIM 19


KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf Yuna mengungguli enam pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19) yang akan diadakan pada 17 November depan di Stadium Melawati Shah Alam, dekat sini. Ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle),Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).

Menyusuli Yuna adalah penyanyi Jacyln Victor dengan lima pencalonan menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), (Counting Days dan Jagalah Diri), Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwakudan Jagalah Diri) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).

Dalam pada itu, Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan menerusi album berbahasa Malaysia pertamanya termasuk dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik untuk lelaki (Bertemu Di Syurga) selain Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Selain Stephen kategori Artis Baru Terbaik turut menyaksikan persaingan antara muka-muka baru seperti Keroz Nazri, Mojo, Salam Muzik dan The Malayan.

Manakala nama besar seperti Nora, Shila Amzah dan Datuk Siti Nurhaliza turut bertanding dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).

Siti Nurhaliza juga dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Terbaik menerusi lagu Stand Up.

Antara nama lain yang turut bertanding dalam kategori sama adalah Mizz Nina, Yuna, ZE dan Jaclyn Victor.

Sementara itu, bagi kategori Lagu Pop Terbaik menyaksikan pertembungan di antara Jaclyn Victor, Yuna, Shila Amzah dan pendatang baru Hyper Act.

Manakala bagi kategori utama iaitu Album Terbaik menyaksikan pertembungan di antara Hujan menerusi album (Sang Enemy), Nora (Hikmah), Pesawat (Take Off), Salam Musik (Salam Musik) dan Stacy (Stay-C).

AIM 19 turut menyaksikan ramai muka baru yang mewarnai pencalonan tahun ini seperti Shanel, ZE, Silent Death, Hyper Act, SSk, Filsuf, Keroz Nazri, Salam Musik dan Prince of Pop dalam pelbagai kategori.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM-19, Rosmin Hashim di Hotel Royale Chulan di sini pada Selasa.

Karya yang layak menyertai pertandingan ini ialah bagi tempoh penghasilan bermula 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Katogeri Lagu Pop Etnik Terbaik Kekal

Dalam perkembangan berkaitan Rosmin berkata, AIM 19 tetap meneruskan kategori Lagu Pop Etnik Terbaik walaupun hanya menerima lima pencalonan daripada nyanyian artis sama iaitu Noraniza Idris.

Katanya, walaupun artis yang dicalonkan adalah sama tetapi kategori itu dikhususkan untuk penulis lirik dan komposer.

“Walaupun nampak sedikit pelik kerana kelima-lima pencalonan itu dinyanyikan oleh Noraniza Idris tetapi kita perlu memberi peluang kepada penulis lirik dan komposer kerana kategori itu sebenarnya untuk menghargai usaha mereka,” ujarnya.

Rosmin memberitahu pihaknya telah menerima sejumlah 465 pencalonan untuk AIM tahun ini dan sebanyak 80 calon dipilih dari 16 kategori yang dipertandingkan.

Pada tahun ini juga pihaknya telah melantik 57 orang juri yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan bagi menilai setiap pencalonan yang dihantar.

“Belajar daripada kesilapan tahun lalu, AIM tahun ini hanya diadili oleh penggiat seni yang terlibat secara langsung dalam industri muzik seperti komposer, penyanyi, pemuzik, dan penerbit album.

“Malah kita telah melantik juruaudit yang baru supaya penghakiman lebih efisien,” katanya.

Berikut adalah antara pencalonan AIM 19:

Artis Baru Terbaik

1. Keroz Nazri

2. Mojo

3. Salam Musik

4. Stephen Rahman Hughes

5. The Malayan

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1. Azlan & The Type Writer – Idola

2. Faizal Tahir – Buta

3. Hazama – Majnun

4. Jamal Abdillah – Bahagia Sementara

5. Stephen Rahman Hughes – Bertemu Di Syurga

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1. Nora – Doa

2. Jaclyn Victor – Counting Days

3. Shila Amzah – Patah Seribu

4. Siti Nurhaliza – I Cry Out

5. Jaclyn Victor – Jagalah Diri

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1. Firdaus – Saat Terindah

2. Forteen – Seperti Dulu

3. GX4 – Kerana Kasihmu

4. Prince of Pop – Main Jauh Jauh

5. SleeQ Feat Ramlah Ram – Saat Kau Datang

Lagu Pop Terbaik

1. Jaclyn Victor – Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim)

2. Hyper Act – Harapan (Hyper Act/Frozen)

3. Shila Amzah – Patah Seribu (Shila Amzah)

4. Yuna – Terukir Di Bintang (Yuna)

5. Jaclyn Victor – Jagalah Diri (Edry Abdul Halim)

Lagu Rock Terbaik

1. Azlan The Type Writer – Idola (Audi Mok/Dark)

2. Faizal Tahir – Buta (Audi Mok/Faizal Tahir)

3. Hazama – Simetri (Audi Mok/Omar K)

4. Silent Death – Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim)

5. The Azenders – Bebas (Sam)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

1. Brenda dan Budi – Gerimis Mengundang (Arman, Alex, Aye, Rifai, Andy)

2. Jaclyn Victor – Counting Days (Abrey Suwito)

3. Stacy – Kasanova (Edry Abdul Halim)

4. Stephen Rahman Hughes – Bertemu Di Syurga (Azlan Abu Hassan)

5. Yuna – Terukir Di Bintang (AG Coco)

Album Terbaik

1. Hujan – Sang Enemy ( Noh Salleh/AG Coco)

2. Nora – Hikmah (Johan Nawawi)

3. Pesawat – Take Off (Pesawat)

4. Salam Musik – Salam Musik (Salam)

5. Stacy – Stay-C (Muhammad/Kunci Demak)
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved