Pin It

Widgets

ROZAIMI Mahu Pastikan Dia Terus Menjaringkan Gol Buat Selangor Dalam Kempen Piala Malaysia

on Monday 1 October 2012

ROZAIMI Mahu Pastikan Dia Terus Menjaringkan Gol Buat Selangor Dalam Kempen Piala Malaysia

ROZAIMI Mahu Pastikan Dia Terus Menjaringkan Gol Buat Selangor Dalam Kempen Piala Malaysia | “JIKA boleh, saya mahu menjaringkan gol buat Selangor dalam setiap perlawanan selepas ini.”Itu janji Rozaimi Abdul Rahman sebelum mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada Selangor sebaik kempen Piala Malaysia musim ini berakhir.

Malam kelmarin, penyerang pinjaman Gergasi Merah itu membuktikan kredibiliti selaku penyerang berbisa apabila meledak satu gol ketika membantu Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 3-1 dalam aksi Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam.

Ternyata, penyerang muda Sabah itu tidak lagi mahu mengenang prestasi hambarnya bersama Merah Kuning ketika permulaan kempen sebelum ini, sekali gus tekad mahu mengulangi semula pencapaiannya yang berjaya mencetak 11 gol ketika membantu Harimau Muda mengharungi kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun di Myanmar, Jun lalu.

“Saya mahu membantu Selangor mara ke pentas final, ini peluang ter- baik saya mendakap trofi Piala Malaysia.

“Jadi, sudah tentu saya tidak mahu peranan saya terhenti sekadar di peringkat suku akhir dan berjanji akan memberikan yang terbaik tidak kira sebagai pemain utama mahupun pemain gantian dalam setiap perlawanan selepas ini,” kata Rozaimi.

Untuk rekod, kemarau gol Rozaimi bersama Gergasi Merah berakhir sebaik meledak satu gol ketika mene- waskan Pahang 4-1 dalam aksi pering- kat kumpulan pada 5 September lalu.

Selain Rozaimi, turut meledak gol buat Pilihan Selangor kelmarin ialah kapten, Safiq Rahim dan penyerang import, Bosko Balaban manakala gol sagu hati Pilihan Singapura dicetak oleh Aleksandar Duric.

Malam esok, Rozaimi dijangka mendapat kepercayaan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika melayan kunjungan Johor FC dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di stadium yang sama.

Mereka kini selesa mendahului menerusi agregat 3-1 selepas melakar kemenangan bergaya 3-1 pada aksi pertama di Pasir Gudang minggu lalu.

Sumber



Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved