Drama Evolusi KL Drift Telah Di Adaptasi KePada Drama Bersiri 26 Episod Yang Bakal Ditayangkan Di TV2 | SETELAH filem Evolusi KL Drift 1 dan 2 mendapat sambutan pecah panggung, kini ia telah diadaptasi kepada drama bersiri 26 episod yang bakal ditayangkan di TV2 setiap Khamis bermula 4 Oktober ini.
Bagi memberi kelainan dari segi sentuhan terhadap karya berkenaan, penerbitnya, syarikat Skop Production Sdn. Bhd. telah memberi tanggungjawab mengarahkan drama berkenaan kepada Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang merupakan anak saudara Datuk Yusof Haslam.
Terdahulu, kedua-dua filem berkenaan diarahkan oleh abang Syafiq iaitu Syamsul, sehingga mendapat anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23. Menurut penerbitnya, Yusof Haslam, penerbitan drama tersebut merupakan permintaan RTM sejak 2009 lagi apabila filem itu telah mendapat sambutan pecah panggung.
“Penerbitan drama ini hasil perkongsian pintar Skop Production dengan RTM, jadi kami hasilkan drama ini sesuai untuk penonton,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional di Kuala Lumpur (FINAS), baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Program Televisyen RTM, Suhaimi Jamelin.Tambahnya, kelainan drama itu berbanding filem yang pernah diarahkan oleh Syamsul adalah ia mempunyai pelbagai genre seperti aksi lasak, kekeluargaan dan konflik percintaan.
Bagaimanapun, barisan pelakon drama berkenaan masih mengekalkan Syamsul sebagai tunjang utama selain pelakon undangan khas seperti Aaron Aziz, Norman Hakim, Puteri Sarah, Zain Saidin, Ammar Alfian, Zack X-Factor, Rizal Ashreff, Syafiq, Datuk Jalaludin Hassan, Ridzuan Hashim dan Aida Khalida.
SINOPSIS DRAMA EVOLUSI KL DRIFT
Evolusi KL Drift The Series versi drama mengisahkan perjalanan hidup Zek lakonan Syamsul yang lahir dalam sebuah keluarga kaya. Dia enggan memenuhi permintaan bapanya supaya mengendalikan syarikat menjual kereta mewah milik bapanya. Sebaliknya, Zek lebih suka memilih bekerja di sebuah bengkel kerana percaya pengalaman itu boleh mengembangkan minatnya dalam perlumbaan drift kereta. Menurut pengarah bersama Syafiq dan Rizal, mereka berdua tidak mempunyai banyak masalah mengarahkan drama berkenaan, kecuali untuk adegan drift sahaja.
“Dalam drama ini, terdapat banyak babak itu (drift), berbanding filem. Kami telah menggunakan pelakon lasak yang juga merupakan pelumba kedua drift terbaik di negara ini untuk memastikan babak yang dirakamkan dapat berjalan lancar,” ujar Rizal sambil dipersetujui Syafiq. Malah, demi merealisasikan beberapa babak agar kelihatan nyata, drama yang menelan kos hampir RM1 juta itu telah mengakibatkan beberapa buah kereta drift rosak. Bagaimanapun, Rizal melihat ia hanya perkara kecil. Kata Syafiq mengarahkan drama berkenaan yang pernah menjadi ‘buah hati’ Syamsul bukan perkara yang sukar memandangkan abangnya sendiri yang terlibat dalam drama berkenaan banyak memberi tunjuk ajar.
“Kalau ada perkara berbangkit, abang (Syamsul) akan beri tunjuk ajar apa yang baik dan tidak. Kalau pendapat dia sesuai, saya dan Rizal akan terima,” ujarnya yang pernah mengarahkan beberapa episod drama Gerak Khas sebelum ini. Mengenai pengarahan juga Syafiq memberitahu, dia turut meminta tunjuk ajar bapanya memandangkan drama itu ditayangkan di TV2 yang mempunyai beberapa peraturan.
Note : Huhuh ... tak sabar rasanya nak nonton drama ini.... pasti meletop punyalah.. sudah lah pelakonnya pun pelakon yang hebat-hebat semuanya.
Sumber : Kosmo
Note : Huhuh ... tak sabar rasanya nak nonton drama ini.... pasti meletop punyalah.. sudah lah pelakonnya pun pelakon yang hebat-hebat semuanya.
Sumber : Kosmo
{ 1 ulasan... read them below or add one }
maknanya yang bawa kereta sambil drift tu bukanlah syamsul. Ingatkan dia yang bawa.
11 October 2012 at 08:11
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.