Pin It

Widgets

Eja Ganti Sofea Jane Galas Watak 'Tun Siti Hasmah

on Thursday 11 October 2012

Eja Ganti Sofea Jane Galas Watak 'Tun Siti Hasmah

Eja Ganti Sofea Jane Galas Watak 'Tun Siti Hasmah | Sekali lagi, watak Tun Siti Hasmah bagi teater arahan Erma Fatima itu bertukar tangan. Jika sebelum ini Erra Fazira dan Datin Sofea Jane, khabar terbaru yang diterima memberitahu watak tersebut bakal dijayakan oleh aktres hebat, Eja.

Ketika dihubungi MH Online, Eja mengesahkan perkara tersebut;

"Memang betul saya dipilih untuk membawakan watak Tun Siti Hasmah. Dan saya sudah menjalani latihan sejak awal oktober lagi. Saya menerima tawaran yang diberikan oleh Umie Aida bukan atas faktor kawan semata-mata, sebaliknya lebih kepada kerjaya saya sendiri.

"Di awal latihan, saya letakkan diri saya seperti kanak-kanak tadika yang baru mula belajar. Memandangkan teater ini adalah yang pertama buat saya, jadi banyak yang perlu dipelajari.

"Di usia 40 tahun ini, berlakon teater adalah yang cukup besar buat diri dan kerjaya saya. Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan, namun saya menolak. Kini, sudah tiba masanya untuk saya cabar diri sendiri. Untuk itu, saya sudah bersedia menerima segala kritikan dan teguran semua pihak."

Meskipun menjadi pilihan ketiga untuk membawakan watak tersebut, Eja tetap optimis dan yakin itu semua adalah ketentuan daripada-Nya.

"Saya tidak fikir pun di mana salahnya menjadi pilihan ketiga dan bukan yang pertama. Semuanya berbalik kepada ketentuan dan rezeki daripada Allah. Selebihnya, saya perlu berusaha dan tawakal dalam memberikan yang terbaik.

"Tentu sahaja, mana-mana pelakon tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa. Dan saya percaya setiap pelakon itu ada kelebihan dan kekuatan tersendiri. Jadi, doakan yang terbaik buat saya dan seluruh tenaga kerja teater ini nanti," tambah Eja yang mengakui gementar untuk beraksi di khalayak


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved