Pin It

Widgets

10 Tips Dan Cara Bagi Melajukan laman Web dan Blog

on Wednesday, 10 October 2012


10 Tips Dan Cara Bagi Melajukan laman Web dan Blog

10 Tips Dan Cara Bagi Melajukan laman Web dan Blog | Menduduki tempat yang terbaik dari keputusan enjin carian seperti google.com / yahoo.com memerlukan beberapa perkara di perhalusi, salah satunya adalah dari sudut kelajuan capaian ke laman blog atau web anda. Tips melajukan laman web dan blog bertujuan berkongsi perkara perkara yang perlu diketahui setiap pentadbir laman web / blog.

1. Mengurangkan HTTP request

HTTP request dapat dikurangkan dengan mengecilkan jumlah kod-kod request pelbagai elemen serta function call yang dimuatkan dalam laman web anda. Kurangkan jumlah file luaran yang perlu di paut ke laman anda, pastikan sebarang imej yang tidak perlu dibuang (atau guna CSS bagi cara capaian imej berbanding javascript). HTTP request juga dapat dikurangkan sekiranya anda menggunakan statik web page. Teknik ini banyak diguna pakai oleh plugin web cache wordpress. Pastikan kod kod html / php anda kemas dan tidak memerlukan terlalu banyak pautan keluar.

2. Menggunakan CDN (content delivery network)

CDN adalah salah satu teknologi yang mempercepatkan rendering laman web anda dari seluruh dunia. Namun ianya memerlukan kos yang agak tinggi disebabkan laman web anda bukan hanya di simpan dari satu server di malaysia, bahkan ianya akan di simpan di server-server lain yang dikhaskan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan CDN ini. Keberkesanan dari sudut kelajuan CDN boleh dilihat dari contoh laman-laman gergasi seperti google.com, gmail.com, facebook.com, yahoo.com, wikipedia.org dan sebagainya.

3. Menggunakan Cache Controler Header

Elemen-elemen statik dari laman web dan blog anda perlu di simpan (cache) dari browser pengunjung bagi mempercepatkan masa respond dari server yang akan melajukan laman web dan blog anda. Bagaimana ingin lakukan ini? Anda perlu mempunyai akses ke fail .htaccess dan masukkan perkara berikut sebagai tambahan untuk cache control mengikut jenis fail seperti CSS, javascript, PNG, JPG dan sebagainya:

#Expire Header<FilesMatch "\.(ico|jpg|jpeg|png|gif|js|css|swf)quot;>ExpiresDefault "access plus 2 hours"</FilesMatch>… atau ….# Expire images headerExpiresActive OnExpiresDefault A0ExpiresByType image/gif A2592000ExpiresByType image/png A2592000ExpiresByType image/jpg A2592000ExpiresByType image/jpeg A2592000ExpiresByType image/ico A2592000ExpiresByType text/css A2592000
ExpiresByType text/javascript A2592000
Lawat laman : www.tipsandtricks-hq.com untuk maklumat lebih lanjut.

4. Mengaktifkan Gzip compression 

Gzip compression dapat di guna pakai dengan mudah sekiranya anda mempunyai capaian ke dalam cPanel. Gzip compression mampu mempercepatkan capaian laman web dan blog anda sehingga 80% lebih baik berbanding laman yang tidak menggunakan Gzip compression. Ini adalah kerana saiz keseluruhan laman web akan dikurangkan hingga 80% lebih kecil yang mempercepatkan masa capaian dari server ke web browser. Bagi menyemak samada anda telah menggunakan Gzip compression, lawati laman ini dan semak status Gzip compression anda: http://www.gidnetwork.com/tools/gzip-test.php

5. Kedudukan StyleSheet CSS 

Sebaiknya pastikan request bagi stylesheet dalam di dalam tag header laman web anda. Kurangkan penggunaan inline CSS bagi mengurankan duplikasi stylesheet yang sepatutnya boleh dikumpulkan di dalam satu fail berasingan. 

6. Kedudukan Javascript 

Sebaiknya javascript dimuatkan di penghujung sebelum berakhirnya tag </body>. 

7. Duplikasi Script 

Pastikan tiada duplikasi skript java dan css yang boleh menyebabkan laman web dan blog anda berada dalam keadaan round-robin loops. Semak fail fail yang disertakan dari pakej plugin sebelum anda menginstall sebarang plugin wordpress. Terlalu banyak skript akan menyebabkan laman anda lebih lambat untuk di hantar ke pengunjung laman. 

8. Flush Buffer PHP 

Cuba gunakan function call flush(). Ianya membantu mempercepatkan larian skrip secara serentak sementara pengunjung laman web dan blog anda menanti laman di render sepenuhnya. ... <!-- css, js -->
</head> 
ush(); ?> <body> 
<?php f
l ... <!-- content -->


Bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana fungsi flush() boleh melajukan / mempercepatkan laman web dan blog, lawati laman ini: http://www.tuxradar.com/practicalphp/13/9/0

9. Elak menggunakan Iframe 

Walaupun iframe adalah perkara yang paling mudah bagi memasang sebarang third party plugin (semudah plug and play) namun iframe agak kritikal bagi capaian dari luar yang membuatkan laman anda sedikit terganggu sekiranya laman yang dipaut dari bingkai iframe tidak mampu menyempurnakan HTTP request sebaik mungkin. 

10. Yslow semak keperluan lain 

Dengan menggunakan firefox, semak keperluan lain bagi melajukan laman web dan blog anda dengan menggunakan plugin Yslow. Pastikan sebarang perubahan yang dilakukan oleh anda bagi melajukan laman web dan blog tidak membuatkan laman anda mempunyai ralat yang lebih banyak. Anda juga boleh menggunakan laman-laman lain yang menyediakan khidmat nasihat SEO seperti www.woorank.com.

Harap berguna untuk anda semua... selamat mencuba... dan jangan lupa buat backup dulu. owkey..


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved