Pin It

Widgets

Petua Apabila Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan

on Thursday, 13 September 2012


Petua Apabila Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan


Petua Apabila Tercekik Tulang Ikan Semasa Makan | Petua ini saya nak kongsikan bersama rakan-rakan dan pembaca setia di blog ini. Petua ini pun saya rembat dari blog rakan iaitu ikmal, mungkin petua ini berguna kepada sesiapa yang mungkin akan mengalami situasi di mana tulang ikan tersangkut dekat kerongkong. Pada pendapat dan pandangan saya, kebiasaan kanak-kanak sahaja yang mengalami masalah seperti ini tapi tak tahulah kalau orang dewasa juga mengalaminya. 

Biasanya kita boleh gunakan nasi yang telah dikepalkan lalu ditelan atau roti yang dikepal menjadi bulat lalu ditelan terus. Di bawah ini dikongsikan juga alternatif lain kalau ada yang tercekik tulang.

1. Ambil minyak kepala kemudian sapukan pada lubang dubur anda. (nampak macam mustahil tapi memang benar)

2. Dibacakan pada air:
  • Bismillah - 41 kali 
  • Surah Al-Fatihah - 41 kali 
  • Surah Al-Ikhlas - 3 kali 
  • Surah Al-Falaq - 3 Kali 
  • Surah An-Nas - 3 kali 
Jika tercekk tulang, uri atau jarum (benda dalam badan) minum sebahagian air dan sebahagian lagi disapu pada tempat berkenaan. Jika terlekat selumbar buluh dalam daging atau habuk masuk dalam mata, basahkan saja tempat berkenaan.

3. Jampi terlekat tulang: 

Bismillah! 

Hei asalmu…(sebut nama benda yang menyebabkan lekat) duduk di roma, engkau keluarlah dari roma, 

Asal engkau duduk di kulit, engkau keluarlah dari kulit, 
Asal engkau duduk di daging, engkau keluarlah dari daging, 
Asal engkau duduk di darah, engkau keluarlah dari darah, 
Asal engkau duduk di lendir, engkau keluarlah dari lendir, 
Asal engkau duduk di urat, engkau keluarlah dari urat, 
Asal engkau duduk di sendi tulang, engkau keluarlah dari sendi tulang, 
Asal engkau duduk di nadi, engkau keluarlah dari nadi, 
Enkau dengarlah pesananku. 
Kalau engkau tak dengar pesananku, engkau dinyahkan, 
Berkat kata لااله الا الله محمد رسول الله 

4. Jika berbagai cara telah dicuba tapi tidak berjaya, menurut sunnatullah tulang itu akan hilang dengan menyebut kata-kata ni: 

“Bismillah! awak ni macam memeranglah” (tak lekat tulang). lalu ditepuk-tepuk kepala (tulang akan hilang) – mujarab 

Tukarkan kepada aku kalau kita sendiri yang lekat tulang tu. 

5. Air basuhan tangan kita, caranya cuci tangan bersih dan ambil air masak dan basuh tangan anda menggunakan air tersebut dan minum semula air yang basuh tangan tu. InsyaAllah mujarab dengan izin Allah. 

6. Boleh juga baca bismilah dan 3 qul dan bertawakal sambil makan pisang atau nasi kepal. Petua dari Bro Zulkbo. 

Diharap petua di atas dapatlah memberi manfaat kepada kita semua. Kepada yang ingin berkongsi petua-petua bolehlah tinggalkan komen anda dalam ruangan komen. Wassalam.. 

Kredit kepada ikmal


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved