Pin It

Widgets

Khasiat Buah Belimbing Bintang

on Tuesday 4 September 2012


Khasiat Buah Belimbing Bintang

Buah Belimbing Bintang Penawar Hipertensi | Kajian saintifik telah menunjukkan buah belimbing bintang mempunyai khasiat perubatan selain kaya dengan vitamin. SCHool of Pharmaceutical Sciences , Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa buah belimbing mampu mengurangkan tekanan darah.

Apabila jus belimbing diberikan kepada tikus semasa kajian, tekanan darah binatang tersebut talah turun, diikuti kenaikan , kemudian menurun semula dengan perlahan.

Oleh itu ada kemungkinan buah belimbing, jika kerap dimakan, boleh membantu mereka yang menghidap tekanan darah tinggi. Buah ini dapat membantu melawan kesan pemakanan makanan terproses yang menyumbangkan kepada kenaikan tekanan darah tinggi.

Dalam kajian lain USM juga telah menunjukkan jus belimbing mempunyai sifat-sifat antibakteria seperti staphylococcus penyebab beberapa penyakit seperti indigesi dan masalah kulit.

Vitamin

Buah belimbing bintang juga mempunyai Vitamin A yang tinggi diantara buah-buahan tempatan Malaysia. Setiap 100g mempunyai 155 mcg Vitamin A. Ia juga mengandungi Vitamin B (thiamine, riboflavin), dan mineral kalsium dan besi. Protein, lemak dan karbohirat juga ada dalam bilangan yang kecil.

Sumber : Blog Lamaku

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved