Pantai Tanpa Laut Di Sepanyol | Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut sejauh saujana mata memandang. Namun di Sepanyol terdapat pantai yang sangat unik kerana ia adalah pantai tanpa laut.
Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach iaitu sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol.
Pantai ini terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara
kawasan pantai dan lautnya telah dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan
pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan dapat merasai
hempasan ombak memukul pantai seperti kebiasaan dari air yang mengalir
masuk melalui gua tersebut menuju ke Pantai Gulpiyuri . Sumber
Jika tonton video di atas, kita dapat melihat realiti sebenar kewujudan pantai tanpa laut ini. Memang cantik dan lokasi tempat ini ternyata sangat menarik untuk dikunjungi. Cuma tempat ini agak kecil, jadi tidak boleh terlalu ramai untuk berkunjung ke sana.
VideoPantai Tanpa Laut Di Sepanyol
{ 4 ulasan... read them below or add one }
cantik dan menarik! indahnya ciptaan Ilahi :D
http://suriaqistina.blogspot.com/2012/08/harrods-tote-bag-giveaway-by-liza-razak.html
8 August 2012 at 13:21
uniknya..
8 August 2012 at 13:42
sangat cantik..indahnya ciptaan ilahi..:-)..rasanya mahu pergi kat sini..:)
23 January 2013 at 12:58
mungkin air laut itu berasal dari celah2 tanah/batu?kata dekat dengan pantai.apa2 pun maha agung ciptaan Allah swt.
12 February 2013 at 14:12
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !
Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.