Pin It

Widgets

Mimpi Yang Dialami Wanita Apabila Tidur

on Saturday, 18 August 2012

Mimpi Yang Dialami Wanita Apabila Tidur
 
Mimpi Yang Dialami Wanita Apabila Tidur | Menurut kajian di University of the West of England, wanita lebih cenderung mempunyai mimpi yang lebih 'liar' berbanding lelaki, wanita juga lebih kerap mengalami mimpi buruk.  Menurut laporan dari The Sun, 19 peratus lelaki mengalami mimipi buruk, manakala ada 30 peratus wanita yang bermimpi buruk. Dianggarkan hal ini terjadi kerana perubahan hormon pada wanita. Hal ini mencetuskan perubahan suhu tubuh dan membuat wanita lebih kerap bermimpi buruk dan aneh.
 
Juga difahamkan ada lima mimpi yang sering dialami wanita

1. Terbang, melonjak atau meluncur

Maksud mimpi ini adalah, anda sedang melalui tempoh positif perubahan personaliti. Fikirkanlah secara matang, apa yang terbaik bagi anda. Maksimumkan kemahiran pada hal tersebut dan lakukan penambahbaikan untuk menutup kekurangan.

2. Menghabiskan masa bersama dengan selebriti, teman atau rakan sekerja

Mimpi ini klasik dan menggambarkan keinginan dipenuhi secara simbolik. Fikiran anda ketika tidur dibawa ke tempat menyenangkan, yang tak berani anda pergi dalam kehidupan nyata. Nikmati saja mimpi ini, kerana tak ada yang dianiaya. Jika memang anda ingin mengejarnya, lakukan saja. Tapi pastikan tak ada yang disakiti.

3. Menemui duit atau datang ke sebuah pesta

Hal ini boleh menjadi penunaian keinginan atau melambangkan sesuatu yang terjadi pada anda. Tidak selalu harus berkaitan dengan wang. Cari apa yang membuat anda selesa secara emosi, sama ada dalam hal kerjaya mahupun hubungan. Fokuslah pada hal ini kerana akan membuat anda lebih yakin menghadapi rintangan yang ada.

4. Menjadi budak baik di sekolah

Anda ingin membuatkan seseorang bangga dan senang, mungkin majikan anda, rakan sekerja atau pasangan. Kembali ke zaman persekolahan melambangkan waktu ketika kita harus menyenangkan orang seperti guru kita. Ketahui alasan mengapa anda mempunyai keinginan untuk 'impress' orang lain. Adakah anda cuba untuk mendapatkan imej baik di depan mereka? Atau mungkin anda berusaha terlalu keras dan jadi obsesi?

5. Memiliki rambut cantik, tubuh seksi dan penampilan yang lebih menarik

Ini juga merupakan mimpi klasik, iaitu mempunyai penampilan sempurna, atau mungkin secara sedar anda merasa sangat yakin dengan kualiti yang dimiliki. Fokuslah meningkatkan hal-hal positif dari keperibadian dan bukan aspek fizikal semata-mata.

Apakah Pendapat Anda ????

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved