Pin It

Widgets

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2012 Part 2

on Saturday 11 August 2012

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2012 Part 2

Hari ini ku letih tak pergi kerja,
Semalam letih beli baju raya,
Jumaat ini ku balik kampung nak sambut raya,
Ku menyusun 10 jari memohon ampun maaf daripada ayah bonda,

Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya.

Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.

Waktu mengalir bagaikan air
Ramadhan suci akan berakhir
unTuk salah yg pernah unTuk khilaf yg sempat terucap
Pintu maaf selalu kuharap selaMat hari raya Aidil Fitri

Jika aku meminta maaf
Bukan karena hari ini Lebaran
Tetapi karena Redha Allah S.W.T
Yang telah membukakan pintu kejujuran hati nurani
Untuk mengakui segala khilaf dan alpa
Dengan segenap cemas dan sesalAku memohon maaf

Jika langkahku membekas lara,
Kataku merangkai dusta;
Lakuku menoreh luka;
Dari jeritan lubuk bathinkuDengan ketulusan hati
ku mohon maaf lahir batinkuTaqobalallahu minna wa minkumMinal Aidil wal Faizin
Mohon Maaf zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Bulan Ramadhan bulan berkat
Nafsu dikawal syaitan di ikat
Perhambakan diri kepada Yang Zat
Agar diri beroleh manfaat

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit dan angpau turutlah serta

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun

Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua

Ramadhan hanya tiba sekali
Dekatkan diri kepada Ilahi
Sucikan diri bersihkan hati
Agar wajah muda berseri 

Hari Raya Puasa

 Klik Dibawah Ini :

Selamat Hari Raya AidilFitri yang tak lama lagi tiba. Ini Ada Beberapa SMS Ucapan Raya yang dapat ku Kongsikan... Kalau anda ada ucapan Raya Jom berkongsi di Ruang komen


Ranking: 5

{ 2 ulasan... read them below or add one }

Faa Fara said...

boleh amek ni . hehehe :)


11 August 2012 at 07:39 Reply To This Comment
akbar Ilyas said...

sms ucapan hari rayanya bagus-bgus mas


25 June 2013 at 08:02 Reply To This Comment

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Sila datang kembali ya !

Kami akan cuba membalas komen anda secepat yang mungkin.

 
© BLOG BUDAK BAEK All Rights Reserved